Showing posts with label YPNM. Show all posts
Showing posts with label YPNM. Show all posts

Thursday, January 26, 2023

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M - SIN CHEW DAILY - 25/01/2023

 

(Petaling Jaya, ke-25) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (YPNM) menggesa umat Islam di negara kita berhenti membeli dan menggunakan produk buatan Sweden mulai hari ini, termasuk IKEA (IKEA), jenama Pakaian seperti H&M, Ericsson dan Electrolux. 

Persatuan itu hari ini bertindak balas terhadap tindakan provokatif ahli politik sayap kanan Denmark-Sweden, Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm, menyeru semua pengguna Islam di negara kita supaya berhenti menggunakan produk dari negara itu. 

Tuntut permohonan maaf secara terbuka daripada kedutaan Sweden  

PPIM mengeluarkan kenyataan hari ini meminta wakil kedutaan Sweden di Malaysia mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. 

"Kebebasan bersuara perlu ada had. Jika mereka berkeras untuk tidak meminta maaf, kami akan menyeru rakyat untuk berdemonstrasi di hadapan kedutaan Sweden di Malaysia sehingga mereka menyedari kesilapan mereka." 

Selain itu, Yayasan Pengguna Nasional Malaysia juga menyeru semua jabatan pelaburan kerajaan untuk melupuskan saham dan kepentingan semua syarikat multinasional Sweden. 

"Islam mengajar umatnya supaya menghormati agama dan kepercayaan lain, tetapi ini tidak bermakna jika agama kita dihina, kita rakyat hanya akan memilih untuk berdiam diri." 


Artikel oleh: Sin Chew Daily 

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M

https://www.sinchew.com.my/?p=4426409

Friday, August 16, 2019

5170) PPIM SOKONG PH HUKUM PEMBELOT NEGARA - MALAYSIA GAZETTE - 15/08/2019


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pembelot negara.
“PPIM amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang belot kepada negara termasuk parti politik DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah),” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini Dr Mahathir dalam satu sebuah petikan video yang tular di media sosial berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti yang belot kepada negara.
“Tapi kalau DAP, Keadilan, Amanah membelot dan tidak lagi setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain,” katanya di dalam video berdurasi 13 saat itu.
Sementara itu, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menyatakan ikrar taat setia kepada negara dan turut menyokong kenyataan Dr Mahathir.
Ketua Pegawai Eksekutif YPNM, Mohd Al Iman Zakaria berkata, pihaknya memandang serius isu pembelot negara dan mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang merosakkan nama baik negara.
“Kami di YPNM berpendapat, sesiapa yang mengganggu-gugat keharmonian dan membawa budaya ekstremis kaum wajib dihukum atau diberi amaran tanpa mengira pangkat dan jawatan,” katanya.
Tambah Mohd Iman lagi, jurang perkauman ini juga ada kaitan dengan keadaan ekonomi negara ketika ini, sama seperti tragedi 13 Mei 1969 (dari rentetan beberapa kejadian dan ketidakpuasan hati golongan majoriti dan minoriti).
“Semua pihak wajib menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk, yang  mana hubungan dan keharmonian antara kaum mestilah terjalin dengan baik,” katanya.
Mohd Al Iman mahu masyarakat menghentikan sebarang bentuk spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan keharmonian agama dan kaum yang menjadi asas kekuatan Malaysia selama ini.

Artikel oleh: Malaysia Gazette
PPIM SOKONG PH HUKUM PEMBELOT NEGARA

Wednesday, July 3, 2019

5050) SANTAI RAYA KEBUN BANDAR SG. BUNUS - PPIM - 03/07/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menghadiri majlis Santai Raya di Kebun Bandar Sg. Bunus. 

Kebun Bandar Sg. Bunus adalah satu contoh perkebunan komuniti bagi masyarakat yang tinggal di bandar untuk bercucuk tanam di persekitaran kediaman selain meningkatkan kualiti udara. Aktiviti ini juga dapat membantu pendapatan ekonomi keluarga.

Sempena bulan Syawal ini, satu sambutan majlis Aidilfitri telah diadakan di tapak tanaman ini.

