Wednesday, June 27, 2018

4530) TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM – METRO – 27/6/18



Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa mampu menawarkan harga gula serendah RM1.90 sekilogram berbanding harga pasaran RM2.95 sekilogram sekali gus membantu pengguna menangani kos sara hidup.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd Datuk Ali Hasan berkata, ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
 Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula hingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.

“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport gula dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.

“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koodinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Ali berkata, bagaimanapun pada masa sama syarikatnya terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.

Artikel Oleh : Metro
TAWAR HARGA GULA SERENDAH RM1.90 SEKILOGRAM

4529) HARGA GULA LEBIH RENDAH JIKA SYARIKAT DIBERI AP – BERITA HARIAN – 27/6/18



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa harga produk itu dapat ditawarkan kepada pengguna pada harga serendah RM1.90 sekilogram berbanding RM2.95 sekilogram sekarang jika kerajaan meliberalisasikan urusan pengimportan.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan, berkata ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula sehingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.
“Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.
“Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koordinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Bagaimanapun, Ali berkata, syarikatnya kini terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.
“Ini bermakna, kita kena bayar AP ini kepada orang yang tidak berniaga, dia dapat untung jutaan ringgit sebulan percuma, kerana sekeping surat (AP).
“Jadi saya minta AP yang digunakan sekarang diberi kepada kami dan kos AP bagi setiap gula yang diimport itu dapat dipulangkan kepada pengguna. Ini yang kita akan buat,” katanya.
Sementara itu, Nadzim mendesak kerajaan mengkaji semula pengeluaran AP secara telus hanya kepada syarikat pengimport gula bukan kepada individu yang menjual AP dan mengaut keuntungan ‘atas angin’.
Katanya, beliau yakin jika isu itu dapat diselesaikan, harga gula dapat diturunkan.
“Kita bertegas tidak mahu AP gula ini diberi kepada mereka yang tidak berniaga sehingga harga di pasaran naik.
“Kalau nak bagi sedikit atas pertimbangan politik itu kita tidak campur, tapi jika sampai pengguna terpaksa bayar harga tinggi, tidak patutlah,” katanya tetapi tidak mendedahkan individu atau syarikat yang memiliki AP.

Artikel Oleh : BERITA HARIAN
HARGA GULA LEBIH RENDAH JIKA SYARIKAT DIBERI AP

4528) SELAMAT PAGI MALAYSIA ” KEMPUNAN BAJU RAYA ” – RTM – 26/6/18

Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi bersama Pengasas Bianco Mimosa/IDASU, Dato’ Ida Suraya dan Selebriti, Raja Azura dalam segmen Kopi Panas, Selamat Pagi Malaysia @ TV1 membincangkan topik ‘Kempunan Baju Raya’.






4527) APPROVED PERMIT GULA (AP) MEMBEBANKAN RAKYAT – PPIM – 26/6/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat approved permit (AP) terhadap gula adalah membebankan rakyat dan punca barangan keperluan itu dijual dengan harga tinggi.
Jika kerajaan menghapuskan AP terhadap gula, peniaga boleh menjual gula dengan harga antara RM2.00 sehingga RM1.90. Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga pasaran gula ialah pada RM2.95.

