Showing posts with label BERJIMAT CERMAT. Show all posts
Showing posts with label BERJIMAT CERMAT. Show all posts

Monday, March 30, 2026

'KURANGKAN JALAN, TANAM SAYUR' - NASIHAT PPIM - DEMI RAKYAT CHANNEL - 28/03/2026

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat menyesuaikan diri dengan langkah kerajaan mengurangkan kuota subsidi petrol RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, susulan tekanan krisis tenaga global.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun keputusan itu mungkin dibuat berdasarkan data penggunaan semasa, sebahagian pengguna masih berasa kurang selesa dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar.

“Secara individu kita boleh buat penyesuaian, tetapi pengguna masih mengharapkan bantuan berterusan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu kenaikan kos bahan api tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan, sebaliknya rakyat perlu mengambil inisiatif sendiri seperti mengurangkan perjalanan tidak perlu dan mengamalkan gaya hidup berjimat.

“Kalau boleh, kurangkan pergerakan dan cari alternatif seperti menanam sayur sendiri untuk kurangkan kos,” katanya lagi.

Langkah pengurangan kuota itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sebahagian strategi memperkukuh kesiapsiagaan negara berdepan krisis tenaga akibat konflik Asia Barat. Bagaimanapun, harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Artikel oleh: Demi Rakyat Channel

'KURANGKAN JALAN, TANAM SAYUR' - NASIHAT PPIM

https://demirakyatchannel.my/2026/03/kurangkan-jalan-tanam-sayur-nasihat-ppim/?fbclid=IwY2xjawQ2yNlleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFGOW9xVGpDOE91WUlsTDIwc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHv6UVPVuVfSbZtt5d3adUGylPUYlVRCHyA27_0cMDzMY5ob2BtzRUTVVDe8N_aem_700q1Ni6sT-0DfZOUBNtOg

Tuesday, March 17, 2026

SPM - JANGAN BAZIR, BELANJA RAYA - BERITA RTM - 17/03/2026

 

Sumber: Berita RTM

JANGAN BAZIR, BELANJA RAYA 

https://www.youtube.com/watch?v=B1-s9VfSO6k

AKTIVITI | SELAMAT PAGI MALAYSIA: JANGAN BAZIR BELANJA RAYA - PPIM - 17/03/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi tampil sebagai tetamu jemputan di TV1 menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi membincangkan topik “Ajar dan Ajak Rakyat Berjimat Cermat Bermula Sekarang”.

Perbincangan ini menekankan kepentingan mengawal perbelanjaan semasa menyambut Hari Raya agar masyarakat tidak berbelanja secara berlebihan, sebaliknya mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah dan bijak.

Tuesday, June 25, 2019

5016) "SAKIT JANTUNG TENGOK BIL, GILA APA MACAM NI?“ - TOQQI KECEWA - TV.PPIM - 25/06/2019


"Sakit Jantung Tengok Bil, Gila Apa Mcm ni?“ - Toqqi Kecewa Kita sering mengeluh tentang kos sara hidup yg tinggi. Tapi rakyat Malaysia sanggup membazirkan 17 ribu tan makanan setiap hari dan merupakan pengguna air tertinggi didunia! Ini merupakan satu tabiat yang tidak sihat! Jika kita ingin menjadi negara maju, Kita perlu ubah sikap dengan menjadi lebih bertanggjawab & berjimat cermat. "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Surah Al-Israk 27]

Artikel oleh: TV.PPIM

"SAKIT JANTUNG TENGOK BIL, GILA APA MACAM NI?“ - TOQQI KECEWA



Saturday, February 10, 2018

4358) AJAR DIRI BERJIMAT CERMAT – UTUSAN MALAYSIA – 10/2/18



MASYARAKAT perlu belajar untuk berjimat dalam segi perbelanjaan dan cermat dalam menguruskan keperluan bagi menjamin kehidupan yang bebas daripada dibebani masalah kewangan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai masyarakat dan pengguna, mereka harus bijak membezakan keperluan berbanding kehendak sematamata mahu mengikut trend atau mendapatkan barangan dengan harga lebih rendah.
Menurutnya, PPIM menerima banyak aduan mengenai pinjaman ceti haram atau ah long disebabkan oleh permasalahan tersebut walaupun pada dasarnya mereka mempunyai gaji antara RM5,000 hingga RM8,000.
“Golongan tersebut sebenarnya cetek pengetahuan dalam menguruskan kewangan mereka dalam membezakan apa itu keperluan dan kehendak yang akhirnya akan menjerat diri sendiri dan mula menganggap mereka miskin.
“Pendidikan kewangan perlu diajar bermula daripada peringkat muda iaitu menekankan kepentingan wang untuk masa depan dan bukannya berbelanja mengikut trend atau melihat orang lain yang lebih kaya semata-mata,” jelasnya ketika dihubungi S2 di sini baru-baru ini.
Kategori miskin relatif berlaku bukan sahaja dalam kalangan penduduk di negara ini malah di seluruh dunia kerana merasakan diri mereka miskin jika dibandingkan dengan mereka yang lebih kaya.
Nadzim berkata, masyarakat perlu membezakan diri mereka dengan orang yang jauh lebih susah bagi memberi kesedaran dan mampu untuk menghargai setiap benda yang dimiliki tanpa berlaku sebarang pembaziran.
Menurutnya, psikologi berlawanan ini sedikit sebanyak membantu untuk memberikan keinsafan bahawa apa yang dimiliki adalah jauh lebih mencukupi berbanding mereka yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi atau sebagainya.
Tambahnya, perkara itu berlaku kepada mereka yang bergaji tidak seberapa tetapi hidup bahagia dengan keluarga di bandar besar walaupun pelbagai cabaran dihadapi terutamanya dari segi kewangan.
“Mereka perlu ubah gaya hidup, jika sebelum ini minum di kedai kopi mahal sehingga RM15 secawan setiap hari apa salah sesekali buat air sendiri di rumah dan minum bersama keluarga,” jelasnya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
AJAR DIRI BERJIMAT CERMAT

Thursday, July 9, 2015

2745) SINAR HARIAN - 8/7/2015 - RAKYAT NAK JIMAT MACAM MANA LAGI?







SHAH  ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kebanyakan rakyat di negara ini semakin tidak mempunyai peluang lagi untuk berjimat cermat susulan peningkatan kos hidup yang berlaku mutakhir ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan setiap bulan adalah keperluan termasuk membayar balik pinjaman.

“Kebanyakan rakyat hampir-hampir tidak ada pilihan. Jika ada pun pilihan adalah berjimat cermat. Sudah tentu untuk berjimat cermat itu bukan sesuatu yang mudah kerana sekarang ini sebahagian besar perbelanjaan itu sudah menjadi keperluan yang tidak boleh dipotong-potong.

“Pembayaran balik pinjaman perumahan, pendidikan, kereta dan sebagainya. Sudah tidak boleh nak jimat lagi dah. Apa yang boleh kita jimat adalah ikat perut. Tapi berapa banyak yang kita boleh jimat dari situ?,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, kepakaran rata-rata rakyat Malaysia juga terhad apabila sudah terikat dengan pekerjaan tetap sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan.

“Kita mungkin boleh mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan yang boleh dilakukan di luar waktu bekerja untuk menambah pendapatan. Misalnya perniagaan online, jual insurans, jualan langsung tapi bagi saya ini mungkin akan mengganggu tugas hakikinya.

“...kerana mereka mempunyai kepakaran yang terhad. Maksudnya, jika kerja swasta atau kerajaan, mereka sudah terikat dan tidak ada kemahiran lain yang membolehkan mereka meningkatkan pendapatan,” katanya.

Malah beliau juga menyentuh soal peluang perniagaan yang telah dirampas oleh warga asing yang merugikan negara ini.

“Beberapa industri sekarang ini diambil peluang oleh pendatang-pendatang asing yang sebenarnya orang kita boleh buat. Seperti perniagaan kedai makan, jual barang-barang keperluan dan sebagainya.

“Tapi sekarang ini kita lihat di mana-mana pun telah dikuasai bangsa asing. Orang Vietnam, Bangladesh pun sudah ada kedai makan sendiri. Hasil dapatan berniaga itu dihantar ke luar negara yang merugikan negara ini.,” katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu tersebut.

“Kerajaan sepatutnya meningkatkan peluang orang tempatan untuk mengambil alih perniagaan ini. Apa yang berlaku sekarang kita lihat kerajaan macam tutup mata. Mereka itu pendatang asing tapi ‘dibenarkan’ berniaga.

“Malah saya mendapat laporan bahawa ada yang membuka klinik dan doktor dari Myanmar membawa masuk ubat dari Myanmar untuk merawat warga mereka. Kalau lihat pasar malam, ia dikuasai warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh.

Kerajaan perlu serius memikirkan bagaimana menghalang ‘pencuri peluang’ dari kalangan bangsa asing ini,” katanya.

2743) ASTRO AWANI - 8/7/2015 - TAMBAT RINGGIT KEMBALI KEYAKINAN EKONOMI

NADZIM: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

Menurut ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, ini penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan sebaik mungkin.

"Mungkin hari ini, saya rasa kalau nak tambat pun dah boleh tambat. Tambat ikut nilai tertentu supaya perniagaan boleh dilaksanakan, supaya eksport boleh dilakukan.

"Perniagaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengembalikan keyakinan ekonomi kita dapat diteruskan dengan baik," kata Nadzim.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai dan kerajaan agar memainkan peranan supaya negara dapat keluar daripada situasi ini.

"Semua kena main peranan yang terbaik untuk sama-sama keluar daripada keadaan ini. Kita tidak mahu satu hari nanti mata wang kita jadi tidak laku.

"Kalau kita terus berbelanja dengan besarnya, kita takut bila orang lain pun buat sama, lama kelamaan semua kita mengamalkan amalan yang negatif sehingga impak dia melibatkan seluruh negara, seluruh rakyat," ujarnya.

Menurut beliau pengguna perlu lebih berjimat cermat serta mengurangkan pembelian barangan import.

Sementara itu Nadzim turut berpesan supaya pengguna dapat mengawal diri dan tidak panik apabila harga barang mulai naik.

Katanya pengguna seharusnya bijak mengatur perbelanjaan supaya tidak terkesan dengan situasi tersebut.

"Kita bila kita panik, kita panic buying pun ada. Dalam panik tu kita beli lagi sebab kita takut barang tu tak ada. Takut orang kedai tu tak ada, kalau tak beli esok barang itu naik. Atau minggu depan naik. Jangan terkesan sangat la.. Kita harus buat judgement pada diri kita supaya kita tidak melibatkan diri kita dengan kenaikan ini, makna kita kurangkan sebaik mungkin."

Tambah Nadzim, pengguna juga perlu menentukan barangan yang dibeli adalah dari barangan tempatan serta menggunakannya dengan sejimat mungkin.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tambat-ringgit-kembali-keyakinan-ekonomi-ppim-65095

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL