KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan penjualan harga barangan harian yang lebih murah adalah tidak mustahil.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata setakat ini walaupun tiada penurunan harga di pasaran utama, PPIM telah berjaya membuktikan ia boleh dilaksanakan.
“Ini adalah berdasarkan pengalaman kami di PPIM yang telah lebih dua bulan membantu mempromosikan peniaga menjual barangan harian dengan lebih murah ” katanya, di sini hari ini.
PPIM melalui program Jualan Harapan Rakyat dengan kerjasama Halmim dan Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia cawangan Putrajaya telah mempromosikan jualan barangan harian dengan harga jauh lebih murah.
“Harga barangan di Jualan Harapan Rakyat kami adalah jauh lebih murah, hampir separuh dari harga jualan biasa.
Sebagai contoh ikan kembung yang dijual antara RM10 hingga RM9 sekilo dijual dengan harga RM5 sekilo sahaja,” katanya.
Selain itu harga ayam yang kini mencecah hampir RM7 sekilo dijual dengan harga RM5.99 sekilo.
Nadzim berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai program tersebut.
“Kami juga sedia berkongsi pengalaman dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
untuk memperluaskan lagi program tersebut,” katanya.
untuk memperluaskan lagi program tersebut,” katanya.
Nadzim mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bahawa harga barangan keperluan asas turun selepas cukai GST diturunkan kepada kadar sifar.
Pada 15 Jun lalu, Salahuddin berkata barang keperluan asas seperti ayam, sayuran dan daging lembu turun antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.
Artikel Oleh : ASTRO AWANI
HARGA BARANGAN KEPERLUAN MURAH TIDAK MUSTAHIL
No comments:
Post a Comment