4526) DON’T MAKE HASTY DECISION OVER LOCAL COOK PROPOSAL, SAY CONSUMER ASSOCIATIONS – MALAYMAIL – 24/6/18


KUALA LUMPUR, June 24 — Consumer associations have called on the government to conduct a thorough planning and research before deciding on the use of local cooks only for restaurants in the country.
Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said although the association welcomed the proposal by the Human Resource Ministry, both the ministry and stakeholders should have a roundtable discussion first over the matter.
 “Most restaurants nowadays hire foreign cooks. For example, ‘mamak’ restaurant owners prefer those from India, while the cooks at eateries serving east coast cuisine are mostly from Thailand.
“Same goes for the Chinese restaurants and others, they would hire cooks from Vietnam, China and other countries,” he said when contacted by Bernama here today.
Nadzim was commenting on a statement by Human Resource Minister M. Kulasegaran on June 22 who called restaurants serving Malaysian food to hire only locals as cooks from Jan 1.
He said the proposal would be able to reduce dependence of local restaurants on foreign labour, but the ministry should also consider the appropriate salary for local cooks and costs to be borne by the operators.
“Hygiene problem among foreign cooks has become an issue of late. The authorities have to address the issue in a stern manner because it involves public health. Another issue to be noted is that there are cooks who do not have valid documents such as passports, work permits and so on,” he said.
Consumer Association of Subang and Shah Alam (CASSA) president Datuk Dr Jacob George said the ministry should not make a hasty decision without holding negotiation with those involved in restaurant business.
“The dumping of foreign cooks is nothing new. Most restaurant operators do not have a choice but to hire foreign cooks due to (cheap) wages, cooking skills and so on,” he said, adding that quite a number of locals are not interested in the job. — Bernama

Artikel Oleh : MALAY MAIL
DON’T MAKE HASTY DECISION OVER LOCAL COOK PROPOSAL, SAY CONSUMER ASSOCIATIONS

4525) CHEAPER SUGAR? AN IMPORTER SAYS IT IS POSSIBLE WITH DIRECT AP ISSUANCE – NEW STRAITS TIMES – 26/6/18


KUALA LUMPUR: A Puchong-based sugar importer company claimed that it was able to sell refined sugar to consumers at lower price.
Nurani Resources Sdn Bhd managing director Datuk Ali Hassan said it however can only be materialised if approved permits (APs) for sugar import is given directly to the companies that are capable to carry out the business.
“I have been importing refined sugar from Thailand for RM1.50 per kilogramme.
“By right, I can sell it at RM1.90 per kilogramme to consumers compared to the current market price of RM2.95 per kilogramme.
“However, since I am using other people’s AP and I have to pay extra for it, I’m not able to sell it at the desired price,” he said at a press conference organised by Muslim Consumers Association (PPIM) today.
Ali said he hoped that the APs would be given to the companies that were also capable to import sugar.
His sentiment was echoed by PPIM, that also called on the government to review the procedure for the issuance of APs for sugar import.
Its chief activitist Datuk Nadzim Johan said by doing so it would help to reduce the price of sugar in the market.
“We hope the new government will look into this matter and award APs to capable business companies, rather than giving them to those who sell their permits to others and make profit out of it.
“We are not envious of those with APs, but it is rather a matter of addressing the high price of sugar.
“Yes, we want to reduce sugar intake among consumers, but at the same time we should not burden them with the high price,” he said, adding that there was an urgent need to eliminate favouritism.
“There were APs given to those who did not trade sugar. So, why don’t we give AP to the traders who are really in the business.”
Present was the coordinator head of Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Datuk Dr Mohd Noor Ali Akhbar.

Artikel Oleh : New Straits Times
CHEAPER SUGAR? AN IMPORTER SAYS IT IS POSSIBLE WITH DIRECT AP ISSUANCE

4524) PEMEGANG AP TEKAN PENIAGA – MALAYSIA GAZETTE – 26/6/18

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa Approved Permit (AP) terhadap gula membebankan rakyat dan menjadi punca barangan keperluan dijual dengan harga yang tinggi.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga gula mendakwa, pemilik AP menindas mereka untuk menyusun rangka kadar keuntungan selain tanggungan kos membawa gula masuk ke negara. 
Beliau berkata, walaupun kini Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah pada kadar sifar, namun kewujudan pemegang AP kini dilihat akan menggagalkan usaha untuk menurunkan harga barangan.
Pihak yang memegang AP gula, jelas Nadzim, tidak semestinya menjalankan perniagaan barang keperluan itu yang pada akhirnya disifatkan hanya menjadi orang tengah dengan keuntungan yang berlipat ganda. 
“Kalau AP untuk sekilogram gula RM0.50 contohnya, dan peniaga nak membawa masuk daripada Thailand dengan jumlah yang banyak setiap bulan berapa pula yang pemegang AP dapat? 
“Harga barang makin naik sekarang ini. Kita lihat harga barang boleh turun jika kita tengok ada yang tidak kena dengan AP ini. Kalau diselesaikan secara berperingkat lapisan-lapisan harga barang akan dapat diselaraskan tanpa perlu memberikan lebih kepada pihak yang tidak berniaga gula,” tambahnya. 
Beliau bekata kerajaan perlu memperhalusi pemberian AP khususnya kepada pihak yang menjalankan perniagaan barangan tertentu bagi memudahkan pengawalan harga barang dalam masa yang sama peniaga tempatan tidak tertindas. 
“Kalau diberikan AP ni kepada orang yang betul-betul berniaga, harga barang apa juga bukan setakat gula pun boleh turun lagi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Artikel Oleh : MALAYSIA GAZETTE
PEMEGANG AP TEKAN PENIAGA

