Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

2743) ASTRO AWANI - 8/7/2015 - TAMBAT RINGGIT KEMBALI KEYAKINAN EKONOMI

NADZIM: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR: Ringgit harus ditambat pada suatu nilai tertentu demi mengembalikan keyakinan ekonomi negara.

Menurut ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, ini penting bagi memastikan perniagaan dapat beroperasi dengan sebaik mungkin.

"Mungkin hari ini, saya rasa kalau nak tambat pun dah boleh tambat. Tambat ikut nilai tertentu supaya perniagaan boleh dilaksanakan, supaya eksport boleh dilakukan.

"Perniagaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin untuk mengembalikan keyakinan ekonomi kita dapat diteruskan dengan baik," kata Nadzim.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai dan kerajaan agar memainkan peranan supaya negara dapat keluar daripada situasi ini.

"Semua kena main peranan yang terbaik untuk sama-sama keluar daripada keadaan ini. Kita tidak mahu satu hari nanti mata wang kita jadi tidak laku.

"Kalau kita terus berbelanja dengan besarnya, kita takut bila orang lain pun buat sama, lama kelamaan semua kita mengamalkan amalan yang negatif sehingga impak dia melibatkan seluruh negara, seluruh rakyat," ujarnya.

Menurut beliau pengguna perlu lebih berjimat cermat serta mengurangkan pembelian barangan import.

Sementara itu Nadzim turut berpesan supaya pengguna dapat mengawal diri dan tidak panik apabila harga barang mulai naik.

Katanya pengguna seharusnya bijak mengatur perbelanjaan supaya tidak terkesan dengan situasi tersebut.

"Kita bila kita panik, kita panic buying pun ada. Dalam panik tu kita beli lagi sebab kita takut barang tu tak ada. Takut orang kedai tu tak ada, kalau tak beli esok barang itu naik. Atau minggu depan naik. Jangan terkesan sangat la.. Kita harus buat judgement pada diri kita supaya kita tidak melibatkan diri kita dengan kenaikan ini, makna kita kurangkan sebaik mungkin."

Tambah Nadzim, pengguna juga perlu menentukan barangan yang dibeli adalah dari barangan tempatan serta menggunakannya dengan sejimat mungkin.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/tambat-ringgit-kembali-keyakinan-ekonomi-ppim-65095

Wednesday, November 5, 2014

2214) BERNAMA TV 5/11/2014 - Berniaga, Kerja Sampingan Bantu Tambah Pendapatan Golongan Miskin Bandar

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Golongan miskin bandar iaitu mereka yang bekerja di bandar dengan pendapatan RM3,000 ke bawah digalakkan membuka perniagaan sendiri dan melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif itu dapat membantu golongan itu memperoleh wang tambahan selepas terjejas dengan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat.

"Golongan (miskin bandar) ini perlu lebih produktif dengan melakukan kerja 'part time' selepas tamat waktu kerja seperti berniaga di pasar malam, menghasilkan karya buku atau menjahit," katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam rancangan Ruang Bicara di Bernama TV, Selasa malam.

Jelasnya golongan tersebut juga tidak seharusnya bergantung kepada gaji bulanan dan bantuan yang diberikan kerajaan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan kemahiran yang boleh menambah pendapatan mereka.

"Kini, sudah tiba masanya orang ramai menukar pemikiran dengan tidak bergantung kepada 'makan gaji' sahaja. Mereka perlu ada kesungguhan untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu golongan miskin bandar juga perlu diambil kira.

Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengubah nasib golongan miskin bandar dengan menilai semula kemudahan dan bantuan yang diberikan supaya tidak ada satu pun kumpulan yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

"Untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan penduduk miskin bandar, kerajaan telah mengumumkan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membangunkan projek-projek perumahan dan pemilikan rumah PR1MA ditentukan dengan adil melalui undian terbuka.

"Difahamkan juga projek perumahan ini akan dibina di kawasan berhampiran stesen Aliran Transit Massa, Transit Aliran Ringan bagi memudahkan pergerakan mereka menggunakan pengangkutan awam dengan kos lebih rendah," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, individu yang dikategorikan miskin bandar itu sendiri harus bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan terus berusaha menambah pendapatan sampingan.

-- BERNAMA

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1082145

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL