Thursday, February 28, 2019

4825) PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PERTUKARAN PENGARAH JABATAN PENGUATKUASA DBKL/KETUA PENYELARAS OPS BAH DBKL – DBKL – 28/2/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah sekeras-kerasnya arahan pertukaran Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL/Ketua Penyelaras OPS BAH DBKL Tuan Azman Mahmood daripada ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air Kementerian Wilayah Persekutuan.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan turut mempersoalkan arahan pertukaran itu.
” Saya pernah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azman dalam menerajui Ops BAH,” katanya.



Nadzim berpendapat ada pihak yang tidak senang duduk dengan kejayaan demi kejayaan dalam menentang perbuatan aktiviti haram di Ibu Kota.
” Jika Menteri Wilayah Persekutuan sendiri memberi sokongan, siapa yang mempunyai kuasa lebih tinggi di dalam Wilayah Persekutuan untuk mengarahkan perpindahan tersebut, takkan Perdana Menteri sendiri campur tangan,” soal Nadzim.
Menurut Nadzim lagi, Azman merupakan pemimpin dan penggerak utama Ops BAH yang ditubuhkan sejak April 2014 hingga sekarang dan prestasi beliau sangatlah cemerlang.



” Tiada masalah di bahagian diterajui oleh Azman, mengapa ada yang panas punggung kecuali jika mereka tidak lagi boleh melindungi aktiviti haram di Ibu Kota ini,” katanya.
Pendapat Ketua Aktivis PPIM yang mesra dengan panggilan Toqqi itu dipersetujui oleh 30 NGO lain di Wilayah Persekutuan.
Antaranya ialah Ustaz Masridzi Bin Sat, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID MALAYSIA) dan Encik Mohd Sofi Bin Abdul Rahman (ANGKATAN HARAPAN BERSATU)
Ustaz Masridzi Sat memberitahu dia turut terkejut dengan pertukaran mengejut itu dan menganggap ada pihak yang mahu menutup perbuatan haram di Kuala Lumpur.
” Tiada sebab untuk menukarkan Azman ke bahagian lain kecuali mereka tidak berpuas hati dengan kejayaan Ops BAH membanteras aktivi haram,” katanya.



Antara kejayaan besar Ops BAH adalah menyerbu sebuah kelab malam khusus untuk golongan Gay di Ibu Kota.
” Kelab Gay itu beroperasi berpuluh tahun di Ibu Kota tanpa sebarang tindakan sehinggalah Azman dan pasukannya menyerbu premis berkenaan,” kata Nadzim.
OPS BAH merupakan kerjasama DBKL dengan 27 Agensi penguatkuasa kerajaan dan komitmen 18 NGO menjalankan kerja membanteras aktiviti haram.
Azman telah membuktikan mampu memimpin operasi OPS BAH dengan lebih cemerlang untuk membanteras aktiviti-aktiviti haram ini.

Monday, February 25, 2019

4818) FOMCA, PPIM SAMBUT BAIK LANGKAH BAHARU HAPUS TOL – SINAR HARIAN – 25/2/19



SHAH ALAM – Beberapa persatuan pengguna menyambut baik langkah kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisme kutipan tol dan digantikan dengan kaedah lain.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah tersebut merupakan satu usaha penting untuk menghapuskan sepenuhnya tol di negara ini.
“Fomca mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menunaikan janji namun kebimbangan utama kami ialah penyelengaraan lebuhraya terus dilakukan supaya tidak menjejaskan pengguna,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Semalam, kerajaan mengumumkan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri rundingan itu ia membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Dengan kejayaan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada, dan sebagai ganti caj kesesakan akan diperkenalkan.
Melalui inisiatif yang akan diperkenalkan itu, pengguna lebuh raya hanya akan dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.
Kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ antara iaitu jam 11 malam dan 5 pagi yang mana penggunaan lebuh raya adalah percuma dan pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada harga barang akan turun, Mohd Yusof berkata, pelaksanaan mekanisme baharu itu tidak melibatkan lebuhraya yang utama iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
“Kemungkinan akan ada sedikit sahaja impak daripada pelaksaan kaedah baharu ini namun tidak begitu besar melainkan ia turut diperluaskan kepada PLUS,” ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah kerajaan adalah permulaan untuk mengotakan janji kepada rakyat di negara ini yang mengharapkan agar tol dihapuskan sepenuhnya.
“Kita alukan langkah ini cuma sebagai pengguna kita mahu kemudahan ini ditambah dan kalau diikutkan janji kerajaan lebih banyak lagi tapi tidak apa ini permulaaan langkah kerajaan mengotakan janji namun pengguna kita juga kena faham juga sebab hendak hapuskan tol ini bukan mudah,” jelas beliau.
Mengenai penurunan harga barang, beliau berkata, peniaga di negara ini tidak akan berbuat demikian dan diibaratkan seperti kucing memanjat pokok yang sukar hendak turun apabila sudah naik ke atas. “Ini tidak akan berlaku kerana sudah menjadi resam peniaga kita dan tabiat semula jadi mereka, jika minya diberikan percuma pun harga barang tidak akan turun, macam kucing panjat pokok,” katanya.

Artikel oleh : Sinar Harian
FOMCA, PPIM SAMBUT BAIK LANGKAH BAHARU HAPUS TOL

4817) MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH LANGKAWI, KEDAH – 24/2/19

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.











PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...