Showing posts with label AZMAN KANG. Show all posts
Showing posts with label AZMAN KANG. Show all posts

Monday, February 18, 2019

4813) UGUT TULAR GAMBAR LUCAH DISUNTING – HARIAN METRO – 15/2/19


SIMBAH cat, rampas kad mesin pengeluaran wang (ATM) dan tampal poster antara taktik digunakan along untuk menakut-nakutkan peminjam sejak lebih 15 tahun lalu.
Namun kepesatan teknologi masa kini turut menjadikan ceti haram itu turut berubah dan menggunakan taktik baru iaitu menularkan gambar lucah kononnya ia adalah peminjam yang berhutang dengan mereka.
 Sejak awal tahun ini, Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima 10 kes berkaitan ugutan menggunakan gambar lucah disunting menerusi gambar di Internet.

 Pengarahnya, Azman Kang berkata, dalam kes terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun menjadi mangsa apabila gambar profil WhatsApp miliknya disunting dan dipadankan dengan gambar bogel individu lain.

Katanya, gambar mengghairahkan itu digunakan along untuk mengugut peminjam supaya membuat bayaran mengikut kadar bunga ditetapkan.
“Mangsa dikenali sebagai Alice memberitahu dia membuat pinjaman sebanyak RM20,000 pada November tahun lalu sebelum didesak membayar sejumlah RM24,000 biarpun belum sampai tempoh akhir.
“Tidak lama kemudian, dia menerima kiriman WhatsApp meminta bayaran segera dan jika gagal, gambar bogelnya akan disebarkan di media sosial termasuk Facebook.
“Berkali-kali dia merayu supaya jangan siarkan gambar itu kerana ia boleh mengaibkan dan menimbulkan salah faham terutama kepada keluarga, tetapi along terbabit terus menghantar gambar itu di dalam ruangan komen Facebook ,” katanya ketika ditemui bersama Alice yang membuat aduan kepada sekretariat PPIM.
Azman berkata, perbuatan seperti itu dikesan lebih setahun lalu dan along akan meminta alamat Facebook milik peminjam selain butiran peribadi lain.
Menurutnya, mangsa yang terdesak untuk mendapatkan wang akan menyerahkan maklumat berkenaan tanpa ragu dan memikirkan risiko pada masa depan.
“Jelas, ini adalah taktik baru meminta bayaran. Saya tidak menolak kemungkinan mereka ada pekerja khusus yang mahir menggunakan aplikasi tertentu untuk menyunting gambar.
“Ada kes mangsa along tidak berani keluar rumah kerana malu berdepan khalayak kerana gambar sudah disebarkan di media sosial.
“Lebih parah lagi, along pula yang mengendalikan akaun FB itu,” katanya.
Artikel Oleh : Harian Metro
UGUT TULAR GAMBAR LUCAH DISUNTING

Monday, December 17, 2018

4743) INI KIFARAH – METRO – 16/12/18


KUALA LUMPUR: “Saya rasa ini adalah kafarah (balasan) ke atas dosa-dosa selama ini termasuk mengabaikan ibu bapa dan keluarga semata-mata mahu mencari keseronokan.
“Terlalu berdosa rasanya apabila mengingatkan bagaimana saya dengan selamba berkongsi gambar bogel sendiri kepada puluhan lelaki hanya kerana inginkan duit,” kata seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Nazilah, 25.
Dia kini dihantui rasa berdosa dan menyesal atas perbuatan berkongsi lebih 200 video bogel dan aksi berahi dirinya kepada lebih 30 lelaki sejak tiga tahun lalu.
 Kisah silamnya menyebabkan dia kini hidup melarat apabila menanggung hutang along selain berdepan risiko semua gambar bogelnya disebarkan bekas lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini. 
Jelasnya dia sama sekali tidak menyangka salah seorang lelaki menidurinya menggunakan namanya untuk membuat pinjaman along sebanyak RM15,000 menyebabkan dia diburu ceti haram sejak lebih sebulan lalu.
“Bayaran saya memang lumayan tetapi masih belum cukup untuk melangsaikan hutang along berjumlah RM1,500 seminggu.
“Lelaki yang menipu saya itu pula menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Sekarang dalam ketakutan kerana diugut oleh along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang, di sini, semalam.
Katanya, episod hitam hidupnya bermula selepas dia berpisah dengan suami empat tahun lalu akibat tiada persefahaman.
Berikutan itu Nazilah, mencari teman tidur lain untuk mengubati kekecewaannya dan mula berasa seronok dengan apa dilakukan.
“Namun lama kelamaan saya anggap ia sebagai ‘lubuk’ duit kerana mendapat bayaran antara RM200 hingga RM300 daripada lelaki melanggan saya.
“Memang ramai yang bayar saya, ada yang meminta saya buat aksi ghairah dan saya turutkan saja kerana duit,” katanya.
Nazilah berkata, perbuatan itu terkutuk itu dilakukan tanpa diketahui keluarga kerana dia berselindung sebalik perwatakannya yang bertudung, memakai baju kurung dan menjaga adab.
“Saya beritahu keluarga saya bekerja sebagai kerani dan kerap kerja lebih masa sampai tengah malam.
“Setiap hari saya menjadi semakin ketagih untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki sehingga lupa dosa pahala.
“Kerana seronok saya langsung tidak memikirkan untuk bertaubat kerana ia adalah punca pendapatan yang agak lumayan,” katanya.
Sementara itu, Azman Kang berkata, sejak awal tahun ini pihaknya menerima lebih 200 aduan berkaitan pinjaman dibuat orang ketiga termasuk berpunca dari keretakan rumah tangga.
“Ada pinjaman dibuat bekas suami sendiri, orang baru dikenali dan saudara-mara. Ramai mangsa tak tahu nama mereka digunakan, hinggalah along datang membuat tuntutan kerana bayaran sudah tertunggak.
“Bagi kes Nazilah, kami akan bincang dengan along terbabit untuk menjadualkan semula pinjaman itu,” katanya.
Yusmizal Dolah Aling

Artikel Oleh : Harian Metro
INI KIFARAH

Wednesday, October 17, 2018

4685) SEBULAN BERKASIH RM 200,000 LESAP – HARIAN METRO – 17/10/18



Kuala Lumpur: Terpedaya dengan janji manis lelaki warga asing kononnya ingin mendirikan rumah tangga dan berhijrah di negara lain, seorang wanita berputih mata apabila kerugian hampir RM200,000 apabila ‘kekasihnya’ itu menghilangkan diri sebaik menerima wang berkenaan.
Lebih parah wang terbabit dipinjam daripada along semata-mata kerana percaya tipu helah lelaki hidung belang itu kononnya untuk membuka perniagaan demi masa depan bersama.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Jessica, 31, berkata, dia mengenali individu yang mengaku berasal dari Amerika Syarikat itu kira-kira sebulan lalu menerusi laman Facebook dan tidak mengesyaki apa-apa pada awalnya.
Katanya, selepas dua minggu, dia menghabiskan masa lebih 10 jam sehari untuk melayari Facebook dan bersembang dengan lelaki berkenaan termasuk bertukar-tukar gambar dan mula bercakap mengenai masa depan.
“Ketika itu, saya seperti dilamun cinta kerana percaya dia menyayangi saya seadanya dan ingin berkahwin dengan wanita Malaysia.
“Kebetulan saya pula pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini dan masih belum mempunyai teman lelaki.
“Setiap hari saya berbual dengannya dan semuanya berkisar mengenai masa depan kami selepas berkahwin.
“Dia memperkenalkan diri sebagai ahli perniagaan manakala saya pula hanya seorang pengurus jualan di sebuah syarikat,” katanya ketika membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Azman.

Artikel oleh : Harian Metro
SEBULAN BERKASIH RM 200,000 LESAP

Monday, September 24, 2018

4638) EMPAYAR DUA TAHUN MUSNAH – HARIAN METRO – 24/9/18



“Memang dulu saya jutawan dan memiliki kehidupan mewah hasil perniagaan online menjual telefon bimbit secara tempahan awal, tapi kini saya tiada wang dan terpaksa meminjam daripada along.
“Saya sudah hidup melarat dan semua perniagaan tidak menjadi.
“Mungkin sudah bukan rezeki saya untuk berniaga seperti ini. Saya juga teraniaya. Wang simpanan berjumlah lebih RM500,000 (hasil perniagaan lalu) sudah digunakan untuk membayar kembali mana yang termampu, sekarang saya tak ada apa-apa lagi,” kata Azmir, 21.
Dua tahun lalu, dia hidup mewah hasil jualan telefon pintar secara tempahan awal dengan pendapatan tahunan berjumlah RM5.5 juta namun kemewahan dikecapi hanya bertahan tiga bulan dan bisnesnya mula mengalami masalah apabila ribuan telefon bimbit yang ditempah melalui pengasas perniagaan dalam talian berkenaan tidak sampai seperti dijanjikan kepada pelanggan.
Katanya, sebelum ini, kehidupannya bagaikan seorang putera raja apabila setiap hari, ratusan ribu ringgit akan dimasukkan ke dalam akaunnya untuk pembelian telefon pintar yang ditempah ribuan pelanggan dari seluruh negara.
Azmir berkata, selama setahun, dia berjaya menjual 800 unit telefon bimbit seperti dijanjikan pengasas perniagaan itu selepas mengiklankannya di Instagram.
“Bisnes masa itu baik dan saya banyak terima wang daripada pelanggan selain bonus jualan tetapi selepas beberapa bulan, telefon bimbit yang ditempah pelanggan sebanyak 8,000 unit sudah tidak diterima.
“Namun, dek kerana percaya dengan pengasasnya yang memberikan saya bonus jualan sebelum itu, saya teruskan dengan tempahan berkenaan dan akhirnya terperdaya.
“Waktu itu saya rasa serba salah kerana jumlah transaksi sudah lebih
RM1 juta dan pembeli mula bertanyakan telefon mereka,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Azmir berkata, selama setahun dia tidak melakukan apa-apa kerja kerana tiada modal selain
Kuala Lumpur: Mengimpikan kehidupan idealistik, tawaran lumayan serta teruja dengan duit yang banyak antara punca seseorang itu gelap mata apatah lagi pada usia muda.
Malah modus operandi penipuan itu sebenarnya sudah lama berleluasa di negara ini cuma medium saja berbeza dengan pihak tidak bertangggungjawab menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk melakukan penipuan terhadap orang ramai
Pakar Perniagaan Internet Khairul Nizam Mukhtar berkata, penipuan atas talian cubaannya untuk memulakan perniagaan baru seperti aksesori kenderaan dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) tidak menjadi, malah hubungannya dengan rakan niaga juga menjadi keruh gara-gara rugi.
Katanya, bagi meneruskan kehidupan, dia menjual yang menawarkan keuntungan tidak masuk akal kebiasaannya menarik minat ramai orang tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima mereka apabila ditipu nanti.
“Sebagai contoh, kita lihat dalam kes Azmir ini, dia sangat obses kepada wang ringgit sehingga ingin membuat tempahan baru walaupun menyedari risiko ditipu.
“Biasanya juga terjadi, dia akan membandingkan kehidupannya yang sudah mempunyai berjuta ringgit di dalam akaun ketika umur baru 18 tahun berbanding rakan-rakannya,” katanya. tiga kereta mewah dan menggunakan semua wang simpanan untuk bangkit semula, tetapi segalanya tidak menjadi sehingga dia terpaksa menutup syarikat yang pernah menjadikannya jutawan muda.
“Sampai sekarang saya serik untuk berniaga online lagi. Dulu sebelum tidur pun senyum kerana tahu esok ada duit berjuta akan masuk. Walaupun ada jutaan ringgit dalam akaun, tetap saya tidak tenang kerana ribuan orang sengsara. Ada yang meminjam dari kawan, ada yang jual tanah, semuanya semata-mata untuk mencari pendapatan lebih dengan menjual telefon secara tempahan awal.
“Sekarang semua sunyi dan pengasasnya pun lari entah ke mana. Saya tak sangka akan jadi begini akhirnya.
“Saya juga sedang dalam proses belajar agama dan ingin mulakan hidup baru.
“Kepada yang mahu berniaga secara online, saya nasihatkan agar berhati-hati dan tidak menyimpan wang terlalu banyak kerana berisiko untuk rugi. Sebaliknya, pastikan stok yang ditempah diterima mengikut jadual,” katanya.
Katanya, selain dirinya, terdapat juga beberapa lagi peniaga sepertinya yang mengalami kerugian apabila telefon bimbit yang ditempah daripada pengasas perniagaan itu tidak diterima.
“Akhbar Harian Metro ada mendedahkan wanita yang juga pengasas perniagaan itu memperdaya enam ejen sehingga membabitkan kerugian RM32 juta dipercayai turut menggunakan populariti artis dan selebriti tempatan untuk mempromosi perniagaan telefon pintar sejak dua tahun lalu.
“Antara nama-nama besar termasuklah pelakon dan pengarah yang pernah berkongsi pautan perniagaan atas talian itu di dalam akaun media sosial milik mereka,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro
EMPAYAR DUA TAHUN MUSNAH