4523) PM DIMINTA CAMPUR TANGAN – KOSMO – 24/6/18


KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya campur tangan bagi menyelesaikan dan meneliti semula larangan pengambilan tukang masak asing di restoran-restoran tempatan seperti yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran kelmarin.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Prisma), P. Muthusamy berkata, Perdana Menteri perlu campur tangan kerana isu tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk pengusaha, pekerja dan berjuta-juta pelanggan.
“Ia akan memberi kesan langsung kepada industri makanan dan minuman serta pelanco­ngan di negara ini jika larangan pengambilan tukang masak asing dilaksanakan secara terburu-buru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Tambahnya, beliau juga akan mengadakan pertemuan de­ngan Kulasegaran bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut minggu depan.
Kosmo! semalam melaporkan Kulasegaran menggesa semua pengusaha di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing bermula 1 Julai ini.
Bagaimanapun, Kulasegaran memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk pihak terlibat berbuat demikian sebelum larangan itu dikuatkuasakan pada 1 Janua­ri 2019.
Menurut Muthusamy, Prisma sudah menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja dalam industri tersebut sejak beberapa tahun lalu dan peraturan baharu itu bakal merumitkan lagi keadaan.
“Dalam tempoh beberapa tahun lalu, ahli-ahli kami terpaksa menutup lebih 500 restoran kerana kekurangan tenaga kerja selain perlu membayar levi sebanyak RM2,085 bagi setiap pekerja asing,” ujar beliau.
Beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya perlu menggantikan lebih 100,000 tukang masak sedia ada sekarang untuk bekerja di lebih 6,000 restoran Prisma di seluruh negara jika larangan itu dikuatkuasakan.
“Sebagai contoh, bagi restoran berkeluasan 20×80 kaki yang beroperasi 18 jam sehari, kita memerlukan tukang masak dan tukang bancuh air sehingga 20 orang.
“Restoran berkeluasan dua kali ganda yang beroperasi 24 jam sehari pula memerlukan pekerja dua kali ganda daripada jumlah tersebut,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh harus dilakukan terlebih dahulu berhubung cada­ngan tersebut.
“Kita memang menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengurangkan tenaga pekerja asing di negara ini, namun pelbagai aspek mesti diambil kira termasuk kebolehpasaran tenaga tempatan dan minat mereka untuk menceburinya,” katanya.
Ujar beliau lagi, sikap rakyat tempatan serta isu gaji dan ponteng kerja juga menjadi punca majikan sukar mengambil mereka bekerja.
Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan pula berpendapat, ekonomi industri makanan serta rangkaian restoran bakal lumpuh andainya larangan itu dilaksanakan.
“Beliau (Kulasegaran) sebagai menteri perlu bijak mena­ngani masalah dan adil dalam pembangunan industri itu di negara ini.
“Di Pulau Pinang, misalnya, kebanyakan pelancong datang disebabkan kepelbagai­an serta keenakan makanannya. Tarikan itu akan lenyap jika tidak dipandang serius oleh kerajaan,” jelasnya.
Artikel Oleh : KOSMO
PM DIMINTA CAMPUR TANGAN

4524) PEMBERIAN AP GULA PERLU LEBIH TELUS – UTUSAN MALAYSIA – 26/6/18


KUALA LUMPUR 26 Jun – Kerajaan disarankan memberi permit import (AP) gula hanya kepada pengimport gula bagi membolehkan harga gula dalam negara dijual lebih murah berbanding harga yang ditetapkan ketika ini iaitu RM2.95 di pasaran terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pemberian AP gula kepada golongan yang tidak terlibat dalam industri tersebut menyebabkan pengimport gula mengeluarkan kos tambahan untuk menyewa permit berkenaan daripada pihak ketiga yang langsung tidak menjalankan perniagaan berkenaan gula.
“Ada AP yang diberikan kepada golongan yang tidak menjalankan perniagaan gula dan mereka ini hanya mengambil untung dengan menyewakan permit berkenaan kepada syarikat-syarikat lain.
“Sekiranya kerajaan memberi AP gula secara terus kepada pengimport gula yang benar-benar melakukan perniagaan dalam industri tersebut, harga gula dapat dijual dengan lebih murah,” katanya dalam sidang akhbar AP Gula Membebankan Rakyat di Kondominium Villa Puteri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PEMBERIAN AP GULA PERLU LEBIH TELUS

4523) PEKERJA ASING : JANGAN BUAT KEPUTUSAN TANPA KAJIAN MENYELURUH – SINAR HARIAN – 25/6/18


KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu bersikap realistik dalam menangani isu kebergantungan sumber tenaga warga asing dalam pelbagai industri di negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran telah menimbulkan kerisauan industri.
Menurutnya, sejak beberapa hari lalu, pihaknya telah menerima aduan dan kerisauan berhubung kenyataan Kulasegaran.
“Kawan- kawan kita dalam industri cukup risau kerana mereka sudah tentu terpaksa menghadapi cabaran yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata, kajian dan perancangan secara menyeluruh perlu dilakukan kerajaan sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Kalau menteri hendak buat, ia boleh dirancang. Mungkin implementasinya lima tahun akan datang, jadi kerajaan boleh melatih sumber tempatan untuk menggantikannya.
“Sebenarnya, PPIM sokong penggunaan tenaga kerja tempatan, memang baik. Tetapi kita perlu juga faham, tidak semua orang tempatan yang mempunyai limitasi,” katanya.
Nadzim berkata, kerajaan juga perlu memberi jaminan kepada industri agar tidak tergugat dengan polisi baharu kerajaan.
“Hendak meniaga bukan mudah. Setengah nyawa. Kalau ada syarat- syarat  macam ini, lagilah tidak tinggal nyawa. Padahal mereka memohon permit secara sah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Justeru, PPIM mencadangkan agar kerajaan menubuhkan seketeriat bagi yang boleh menerima input, menyelesaikan masalah yang timbul dan mencari titik pertemuan dengan pihak berkaitan.
“Menteri mungkin boleh susun pekerja- pekerja. Kalau kita hendak, kita boleh ambil di situ,” katanya.
Selain itu, PPIM juga  berharap agar kerajaan dapat melatih orang tempatan agar lebih bersedia dalam mengurangkan kebergantungan warga asing.
“Latih, beri sijil dan tingkatkan tangga gaji mereka,” katanya yang turut berharap agar polimik ini diselesaikan dengan baik.
Semalam,  Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji semula perjanjian mengenai pekerja asing dengan semua negara yang terlibat dalam usaha mengurangkan kebergantungan dengan mereka.
“Keutamaan pekerjaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu sebelum diberi kepada pekerja asing,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perjanjian pada tahun 2006 antara Malaysia dan Bangladesh untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja negara itu.

Artikel Oleh : Sinar Harian
Pekerja asing: Jangan terkam tanpa kajian menyeluruh

4522) CONSUMER GROUP CAUTION AGAINST HASTE IN “LOCAL COOKS ONLY” POLICY – NEW STRAITS TIMES – 24/6/18


KUALA LUMPUR: A comprehensive study needs to be done before a directive is issued to compel restaurants in the country to hire only local cooks, says consumer rights groups.
Malaysian Muslim Consumers’ Association (PPIM) chief activist, Datuk Nadzim Johan, said while PPIM welcomed the emphasis placed on local talent, consultations should be done beforehand between the ministry and the industry players, such as restaurant operators and consumer associations.
“As a whole, restaurants now use foreign cooks. We see this in mamak restaurants, whose cooks are usually from India, while stalls offering East Coast dishes normally hire Thai cooks.
“Chinese restaurants, meanwhile, usually engage Chinese or Vietnamese cooks,” he said.
He was commenting on a statement by Human Resources Minister M. Kula Segaran, who on Friday said that all restaurants nationwide must hire local cooks in their establishments effective Jan 1, 2019.
His statement met with criticism on social media. He later clarified that the directive was still at the suggestion stage and talks would be held with the stakeholders before any further instructions are made.
Nadzim said while the move would no doubt solve issues concerning hiring foreigners, the ministry should also take into account the wages required to hire Malaysians as well as other costs which must be borne by the restaurateurs.
“Of late, there has been some controversy over the standard of hygiene involving foreign cooks and this must be tackled by the authorities as it involves the safety of the public. Another issue that must be dealt with is the presence of foreign cooks who do not have passports or work permits,” he said.
Consumers Association of Subang and Shah Alam (CASSA) president, Datuk Dr Jacob George, said the Human Resources Ministry should not have made a hasty decision without consulting those involved in the food and beverages industry.
“The issue of the overabundance of foreign cooks is not new. Many restaurants have been left with no choice but to hire foreigners as they are cheaper and have the necessary skills.
He said he ministry’s proposal can be realised but should not be done hastily. This, he said, was because many locals are not interested in working in restaurants due to lower pay and the working environment.
Meanwhile, chief executive officer of Kayu Nasi Kandar Restaurant, Sirajudin Mohamed Mydin said the implementation of such a regulation should take into account the problems to be faced by local restaurant operators, especially to find replacements in a short time.
“It would not be easy for us (food traders) to find a good cook in a short period of time. Although, we can provide training for the new workers (locals) it takes time to develop a skilful cook,” he told Bernama.
A local restaurant operator, Jemain Sakat, 54, said the suggestion was justified but should not be implemented without warning due to the lack of local manpower.

Artikel Oleh : New Straits Times
CONSUMER GROUP CAUTION AGAINST HASTE IN “LOCAL COOKS ONLY” POLICY

4521) PERSATUAN PENGGUNA GESA KEMENTERIAN KAJI SEMULA – UTUSAN MALAYSIA – 23/6/18


KUALA LUMPUR 22 Jun – Kementerian Sumber Manusia dilihat mengambil langkah mengundur apabila menetapkan peraturan hanya tukang masak tempatan dibenarkan bekerja di restoran seluruh negara yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, kementerian tersebut dilihat terlalu tergesa-gesa dalam menetapkan peraturan tersebut tanpa penilaian menyeluruh, sekali gus akan menyebabkan imej negara sebagai hab pelancongan terjejas.
“Sepatutnya kementerian perlu berbincang dengan pemain industri sebelum melaksanakan dasar baharu kerana ia melibatkan kesan jangka panjang kepada perniagaan mereka.
“Berdasarkan pemantauan Cassa sejak 15 tahun lalu, negara kekurangan tukang masak profesional yang mampu menggantikan tukang masak dari luar negara. Sepatutnya kerajaan perlu memberi tumpuan untuk melahirkan lebih ramai tukang masak tempatan profesional daripada mengambil langkah mengundur seperti ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Jacob berkata, peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu akan memberi kesan kepada hubungan diplomatik terhadap negara-negara terlibat seperti Thailand dan India.
Katanya, walaupun pene tapan peraturan tersebut memberi ruang kepada tukang masak tempatan untuk mendapat peluang pekerjaan, namun jumlah tenaga pakar yang ada ketika ini masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan dalam industri tersebut.
“Banyak restoran akan mengalami kerugian, malah akan ditutup sekiranya kerajaan tetap dengan keputusan untuk melak. sanakan peraturan ini. Saya akan membuat rayuan agar kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak berkenaan mengenai hal ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu agensi khas untuk menyelia tukang masak tempatan agar keperluan industri tersebut dapat dipenuhi.
Katanya, penguatkuasaan peraturan baliaru itu juga perlu dilaksanakan secara berperingkat -peringkat supaya kerajaan dapat menilai kesan terhadap majikan yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada tukang masak profesional dari luar negara.
“Lebih elok sekiranya penguatkuasaan ini dilakukan di hotel terlebih dahulu. Sekiranya kesannya positif terhadap semua pihak, maka barulah kita boleh laksanakan di peringkat restoran,” katanya

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PERSATUAN PENGGUNA GESA KEMENTERIAN KAJI SEMULA

4520) TUKANG MASAK TEMPATAN : JANGAN BUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU – BERNAMA – 24/6/18


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Perancangan dan penyelidikan yang menyeluruh perlu dilakukan sebelum menetapkan semua restoran di negara ini menggunakan khidmat tukang masak tempatan, kata aktivis persatuan pengguna.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata PPIM menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia itu yang mengutamakan tukang masak tempatan bagaimanapun rundingan harus dilakukan terlebih dahulu antara pihak kementerian dan pihak berkepentingan seperti pengusaha kedai makan dan persatuan pengguna.
“Rata-rata restoran kini menggunakan tukang masak warga asing contohnya di kedai masakan mamak, pemiliknya lebih gemar mengambil tukang masak dari India manakala kedai masakan dari pantai timur majoritinya adalah tukang masak dari Thailand, sama juga dengan kedai makanan Cina dan lain-lain, mereka akan menggaji tukang masak sama ada dari Vietnam, China dan negara lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran bahawa semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.
Nadzim berkata cadangan itu akan menyelesaikan masalah melibatkan tukang masak warga asing tetapi kementerian juga harus mempertimbangkan tentang gaji yang sesuai untuk tukang masak tempatan dan masalah kos yang harus ditanggung pengusaha restoran.

Artkel Oleh : BERNAMA
TUKANG MASAK TEMPATAN : JANGAN BUAT KEPUTUSAN TERBURU-BURU

4519) KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA TIMBULKAN KEGUSARAN PPIM – PPIM – 25/6/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dan keresahan oleh penggiat industri pembuatan, pembinaan dan perladangan di negara ini.
Ia berikutan kenyataan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata kemasukan pekerja asing di negara ini perlu dihentikan segera. Kula Segaran dilaporkan berkata demikian pada 16 Jun lepas ketika berucap di sebuah majlis di Perak.
PPIM berpendapat tindakan itu bakal menyusahkan pengusaha dan penggiat industri serta merugikan negara kerana ia turut melibatkan industri perkhidmatan, pembangunan dan kargo. Risiko terhadap semua industri ini amat tinggi termasuklah ada yang mungkin terpaksa gulung tikar.











Tuesday, June 19, 2018

4518) PENIAGA TENTUKAN HARGA MURAH, MAHAL – UTUSAN MALAYSIA – 19/6/18


KUALA LUMPUR 18 Jun – Tidak mustahil bagi para peniaga untuk menjual barang keperluan harian dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun tiada penurunan harga di pasaran utama setakat ini, pihaknya berjaya membuktikan sebaliknya.
Katanya, PPIM melalui program Jualan Harapan Rakyat dengan kerjasama Persatuan Pengimport Daging Halal Muslim Malaysia (Halmim) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Putrajaya telah mempromosikan jualan barangan harian dengan harga yang lebih murah.
“Ini adalah berdasarkan pengalaman kami di PPIM yang telah lebih dua bulan membantu mempromosikan peniaga menjual barangan harian de­ngan lebih murah.
“Harga barangan di Jualan Harapan Rakyat kami adalah jauh lebih murah, hampir separuh daripada harga jualan biasa. Sebagai contoh, ikan kembung yang dijual antara RM10 hingga RM9 sekilo dijual dengan harga RM5 sekilo sahaja,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.
Selain itu, harga ayam yang kini mencecah hampir RM7 sekilo dijual dengan harga RM5.99 sekilo.
Tambah Nadzim, pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai program tersebut.
“Kami juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperluaskan lagi program tersebut,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bahawa harga barang keperluan asas akan turun selepas kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diturunkan kepada kosong peratus.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PENIAGA TENTUKAN HARGA MURAH, MAHAL

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...