Showing posts with label RASMUS PALUDAN. Show all posts
Showing posts with label RASMUS PALUDAN. Show all posts

Saturday, January 28, 2023

LAGI NGO DESAK BOIKOT PRODUK DARI SWEDEN - SINAR HARIAN - 26/01/2023

 

Artikel oleh: Sinar Harian

LAGI NGO DESAK BOIKOT PRODUK DARI SWEDEN

PPIM GESA PENGGUNA BOIKOT PRODUK SWEDEN - SAMUDERA.MY - 26/01/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengguna di negara ini bertindak atas kebiadaban ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata tindakan itu harus dipandang oleh umat Islam di Malaysia.

PPIM mengutuk tindakan tersebut dengan mendesak Kedutaan Sweden di negara ini membuat penyataan maaf secara terbuka dan kerajaan negara itu mengambil tindakan terhadap Paludan.

“Kebebasan bersuara harus ada hadnya, jika kerajaan Sweden enggan bertindak melalui kedutaannya di sini, kami akan melakukan protes di hadapan bangunan kedutaan sehingga mereka sedar perbuatan itu adalah melampau,” katanya.

Nadzim mengajak pengguna Islam negara ini mula memboikot produk dari negara Sweden bagi ‘mengajar’ mereka. 

Antaranya adalah IKEA, H&M, Ericsson dan Electrolux.PPIM akan mengeluarkan poster produk dari Sweden untuk rujukan pengguna Islam di negara ini.


Artikel oleh: Samudera.my

PPIM GESA PENGGUNA BOIKOT PRODUK SWEDEN

https://www.samudera.my/ppim-gesa-pengguna-boikot-produk-sweden/

ISU BAKAR AL-QURAN: KEMBALIKAN KEADILAN ISLAM, BOIKOT IKEA - PPIM - MEDIA VARIASI - 26/01/2023

 

KUALA LUMPUR: Universiti Birmingham menempatkan dua lembaran naskah al-Quran terawal berusia 1,378 yang ditemui pada 2015 bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah al-Quran tertua setakat ini.

Hasil ujian analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.

Penemuan berharga ini memberi makna yang besar dalam sejarah Ketamadunan Islam di dunia kerana ia manuskrip asli yang diyakini tidak diubah.

Ia dikatakan wujud tidak lama selepas diwahyukan kepada Nabi Muhammad antara 610 hingga 632 Masihi, di mana dipercayai penulisnya masih hidup era berkenaan.

Begitulah kebesaran Tuhan yang memelihara naskah asli berkenaan agar generasi baharu mengkaji sejarahnya, asal kejadian dan hikmah daripadanya, namun ia mustahil berlaku jika naskah itu tidak dipelihara atau dibakar.

Malaysia baru-baru ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, Sweden.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi turut menyeru rakyat agar memboikot produk dari Sweden sebagai satu isyarat kepada negara itu bahawa tindakan mereka adalah satu jenayah yang tidak boleh dikompromi.

“Kembalikan keadilan untuk Islam, perlu protes dan bangkit boikot produk Sweden seperti IKEA, tak makan meat ball pun tak mati.

“Perbuatan (bakar al-Quran) telah merosakkan hubungan, jadi kita harus sokong kebaikan dan menentang amalan budaya yang tidak baik.

“Kita tidak nampak orang Malaysia bakar kitab mana-mana agama pun, tak semestinya kita bercerita pasal al-Quran.

“Kita bercerita mengenai membudayakan sesuatu yang elok tetapi perbuatan berkenaan adalah keji, hina dan tidak boleh diterima,” katanya selepas sidang media.

Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM di Pusat Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Beruntung, yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Turut hadir wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Mejar Bersekutu (PA) Zamri Mohd Zaman Khan serta barisan pemanah tradisional TAAM.

Tambahnya lagi, Duta Sweden di Malaysia dan Duta Malaysia di Sweden perlu bersama menjelaskan kepada kedutaan masing-masing untuk mengambil tindakan yang wajar.

“Jika tidak dihentikan, perbuatan ini akan diulang tayang oleh generasi lain pula, jadi isu keadilan tidak akan dapat sampai bila-bila,” katanya.

Artikel oleh: Media Variasi

ISU BAKAR AL-QURAN: KEMBALIKAN KEADILAN ISLAM, BOIKOT IKEA - PPIM

Thursday, January 26, 2023

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M - SIN CHEW DAILY - 25/01/2023

 

(Petaling Jaya, ke-25) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (YPNM) menggesa umat Islam di negara kita berhenti membeli dan menggunakan produk buatan Sweden mulai hari ini, termasuk IKEA (IKEA), jenama Pakaian seperti H&M, Ericsson dan Electrolux. 

Persatuan itu hari ini bertindak balas terhadap tindakan provokatif ahli politik sayap kanan Denmark-Sweden, Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm, menyeru semua pengguna Islam di negara kita supaya berhenti menggunakan produk dari negara itu. 

Tuntut permohonan maaf secara terbuka daripada kedutaan Sweden  

PPIM mengeluarkan kenyataan hari ini meminta wakil kedutaan Sweden di Malaysia mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. 

"Kebebasan bersuara perlu ada had. Jika mereka berkeras untuk tidak meminta maaf, kami akan menyeru rakyat untuk berdemonstrasi di hadapan kedutaan Sweden di Malaysia sehingga mereka menyedari kesilapan mereka." 

Selain itu, Yayasan Pengguna Nasional Malaysia juga menyeru semua jabatan pelaburan kerajaan untuk melupuskan saham dan kepentingan semua syarikat multinasional Sweden. 

"Islam mengajar umatnya supaya menghormati agama dan kepercayaan lain, tetapi ini tidak bermakna jika agama kita dihina, kita rakyat hanya akan memilih untuk berdiam diri." 


Artikel oleh: Sin Chew Daily 

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M

https://www.sinchew.com.my/?p=4426409

YPNM GESA KERAJAAN LUPUS KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT SWEDEN - SINAR HARIAN - 25/01/2023

 

SHAH ALAM - Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menggesa mana-mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat multinasional dari Sweden. 

YPNM dalam kenyataan berkata, langkah itu bertujuan bagi menentang tindakan Islamofobik politikus ekstrem sayap kanan Denmark-Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye, Stockholm pada Sabtu. 

Menurut kenyataan tersebut, seluruh umat Islam juga digesa menilai keadaan mereka sendiri, memperkukuhkan ukhuwah mereka serta membina semula kekuatan melalui ketakwaan, penguasaan ilmu dan teknologi. 

“Sebagai langkah membidas tindakan ini, YPNM menggesa setiap rakyat khususnya yang beragama Islam melahirkan semangat patriotik mereka dan memberhentikan pembelian mana-mana barangan dan perkhidmatan dari Sweden.

“Cuma dengan ini sahaja umat Islam dapat menggerunkan pihak musuh dan tidak mencetuskan provokasi-provokasi sebegini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Pada Sabtu, Rasmus telah membakar senaskhah al-Quran di Stockholm, Sweden di khalayak umum. 

Tambah kenyataan itu, tindakan Rasmus menunjukkan kebiadaban melampau terhadap kitab suci al-Quran dan agama Islam. “Selain dari membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tindakan tersebut bakal mencetus keadaan huru-hara agama yang tidak akan berkesudahan. 

“Agama Islam mengajar umatnya menghormati agama dan kepercayaan lain dan ini tidak bermakna umatnya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh jika agama mereka dihina sebegini rupa,” ujarnya. 


Artikel oleh: Sinar Harian

YPNM GESA KERAJAAN LUPUS KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT SWEDEN

https://www.sinarharian.com.my/article/242147/berita/nasional/ypnm-gesa-kerajaan-lupus-kepentingan-dalam-syarikat-sweden

LUPUS SEMUA KEPENTINGAN MULTINASIONAL SWEDEN - KENYATAAN MEDIA YPNM - 25/01/2023

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mengutuk perbuatan membakar al-Quran oleh seorang pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs, Rasmus Paludan di hadapan Kedutaan Turkiye Sabtu lalu. 

Perbuatan itu menunjukkan kebiadapan melampau terhadap kitab suci Al-Quran dan agama Islam.

Selain dari membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tindakan tersebut bakal mencetus keadaan huru-hara agama yang tidak akan berkesudahan. 

Agama Islam mengajar umatnya menghormati agama dan kepercayaan lain dan ini tidak bermakna umatnya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh jika agama mereka dihina sebegini rupa. 

Sebagai langkah membidas tindakan ini, YPNM menggesa setiap rakyat khususnya yang beragama Islam melahirkan semangat patriotik mereka dan memberhentikan pembelian mana-mana barangan dan perkhidmatan daripada Sweden.

YPNM juga menggesa agar mana-mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat multinasional dari Sweden.

Di samping itu, YPNM menggesa agar seluruh umat Islam menilai keadaan mereka sendiri dan memperkukuhkan ukhwah mereka serta membina semula kekuatan melalui ketaqwaan, penguasaan ilmu dan teknologi.

Cuma dengan ini sahaja umat Islam dapat menggerunkan pihak musuh dan tidak mencetuskan provokasi-provokasi sebegini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL