Monday, May 4, 2020

5922) PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, proses agihan sumbangan berkenaan akan dijayakan melalui program Zero Hunger antara PPIM bersama Yayasan Brainy Bunch.

Nadzim berkata, agihan pertama membabitkan 2,000 beg yang diedarkan kepada golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selain kawasan terpilih lain di Lembah Klang.

"Terima kasih kepada GBKL yang berganding bahu bersama PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger. Melalui program ini kita menerima 90,000 permohonan daripada golongan memerlukan.

"Daripada jumlah itu, kita setakat ini dapat membantu 8,000 pemohon. Insya Allah selepas ini kita akan membantu mereka yang memerlukan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Nadzim, syarikat korporat dan mana-mana individu juga diseru supaya bersama-sama dengan PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger bagi membela nasib golongan memerlukan.

"Hari ini GBKL yang tolong bantu, saya berharap selepas ini akan ada lagi syarikat lain. Dana yang kita terima masih tidak cukup untuk bantu semua permohonan melalui program Zero Hunger.

"Selepas ini kita akan ke Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Selain barangan GBKL, kita juga akan bawa barangan lain seperti beras dan sebagainya untuk diagihkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL, Hazlinah Harun berharap sumbangan pihaknya itu dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12558/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL