Monday, November 9, 2026

JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN MALAYSIA - 09/11/2026

PETALING JAYA: Orang ramai disaran membudayakan penjimatan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada perbelanjaan bulanan sebagai langkah membina persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan makanan, air dan elektrik susulan ketidaktentuan global.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peringatan supaya isi rumah menyediakan bekalan asas sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam tidak seharusnya mencetuskan kebimbangan sehingga mendorong pembelian panik.

Sebaliknya, katanya, situasi itu perlu dijadikan peluang untuk mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja, mengurangkan pembaziran dan menggunakan sumber sedia ada secara berhemah.

Beliau berkata, amalan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 10 peratus boleh dimulakan dalam setiap aspek kehidupan termasuk penggunaan elektrik dan pembelian barangan keperluan harian.

“Kalau perbelanjaa\n elektrik RM200 sebulan, kita ikhtiarkan untuk kurangkan 10 peratus. Jumlah itu munasabah dan tidak terlalu membebankan.

“Semua perbelanjaan boleh dijimatkan 10 peratus. Kita kena mendidik diri mengurangkan apa juga perbelanjaan yang boleh dikurangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nadzim, masyarakat juga wajar mengambil langkah persediaan lebih awal dan tidak hanya bertindak selepas berdepan gangguan bekalan.

Katanya, walaupun saranan menyediakan bekalan untuk tiga hari sudah memadai sebagai persediaan asas, isi rumah boleh mempertimbangkan simpanan sehingga enam hari mengikut kemampuan masing-masing.

“Kalau tiga hari, kita buat persediaan enam hari. Kita perlu mendidik diri supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga sumber yang ada sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata, bekalan asas yang perlu diberi keutamaan termasuk beras, minyak masak, sumber protein dan air minuman bagi memastikan keluarga tidak berdepan keadaan kehabisan makanan sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Siti Nurhayati Khairatun berkata, tempoh penyimpanan makanan dalam peti sejuk dan penyejuk beku perlu diberi perhatian sekiranya berlaku gangguan elektrik.

Katanya, peti sejuk boleh mengekalkan suhu selamat selama kira-kira empat jam tanpa dibuka, manakala penyejuk beku yang penuh boleh mengekalkan suhu sejuk sehingga 48 jam tanpa dibuka.

Beliau berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati dengan makanan yang terkena air banjir kerana air berkenaan berpotensi membawa pelbagai bahan pencemar, kuman, bakteria dan bahan kimia berbahaya.

“Keluarga boleh simpan air dengan menyimpan air bersih lebih awal, hanya menggunakan air botol yang belum dibuka dan hanya guna air yg tidak dicemar oleh air banjir.

“Masak air jika perlu untuk basmi kuman bawaan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin berkata, persediaan menghadapi krisis perlu dibuat dengan memilih makanan yang tahan lama.

Antara bekalan yang sesuai termasuk beras, pasta, oat, biskut, kekacang, makanan dalam tin seperti sardin dan tuna.

Beliau berkata, pengguna juga perlu memastikan tin makanan tidak kemek, berkarat atau kembung sebelum dibeli dan digunakan.

Menurutnya, bekalan air minuman sekurang-kurangnya tiga liter bagi setiap individu sehari juga perlu disediakan sebagai panduan asas.

Katanya, penyimpanan stok makanan perlu dilakukan secara teratur dengan mengutamakan kaedah ‘masuk dahulu, guna dahulu’ bagi memastikan barangan yang dibeli lebih awal digunakan sebelum tamat tempoh.

“Pastikan tempat penyimpanan kering, bersih dan bebas daripada serangga atau perosak.

“Makanan mentah juga perlu diasingkan daripada makanan yang sudah dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang,” katanya.

Beliau berkata, makanan yang sudah dimasak atau mudah rosak tidak seharusnya dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, manakala pintu peti sejuk perlu dielakkan daripada dibuka berulang kali ketika bekalan elektrik terputus.

Persediaan bekalan makanan, katanya, tidak bermaksud pengguna perlu membeli secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran, sebaliknya stok perlu disesuaikan dengan keperluan keluarga, kemampuan kewangan dan tarikh luput makanan. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS

https://www.utusan.com.my/berita/2026/11/jimat-10-peratus-bersedia-hadapi-krisis/

Saturday, November 7, 2026

KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA - RASMI - 06/11/2026

KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ: MEMPERKASA PENGGUNA & MENINGKATKAN EKONOMI PENJAJA

📅 6 November 2026 (Jumaat)
🕞 3.30 petang
📍 Menara MPAJ

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Nadzim Johan, Pengerusi dan Ketua Aktivis PPIM, atau lebih dikenali sebagai Toqqi.

Kunjungan tersebut disambut oleh Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, sebagai satu platform perbincangan bagi memperkukuh jalinan kolaborasi strategik antara MPAJ dan PPIM demi kesejahteraan komuniti di Ampang Jaya.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama strategik dalam pelaksanaan Program Kesedaran Pengguna dan Antiscam, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan (scam) serta jenayah siber yang semakin berleluasa.

Perbincangan turut memberi fokus kepada polisi sokongan penjaja melalui Revolusi Mikro Ekonomi, termasuk usaha MPAJ dalam menyediakan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif, tersusun dan mampan bagi membantu meningkatkan taraf hidup serta pertumbuhan ekonomi usahawan kecil tempatan.

Sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Puan Rosliza binti Mohd, Pengarah Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat MPAJ serta Puan Marlina binti Mohamad, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara MPAJ dan PPIM ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam melahirkan komuniti yang lebih bijak berbelanja, celik digital serta berdaya saing dari aspek ekonomi.

Friday, November 6, 2026

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - 06/11/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Pejabat Pengurusan Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kunjungan tersebut dihadiri oleh En. Mohd Rizman bin Abdullah, Pengarah Operasi Negeri (Perisikan & Profiling); En. Kamarulzaman bin Mustaffa, Pengarah Seksyen (Pengurusan); dan En. Hazwan Izani bin Zainal Abidin, Penolong Pengarah.

Kunjungan ini bertujuan menjalinkan hubungan baik serta membina kerjasama antara LHDNM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan PPIM. Usaha ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian maklumat dan aspek penguatkuasaan.

Thursday, November 5, 2026

PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEGAS CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU DEMI PERTAHAN MASA DEPAN ANAK B40 PANTAI TIMUR SABAH - TEH TARIK TIMES - 04/11/2026

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah tampil melaungkan bantahan keras dan menyuarakan kebimbangan mendalam berikutan khabar angin mengenai cadangan penutupan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Tawau. Langkah drastik yang dikhuatiri bakal dilaksanakan itu disifatkan sebagai satu tamparan hebat yang merencatkan akses pendidikan tinggi buat anak-anak tempatan, terutamanya golongan B40 yang menetap di kawasan Pantai Timur Sabah. Sejak mula beroperasi pada tahun 1996, kampus cawangan ini telah menjadi nadi utama dalam membuka peluang sosioekonomi serta memacu mobiliti sosial masyarakat setempat di Tawau, Semporna, Kunak, dan Lahad Datu.

Bantahan Tegas PPIM Terhadap Cadangan Penutupan Kampus UiTM

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, menegaskan bahawa dasar pendidikan tinggi negara seharusnya berteraskan matlamat membela nasib rakyat dan membuka pintu peluang, bukannya bertindak sebagai beban kewangan yang menghimpit keluarga kurang berkemampuan. Sekiranya kampus tersebut ditutup, bebanan kos sara hidup, perbelanjaan penginapan, dan harga tiket penerbangan yang tinggi untuk merentasi ke Kota Kinabalu atau Semenanjung Malaysia pasti mematahkan semangat pelajar terbabit. Pihak kementerian dan pengurusan universiti diingatkan agar tidak merumuskan keputusan hanya berpaksikan pertimbangan angka pentadbiran semata-mata tanpa menitikberatkan aspek kebajikan serta impak sosial jangka panjang kepada masyarakat.

Desakan Memperkasakan Prasarana dan Kapasiti Asrama Penuntut

Tambahan pula, cadangan untuk memindahkan pelajar ke kampus induk di Kota Kinabalu langsung tidak praktikal memandangkan kekangan kapasiti asrama sedia ada tidak mampu menampung lambakan penuntut dari Pantai Timur. PPIM mendesak agar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pengurusan tertinggi UiTM membatalkan sebarang niat atau perancangan penutupan ini. Sebaliknya, kerajaan diseru untuk melabur dalam menaik taraf prasarana sedia ada serta memperbanyakkan institusi pengajian tinggi awam di wilayah berkenaan bagi memastikan ekosistem ilmu sentiasa inklusif dan mampan untuk generasi muda.

Artikel oleh: Teh Tarik Times

PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEGAS CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU DEMI PERTAHAN MASA DEPAN ANAK B40 PANTAI TIMUR SABAH

https://tehtariktimes.com/uitm-kampus-tawau-bantahan-ppim/

PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KPM SEHINGGA PENJELASAN RASMI - TEH TARIK TIMES - 22/10/2026

 

Gesaan Penangguhan Surat Aku Janji KPM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara rasmi menggesa semua ibu bapa dan penjaga di seluruh negara agar menangguhkan tindakan menandatangani Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, langkah penangguhan ini amat penting sementara menunggu penjelasan lanjut dan komprehensif daripada pihak kementerian. Beliau menegaskan bahawa pendirian ini dibuat bukan kerana menentang usaha kerajaan, sebaliknya PPIM menyokong penuh pelbagai inisiatif murni KPM dalam memastikan keselamatan murid terjamin daripada sebarang bentuk penderaan, keganasan, gangguan seksual, mahupun eksploitasi di persekitaran sekolah.

Isu Berbangkit Dan Hak Perundangan Ibu Bapa

Walau bagaimanapun, isu berbangkit mula mencetuskan keresahan apabila borang aku janji dua muka surat tersebut didapati mengikat ibu bapa kepada Garis Panduan Polisi Perlindungan Murid Sekolah (GPPSS) yang tebalnya mencecah 402 muka surat tanpa penyediaan akses rujukan yang jelas dan lengkap. PPIM turut membangkitkan kebimbangan kritikal berhubung ketiadaan pilihan pengecualian atau mekanisme opt-in/opt-out bagi klausa-klausa tertentu, di samping status klausa imunisasi kesihatan yang dikhuatiri boleh berubah menjadi kewajipan pentadbiran tanpa sebarang akta atau punca kuasa perundangan yang kukuh. Tambahan pula, tindakan pentadbiran sebegini dikhuatiri boleh mengatasi undang-undang utama serta menceroboh hak-hak asas yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

10 Persoalan Terbuka Kepada Pihak Kementerian

Bertitik tolak daripada keprihatinan tersebut, PPIM telah mengemukakan sebanyak 10 soalan terbuka yang ditujukan khas kepada pihak KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijawab segera. Antara persoalan utama termasuklah status sumber kuasa undang-undang di sebalik aku janji berkenaan, implikasi tatatertib sekiranya berlaku keengganan menandatangani, kejelasan takrifan istilah penting, serta jaminan terhadap keadilan prosedur dan hak pembelaan diri. Sehubungan dengan itu, pihak PPIM menasihatkan para ibu bapa agar sentiasa bertenang, tidak gopoh, dan terus menunggu maklum balas serta ketetapan rasmi daripada pihak berautoriti sebelum mengambil sebarang langkah lanjut demi menjaga hak, kebajikan, serta masa depan anak-anak di sekolah.

Artikel oleh: Teh Tarik Times

PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KPM SEHINGGA PENJELASAN RASMI

https://tehtariktimes.com/surat-aku-janji-kpm-ppim-kemuka-10-soalan/

Wednesday, November 4, 2026

PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP - SUARA.TV - 03/11/2026

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan kebimbangan mendalam serta bantahan tegas terhadap desas-desus kemungkinan penutupan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Tawau.

Langkah berkenaan, sekiranya dilaksanakan, bakal memberi tamparan hebat kepada akses pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur Sabah dan menjejaskan masa depan anak tempatan, terutamanya daripada keluarga golongan B40.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa kewujudan UiTM Kampus Tawau sejak tahun 1996 bukan sekadar penawaran tempat pengajian, sebaliknya bertindak sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pembuka peluang sosioekonomi kepada penduduk di Tawau, Lahad Datu, Kunak, serta Semporna.

“Pendidikan sepatutnya membuka peluang dan membela nasib rakyat, bukannya menjadi beban kewangan yang menghimpit keluarga kurang mampu. Sekiranya kampus ini ditutup, bagaimana anak-anak B40 di Pantai Timur Sabah mahu melanjutkan pengajian?

“Kos sara hidup, penginapan, dan harga tiket penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau perjalanan ke Kota Kinabalu bukan murah.

“Jangan sampai disebabkan kekangan modal dan jarak, anak-anak tempatan terpaksa menguburkan hasrat menuntut ilmu.

“Pihak kementerian dan pengurusan UiTM perlu melihat isu ini daripada sudut kebajikan pengguna serta masyarakat dasar, bukannya sekadar pertimbangan angka atau pengurusan semata-mata,” tegas beliau.

Menurut kenyataan itu, PPIM menekankan bahawa penutupan kampus ini hanya akan memindahkan beban kewangan yang besar kepada ibu bapa.

Kehadiran UiTM Kampus Tawau membolehkan anak tempatan melanjutkan pengajian tanpa perlu berjauhan daripada keluarga atau menanggung kos sara hidup yang tinggi di luar daerah.

Cadangan untuk memindahkan pelajar ke UiTM Kota Kinabalu juga dilihat bukan penyelesaian praktikal memandangkan kapasiti asrama dan kemudahan sedia ada di sana adalah terhad serta tidak mampu menampung lambakan pertambahan pelajar baharu dari kawasan Pantai Timur Sabah, katanya.

Sehubungan itu, PPIM menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pengurusan tertinggi UiTM untuk mengkaji semula dan membatalkan sebarang perancangan penutupan UiTM Kampus Tawau.

“Pihak berkuasa sebaliknya perlu menaik taraf serta memperkukuh prasarana sedia ada, di samping mempertimbangkan penambahan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pantai Timur Sabah bagi memastikan ekosistem pendidikan di wilayah berkenaan terus mampan dan inklusif,” kata Nadzim.

Kerajaan serta pihak berkepentingan wajar mengutamakan masa depan generasi muda dan kebajikan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan strategik.

Artikel oleh: Suara.TV

PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP

https://suara.tv/03/11/2026/ppim-bimbang-kemungkinan-uitm-kampus-tawau-ditutup/?fbclid=IwY2xjawVWRhRleHRuA2FlbQIxMABwZG9mAWJyaWQRMWZzYnFnZXhNWDVBcEJjdFNzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEfGjOQeydlCw4USlQ4mUByMIFRB2PMXmUQHPFh6kKRxKtwReu6MokvNAjNyac_aem_WBIYWEmEJwjzgaIH6COVBQ

PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU - MALAYSIA GAZETTE - 02/11/2026

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan tegas membantah terhadap desas-desus kemungkinan penutupan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Tawau.

Langkah berkenaan, sekiranya dilaksanakan, bakal memberi tamparan hebat kepada akses pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur Sabah dan menjejaskan masa depan anak tempatan, terutamanya daripada keluarga golongan B40.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, kewujudan UiTM Kampus Tawau sejak tahun 1996 bukan sekadar penawaran tempat pengajian, sebaliknya bertindak sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pembuka peluang sosioekonomi kepada penduduk di Tawau, Lahad Datu, Kunak, serta Semporna.

“Pendidikan sepatutnya membuka peluang dan membela nasib rakyat, bukannya menjadi beban kewangan yang menghimpit keluarga kurang mampu. Sekiranya kampus ini ditutup, bagaimana anak-anak B40 di Pantai Timur Sabah mahu melanjutkan pengajian?

“Kos sara hidup, penginapan, dan harga tiket penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau perjalanan ke Kota Kinabalu bukan murah.

“Jangan sampai disebabkan kekangan modal dan jarak, anak-anak tempatan terpaksa menguburkan hasrat menuntut ilmu.

“Pihak kementerian dan pengurusan UiTM perlu melihat isu ini daripada sudut kebajikan pengguna serta masyarakat dasar, bukannya sekadar pertimbangan angka atau pengurusan semata-mata,” tegas beliau.

PPIM menambah, penutupan kampus ini hanya akan memindahkan beban kewangan yang besar kepada ibu bapa.

Sedangkan Cawangan UiTM Kampus Tawau membolehkan anak tempatan melanjutkan pengajian tanpa perlu berjauhan daripada keluarga atau menanggung kos sara hidup yang tinggi di luar daerah.

Cadangan untuk memindahkan pelajar ke UiTM Kota Kinabalu juga dilihat bukan penyelesaian praktikal memandangkan kapasiti asrama dan kemudahan sedia ada di sana adalah terhad serta tidak mampu menampung lambakan pertambahan pelajar baharu dari kawasan Pantai Timur Sabah.

Sehubungan itu, PPIM menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pengurusan tertinggi UiTM untuk mengkaji semula dan membatalkan sebarang perancangan penutupan UiTM Kampus Tawau.

Pihak terlibat juga perlu menaik taraf serta memperkukuh prasarana sedia ada, di samping mempertimbangkan penambahan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pantai Timur Sabah bagi memastikan ekosistem pendidikan di wilayah berkenaan terus mampan dan inklusif.

“Kerajaan serta pihak berkepentingan wajar mengutamakan masa depan generasi muda dan kebajikan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan strategik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU

https://malaysiagazette.com/2026/11/02/ppim-bantah-spekulasi-cadangan-penutupan-uitm-kampus-tawau/

PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN METRO - 02/11/2026

Artikel oleh: Harian Metro

PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA!

TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 02/11/2026

 

Artikel oleh: Harian Metro

TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL