Bagi
terus membantu usaha meringankan beban rakyat yang amat terkesan dengan
serangan COVID19 kerana tidak dapat mencari rezeki, satu usaha murni telah
termetri di antara Gardenia Bakeries(KL)
Sdn Bhd dengan Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu mengedar makanan kepada keluarga-
keluarga yang memerlukan. Bagi tujuan ini Gardenia akan membantu dengan 10,000
beg hadiah yang mengandungi Fluffy Buns, NuMee, Quick Bites Muffin dan Kurma
yang akan diedarkan oleh PPIM kepada masyarakat yang memerlukan.
Sehubungan dengan itu,
bantuan pertama sebanyak 2000 beg akan diedarkan bagi golongan asnaf di kawasan
Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai, Kuala
Lumpur. Edaran juga akan dibuat melalui Program ZERO HUNGER bersama Yayasan
Brainy Bunch di beberapa kawasan terpilih di Selangor, Perak dan PPRT
Wilayah Persekutuan.
Bagi tujuan itu, satu liputan media telah diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Sri Rampai.
No comments:
Post a Comment