Tema tahun ini adalah 'SANTAI RAYA' yang dianjurkan oleh pemegang taruh, EXPERESSIONZ, BERNAMA, UTM, PPIM, BIKER WITH ELENA DAN YPNM.

Program tahunan ini adalah bagi merapatkan silaturahim diantara kita serta memberi maklumat baru tentang kaedah penanaman, perancangan masa depan dan berbincang bagaimana untuk membantu golongan B40 di bandar.

Thursday, May 23, 2019

4956) PERTANDINGAN KACAU BUBUR LAMBUK DI MASJID USAMAH BIN ZAID - PPIM - 23/05/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyertai Pertandingan Kacau Bubur Lambuk anjuran Pusat Zon 4 (JAWI) bersama Badan Kebajikan Pusat Zon 4 dan Masjid Usamah Bin Zaid bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid. Pertandingan berlangsung sejak jam 8.00 pagi dan akan tamat sekitar jam 12.30 tengahari.
Turut hadir sama Ketua Aktivis PPIM, toqqi.





Wednesday, December 26, 2018

4751) ANTARA KEMAHIRAN AKADEMIK DAN INSANIAH, PERLUKAH KITA TIRU JEPUN ? – ASTRO AWANI – 24/12/18


KUALA LUMPUR: Pelajar di Jepun diajar mengenai adab dan etika sejak dari awal persekolahan. Ia dilihat sebagai satu kemahiran insaniah yang sangat penting.
Menyokong pendekatan itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.
“Jika kita hanya memberikan fokus pada bidang akademik, kita takut mereka mempunyai kegagalan dalam menangani hal yang berkaitan dengan perhubungan dan kekeluargaan,” ujarnya.
Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik insaniah anak-anak sebelum mereka menerima pembelajaran di peringkat sekolah.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam program Debat AWANI yang berlangsung pada Ahad, membawa tajuk ‘Mana lebih penting? Kemahiran akademik atau kemahiran insaniah?’.
Namun, Datuk Freida Pilus, pengasas dan Mentor Kumpulan Sekolah-sekolah Cempaka, mempunyai pandangan yang berbeza.
Menurutnya, tidak semua yang diamalkan di Jepun boleh dilakukan di Malaysia kerana perbezaan budaya yang berbeza.
“Di Jepun, jam 3 petang setiap hari, semua anak-anak di sekolah akan mencuci sekolah. Kalau kita buat perkara yang sama di Malaysia, ibu bapa akan marah!
“Tetapi di Jepun itulah kemahiran yang mereka ajar dalam kehidupan dan sudah dilakukan sejak dahulu kala.
“Ini bukan ‘soft-skills’ tapi inilah pembudayaan yang dilakukan dengan sistem yang dilakukan secara berperingkat’,” tegasnya.
Freida berkata, sebarang perubahan yang mahu dilakukan dalam sistem pendidikan kita haruslah berlandaskan kepada budaya tempatan.
Anjakan pemikiran dan perubahan sikap perlu dilakukan terlebih dahulu.

Artikel Oleh : Astro Awani
ANTARTA KEMAHIRAN AKADEMIK DAN INSANIAH, PERLUKAH KITA TIRU JEPUN ?

Wednesday, November 28, 2018

4726) SIDANG MEDIA “HENTIKAN MENABUR FITNAH DAN MEMBAKAR AMARAH RAKYAT” – PPIM – 28/11/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua pihak bertenang, dan hentikan menabur fitnah dengan menghasut perasaan benci antara kaum susulan isu rusuhan di sebuah kuil agama hindu sejak akhir-akhir ini.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menegaskan PPIM sentiasa berpegang kepada prinsip keharmonian dan kemuafakatan dikalangan masyarakat Malaysia.












Monday, October 15, 2018

4671) PROGRAM KEM MUJAHADAH KE PESANTREN DARUL QURAN WAS SUNNAH PEKANBARU RIAU, INDONESIA – PPIM – 14/10/18

Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, toqqi meluangkan masa serta memberi semangat kepada pegawai serta anak-anak Maahad Tahfiz Darul Azhar (MTDA) di KLIA2 hari ini sebelum berangkat ke Pekan Baru Indonesia.
Semoga perjalanan menimba ilmu di luar negara mendapat manfaat dan keberkatan Allah.
Turut serta memberi sokongan ialah duta Fabulous Empire penyanyi Irene Catalina serta Haji Yann Razal YPNM.







Thursday, August 30, 2018

4614) MAJLIS SUMBANGAN DAN PENGHARGAAN KEPADA SISWA DAN SISWI CEMERLANG – PPIM – 28/8/18

Telah berlangsungnya satu majlis sumbangan dan penghargaan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Persatuan Hakka kepada siswa dan siswi cemerlang dari UKM, UiTM, UPM dan UUM.








Friday, August 17, 2018

4594) 61 IKRAR TERBAIK DAPAT HADIAH, TERIMA NOMBOR PLAT PATRIOT – SINAR HARIAN – 17/8/18


PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin memberitahu, sebanyak 61 ikrar terbaik dan bermakna akan dikongsi kepada orang ramai melalui media sosial.
Menurutnya, mereka yang bertuah itu akan menerima nombor plat Patriot dan baucar membelibelah Mydin.
Selain itu katanya, Mydin turut menyediakan pelbagai aktiviti dan peraduan menarik buat pelanggannya seperti Kempen Shop, Collect & Redeem dan Shop, Fly & Drive, bagi memastikan hari kebangsaan dirai dengan meriah di semua cawangannya.
“Kempen Shop, Collect & Redeem membolehkan pelanggan menebus bekas makanan eksklusif pada harga istimewa selepas diskaun 70 peratus dari harga asal dengan mengumpul setem yang bakal diperoleh setiap kali berbelanja minimum RM30 di Mydin bermula 16 Ogos hingga 30 November 2018.
“Dengan lima setem dikumpul, pelanggan boleh menebus bekas makanan berkenaan yang didatangkan dalam tiga saiz berbeza dan berlainan harga,” katanya.
Sementara bagi kempen Shop, Fly & Drive, pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan pembelian serendah RM150 menerusi dua gabungan resit dari mana-mana cawangan Mydin atau mana-mana penyewa dalam cawangan Mydin yang sama, sepanjang tempoh peraduan berlangsung selama dua bulan, bermula 16 Ogos hingga 16 Oktober ini.
Pembelian RM150 itu mesti disertakan bersama pembelian produk Pantene dari pasar raya Mydin.
Antara hadiah utama ditawarkan dalam kempen itu termasuklah enam kereta Proton Suprima Turbo 1.6T, 12 motosikal Modenas dan tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur – Phuket – Kuala Lumpur.
Pada majlis pelancaran semalam, Mydin sekali lagi menerima kepercayaan buat kali ketiga dari Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) untuk bekerjasama mengadakan program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku.
Ia diadakan di lima cawangan Mydin melibatkan Bukit Mertajam, Pulau Pinang (3-5 Ogos 2018); USJ, Subang Jaya, Selangor (16 – 19 Ogos 2018); Meru Raya, Ipoh, Perak (30 Ogos – 1 September 2018); Mutiara Rini, Skudai, Johor (6 – 8 September 2018) dan Petrajaya, Kuching, Sarawak (14 – 16 September 2018).
MyMerdeka Sayangi Malaysiaku mempunyai objektif memberikan kesedaran kepada pengunjung melalui penghayatan secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi antara kaum.

Artikel Oleh : Sinar Harian
61 IKRAR TERBAIK DAPAT HADIAH, TERIMA NOMBOR PLAT PATRIOT

Thursday, August 16, 2018

4592) PROGRAM MYMERDEKA SAYANGI MALAYSIAKU – PPIM – 16/8/18

Telah berlangsungnya Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku bertempat di Mydin Wholesale Hypermarket, Persiaran Permai, USJ1, Subang Jaya
Program yang bermula kira-kira jam 11 pagi ini telah dirasmikan oleh ADUN Subang Jaya, Michelle Ng.
Dalam program ini juga, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) turut menyumbangkan beberapa plat patriot kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin bagi meraikan bulan kebangsaan ini. Penyerahan tersebut telah di sampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, toqqi.

















PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL