KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) malam tadi berbuka puasa bersama Pakatan Harapan, yang diwakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip di satu majlis anjuran NGO itu.
Ketua Aktivis PPBM Datuk Nadzim Johan berkata undangan ini langkah ke arah mewujudkan keadaan yang terbaik untuk semua pihak dan berharap penerimaan PH ini menjadi permulaan baru.
“Rakyat mesti bersama mewujudkan keadaan untuk semua. Kita harapkan bersama kita membuang apa-apa perselisihan faham untuk bersatu dengan semangat baru dan ubah keadaan menjadi lebih baik,” katanya kepada pemberita di majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsan Taman Seri Rampai.
Atucara malam tadi sepatutnya menampilkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengusaha restoran Datuk Jawahar Ali untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 7,000 orang asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.
Namun menurut penganjur, perdana menteri tidak dapat hadir dan menghantar Zahid bagi pihaknya. Seorang lagi pemimpin PH, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad juga tidak dapat hadir.
Di majlis yang sama, Nadzim mengumumkan PPIM melalui Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menyumbang RM50,000 kepada Tabung Harapan yang diwujudkan bagi membantu negara menangani masalah hutang dan liabiliti negara mencecah RM1 trilion.
Nadzim berharap sumbangan kecil itu dapat mendorong mereka yang belum terpanggil untuk menderma untuk ke tampil menyumbang kepada tabung itu, tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar.
“PPBM mengharapkan kemakmuran dalam negara kita. Sumbangan ini satu penghargaan atas usaha kerajaan mewujudkan negara yang memberi harapan kepada generasi akan datang.”
Setakat 7 Jun lalu, Tabung Harapan dilaporkan berjaya mengutip RM49,190,120.04 sejak dilancarkan pada 30 Mei lalu.
Artikel Oleh : Free Malaysia Today
PPIM BERBUKA PUASA BERSAMA PH, DERMA TABUNG HARAPAN
No comments:
Post a Comment