Friday, August 17, 2018

4596) AHLONG PERAS PEMINJAM DENGAN ALASAN PENGENALAN SST – HARIAN METRO – 17/8/18



Kuala Lumpur: Memberikan alasan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ceti haram atau along kini mengenakan kadar faedah tidak masuk akal berjumlah lebih 40 peratus sebulan bagi setiap pinjaman.
Taktik terbaru itu dikesan Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas menerima aduan daripada peminjam yang buntu memikirkan kaedah bayaran balik terlalu tinggi daripada jumlah diluluskan.
Pengarahnya Azman Kang berkata, kadar dikenakan itu jelas melanggar Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1951 yang menetapkan 1.5 peratus sebulan sekali gus menunjukkan along menentukan kadar bayaran sesuka hati sehingga menekan peminjam.
Katanya, sepanjang empat hari lalu, ada empat kes tuntutan bayaran balik pinjaman dengan jumlah antara RM20,000 dan RM3.6 juta di mana semuanya dikenakan faedah sehingga lebih 40 peratus.
“Bagi kes pinjaman RM20,000, pengadu sudah membayar RM25,500 tetapi along menuntut tambahan bayaran sehingga RM28,500 lagi untuk tutup kes.
“Ceti ini memberikan alasan ia berpunca daripada cukai SST yang akan diperkenalkan kerajaan sedangkan ia tiada kena mengena dan jumlah bayaran itu mereka sendiri yang tetapkan,” katanya ketika ditemui di pejabat PPIM di Keramat Hujung di sini, semalam.
Menurutnya, sebelum ini along sering menggunakan alasan hari perayaan dan sesi persekolahan untuk mengenakan caj lebih tinggi bagi setiap pinjaman kerana mendapat ‘permintaan’ tinggi daripada pelanggan.
Katanya, kadar faedah tertinggi pernah direkodkan pihaknya adalah pada kadar 10 peratus dan jauh lebih rendah daripada kadar terbaru itu.
Azman berkata, semakan turut mendapati along terbabit memanipulasi dokumen perjanjian yang ditandatangani peminjam dengan meletakkan tarikh dan jumlah berbeza untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
“Ini yang selalunya peminjam tidak tahu. Mereka tandatangan borang dengan bahagian jumlah pinjaman dan kadar faedah dikosongkan.
“PPIM menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada along yang menindas peminjam. Jika tidak, mereka terus berleluasa kerana pengguna terdesak untuk mendapatkan wang mudah,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro
AHLONG PERAS PEMINJAM DENGAN ALASAN PENGENALAN SST

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL