Wednesday, May 27, 2020

5989) PPIM : POLEMIK PEMANDU MABUK. BILAKAH KESUDAHANNYA? - KITA RAKYAT - 26/05/2020


5988) TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN - IZHAM NAYAN - 21/05/2020


Suaminya dipenjara kerana fitnah ibu. Anak-anak pula rindukan ayah. Setiap hari bertanya ayah di mana. Ini adalah permohonan bantuan untuk dapatkan bantuan bagi menyediakan wang jaminan kpd Asraf Abdullah seorang mualaf yang merasakan dirinya dianiaya dan mohon dibicara tapi tiada wang jaminan menyebabkan dia ditahan di penjara Sg Buloh. Kalau ada sesiapa nak sedekah kami di PPIM sedang cuba membantu beliau. No akaun PPIM. CIMB, 8001230731. Sila maklumkan jika ada buat sebarang pindahan wang. 019-6655544 Terima kasih Daripada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA


Artikel oleh: Izham Nayan

TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN


5987) 25 MEI 2020- BICARA PENGGUNA-NORMA RAYA BAHARU - BERITA RTM - 25/05/2020



Friday, May 22, 2020

5982) PROJEK ZERO HUNGER SASAR MEREKA TERCICIR DARI BPN - SUARA MERDEKA - 21/05/2020


WALAUPUN kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, tetapi tidak dinafikan masih ramai yang tercicir daripada kemudahan itu.

Sehubungan itu Projek Zero Hunger menyasarkan golongan berkenaan khususnya Kumpulan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang BPN untuk membayar sewa rumah.


Malakat Mall mengajak syarikat – syarikat korporat untuk berkolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger yang diasaskan pusat beli belah itu bersama Yayasan Brainy Bunch bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat mahupun penyertaan syarikat-syarikat lain untuk menyumbang secara berterusan kepada kepada golongan berkenaan.


Sementara itu Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

“Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan, “katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/


Artikel oleh: Suara Merdeka

PROJEK ZERO HUNGER SASAR MEREKA
TERCICIR DARI BPN

https://suaramerdeka.com.my/projek-zero-hunger-sasar-mereka-tercicir-dari-bpn/

5981) TETAPKAN HARGA SILING PERKHIDMATAN PENGHANTAR - HARIAN METRO - 21/05/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya melaksanakan kadar harga siling bagi perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan untuk melindungi pengguna.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mengenakan kadar tidak menentu terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, caj penghantaran itu menguntungkan syarikat tetapi sebaliknya membebankan pengguna.
Katanya, Kementerian Pengangkutan perlu menetapkan kadar tertentu mengikut lingkungan atau jarak penghantaran yang boleh dijadikan panduan kepada syarikat pengendali.
"Kementerian juga perlu menyediakan satu garis panduan berkaitan urusan penghantaran, kos dan undang-undang membabitkan syarikat serta penghantar.
"Caj penghantaran itu menguntungkan syarikat tetapi sebaliknya penghantar hanya menerima bayaran tertentu selain perlu menanggung kos minyak, tol dan penyelenggaraan kenderaan.
"Malah ada penghantar yang terpaksa keluar duit sendiri untuk bayar barangan ditempah pelanggan dan kemudiannya pelanggan itu gagal dikesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Justeru, Nadzim meminta kerajaan memantau dan memastikan kadar penghantaran kekal munasabah.
Harian Metro hari ini melaporkan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan mengalami kenaikan mendadak berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara selain pelaksanaan PKP.
Apa yang mengecewakan ada segelintir pengendali penghantaran dan penghantar persendirian mengambil kesempatan atau 'cekik darah' dengan mengenakan caj penghantaran tinggi.


Artikel oleh: Harian Metro

TETAPKAN HARGA SILING PERKHIDMATAN PENGHANTAR

5980) MALAKAT MALL AJAK SYARIKAT KORPORAT KOLABORASI MENYUMBANG DALAM PROJEK ZERO HUNGER - MALAKAT TRIBUNE - 21/05/2020


CYBERJAYA - Malakat Mall mengajak syarikat-syarikat korporat untuk kolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pengasas Malakat Mall dan Projek Zero Hunger, Mohd Fadzil Hashim berkata, projek kebajikan itu diasaskan oleh pusat beli belah tersebut bersama Yayasan Brainy Bunch.

Beliau berkata, menerusi sumbangan daripada pihak korporat, pihaknya yakin sumbangan secara berterusan dapat diberikan kepada golongan berkenaan.

"Golongan-golongan yang terjejas khususnya daripada golongan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuanyang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membayar sewa rumah.

"Justeru bantuan berupa barangan asas makanan amat diperlukan dan sangat membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima cek sumbangan berjumlah RM1 juta daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mohd Fadzil berkata, Projek Zero Hunger merupakan antara projek terawal yang diwujudkan sejak pelaksanaan PKP fasa satu dan telah berjaya mengagih bantuan kepada lebih 20,000 keluarga di seluruh negara.

"Kita bekerjasama rapat dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang membolehkan agihan dibuat kepada semua golongan memerlukan di serata pelosok negeri," katanya.

Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

"Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan," katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL AJAK SYARIKAT KORPORAT KOLABORASI MENYUMBANG DALAM PROJEK ZERO HUNGER

http://www.malakattribunenews.com/berita/dalam-negeri/14369/

Thursday, May 21, 2020

5979) PPIM AGIH RM1,000,000.00 MELALUI TABUNG PERJUANGAN PPIM UNTUK PROGRAM ZERO HUNGER

Syukur Alhamdulillah! Jutaan TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang budiman. ❤❤❤❤❤

PPIM telah menyerahkan sumbangan terkumpul berjumlah RM1,000,000.00 yang diterima melalui Tabung Perjuangan PPIM untuk Program Zero Hunger dalam membantu keluarga B40 yang terkesan akibat COVID-19. Program Zero Hunger dianjurkan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama PPIM.

Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang prihatin terhadap situasi ini, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua. Kami dari warga PPIM & Yayasan Brainy Bunch mendoakan semoga anda dikurniakan keberkatan, ketenangan & kebahagian dunia & akhirat.

Setakat ini kami masih menerima lebih 100,000 jumlah permohonan bagi mendapatkan bantuan keperluan asas dari seluruh Malaysia.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Rujukan Zero Hunger
.
Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline: 013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

5978) PEMANDU TEKSI KAWASAN PPR DESA REJANG, SETAPAK UCAP RIBUAN TERIMA KASIH - SENUAN HARIRI - 30/04/2020

5977) PENYERAHAN SUMBANGAN TERKUMPUL RM1 JUTA KEPADA PROGRAM ZERO HUNGER - PPIM - 21/05/2020

Alhamdullilah, hasil sumbangan pengguna yang prihatin melalui Tabung Perjuangan PPIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan sumbangan terkumpul, sebanyak RM1 Juta, kepada Program Zero Hunger yang di anjurankan oleh Yayasan Brainy Bunch bagi keluarga B40 yang terkesan sepanjang tempoh PKP ini.
Pun begitu jumlah terkumpul ini masih tidak mencukupi bagi memenuhi permohonan yang diterima lebih 100,000 buah keluarga bagi mendapatkan makanan keperluan asas.
“Tidak akan beriman seseorang pun di kalangan kamu sehinggalah dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”- (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hung… atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Rujukan Zero Hunger
.
.
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


Tuesday, May 19, 2020

5975) JANGAN MAKAN AYAM - HARIAN METRO - 19/05/2020


Boikot pembelian ayam. Itu cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna dalam usaha memberi kesedaran kepada industri supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Dengan cara itu, isu kenaikan harga yang berlaku saban tahun ketika musim perayaan dapat diselesaikan secara berperingkat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, biarpun seruan memboikot pembelian ayam atau apa juga barangan yang sering mengalami kenaikan harga boleh diibaratkan sebagai ‘siaran ulangan’, ia usaha yang praktikal membetulkan keadaan.

Katanya, tidak munasabah sama sekali harga ayam naik lebih RM2 bagi sekilogram ketika harga minyak dan barangan lain turun selaras dengan perubahan harga pasaran semasa.

“Kita tahu, bukan mudah untuk ajak pengguna boikot beli ayam ketika musim perayaan ini. Tetapi kita di PPIM perjuangkan isu ini kerana perlu ada pendekatan untuk memberi pengajaran kerana tiada asas kenaikan ini.

“Hanya dengan boikot boleh menentukan bahawa pihak peniaga atau pun pemborong lebih bertimbang rasa kepada pengguna,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, tindakan boikot juga satu pilihan yang ada namun perlu dipastikan bertahan dalam waktu yang lama.

Katanya, mekanisme itu antara boleh dilakukan ketika pengguna sering menjadi mangsa peniaga yang rakus menaikkan harga.

“Satu lagi, kerajaan boleh jadikan ayam ini sebagai bahan kawalan sepanjang tahun bagi mengelakkan harganya dinaikkan sesuka hati.

“Pengguna ada pilihan, jadi kita perlu gunakan pilihan itu dengan betul. Kuasa pengguna juga boleh menentukan keadaan pasaran,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

JANGAN MAKAN AYAM

Monday, May 18, 2020

5974) KEMPEN BOIKOT AYAM - HARIAN METRO - 18/05/2020


BOIKOT pembelian ayam. Itu cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan pengguna dalam usaha memberi kesedaran kepada industri supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Dengan cara itu, isu kenaikan harga yang berlaku saban tahun ketika musim perayaan dapat diselesaikan secara berperingkat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, biarpun seruan memboikot pembelian ayam atau pun apa juga barangan yang sering mengalami kenaikan harga boleh diibaratkan sebagai 'siaran ulangan' namun ia usaha yang praktikal membetulkan keadaan.
Katanya, tidak munasabah sama sekali harga ayam naik lebih RM2 bagi sekilogram ketika harga minyak dan barangan lain turun selaras dengan perubahan harga pasaran semasa.
"Kita tahu, bukan mudah untuk ajak pengguna boikot beli ayam ketika musim perayaan ini. Tetapi kita di PPIM perjuangkan isu ini kerana perlu ada pendekatan untuk memberi pengajaran kerana tiada asas kenaikan ini.
"Hanya dengan boikot boleh menentukan bahawa pihak peniaga atau pun pemborong lebih bertimbang rasa kepada pengguna," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, tindakan boikot juga satu pilihan yang ada namun perlu dipastikan bertahan dalam waktu yang lama.
Katanya, mekanisme itu antara boleh dilakukan ketika pengguna sering menjadi mangsa peniaga yang rakus menaikkan harga.
"Satu lagi, kerajaan boleh jadikan ayam ini sebagai bahan kawalan sepanjang tahun bagi mengelakkan harganya dinaikkan sesuka hati.
"Pengguna ada pilihan, jadi kita perlu gunakan pilihan itu dengan betul. Kuasa pengguna juga boleh menentukan keadaan pasaran," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

KEMPEN BOIKOT AYAM


5973) AKTIVITI | SESI RAKAMAN PROGRAM RAYA AIDILFITRI BICARA PENGGUNA, RTM - PPIM -17/05/2020

Sesi rakaman bual bicara Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama RTM dalam rancangan "Bicara Pengguna" yang akan disiarkan sempena program Raya Aidilfitri nanti.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...