Showing posts with label ZERO HUNGER. Show all posts
Showing posts with label ZERO HUNGER. Show all posts

Saturday, July 11, 2020

6114) JANGAN ABAIKAN TANGISAN ANAK KECIL INI! BANTULAH MEREKA! - TV.PPIM - 11/07/2020


“Demi anak saya sanggup tak makan..”

Susu tin dibancuh buat santapan si anak kecil bagi mengantikan susu tepung yang tak mampu dibeli. Bayangkan anak yang sepatutnya memerlukan nutrisi cukup untuk pembesaran terpaksa bergantung dari sumber yang tidak sihat demi kelangsungan hidup.
.
.
Jangan biarkan anak kecil ini merana kerana butanya mata kita untuk melihat kesusahan yang mereka hadapi. Tiada satupun anak kecil yang perlu menanggung sama kesusahan dan penderitaan orang tua mereka.
.
.
Lihatlah anak-anak ini ibarat anda melihat anak anda sendiri. Semestinya jika anda seorang ibu atau bapa, tiada apa yang anda tidak akan korbankan demi anak. Setiap sumbangan yang anda berikan, akan membantu anak-anak ini mendapat nutrisi yang mereka perlu untuk tumbesaran mereka.
.
.
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Sumbangan Boleh dibuat melalui:

https://sumbangan.ppim.org.my/tabung-...

Atau

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
NO. AKAUN CIMB ISLAMIC
8604189567 

#bantuansusu #tabungsusu #Bantuan #sumbangan #zerohungermalaysia #PPIM

Artikel oleh: TV.PPIM

JANGAN ABAIKAN TANGISAN ANAK KECIL INI! BANTULAH MEREKA!

https://www.youtube.com/watch?v=FagxwMNNKgg

6112) ANAK-ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN ANDA! - TV.PPIM - 10/07/2020


“Saya Tak Makan Pun Tak Apa, Yang Penting Anak Dulu..” Tiada ibu dan ayah yang sanggup membiarkan anaknya kelaparan susu. Tapi apakan daya makanan sendiri pun dicatu inikan pula susu anak yang memakan kos keperluan yang lebih tinggi. Jika susu tak dapat dibeli gantian sirap atau susu pekat diberikan buat anak kecil mereka asalkan perut mereka terisi. Ada dari anak-anak ini yang hanya bergantung susu sebagai makanan. Bayangkan, jika susu tiada, apa yang menjadi alas perut mereka? Sampaikah hati kita membiarkan ini terjadi jika ianya berlaku kepada anak kita? Anak-anak kecil ini mengharapkan ihsan anda untuk membantu mereka. Bantuan seikhlas hati anda dapat mengisi perut anak kecil ini dan membantu mereka membesar sihat seperti kanak-kanak yang lain. Insyaallah setiap wang ringgit yang anda sumbangkan, akan membantu ribuan kanak-kanak lain yang mengalami kesempitan ini. Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844) Projek “Tabung Susu Anak B40” anjuran Yayasan Brainy Bunch kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memerlukan bantuan ada utk menjayakan misi sini. Kami mensasarkan bantuan susu selama 3 bulan kepada lebih 50,000 keluarga bagi meringkan beban mereka. Sumbangan online: https://sumbangan.ppim.org.my/Tangisa... Atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia No Akaun CIMB Islamic (Rujukan Sumbangan Susu) 8604189567

Friday, May 22, 2020

5982) PROJEK ZERO HUNGER SASAR MEREKA TERCICIR DARI BPN - SUARA MERDEKA - 21/05/2020


WALAUPUN kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19, tetapi tidak dinafikan masih ramai yang tercicir daripada kemudahan itu.

Sehubungan itu Projek Zero Hunger menyasarkan golongan berkenaan khususnya Kumpulan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang BPN untuk membayar sewa rumah.


Malakat Mall mengajak syarikat – syarikat korporat untuk berkolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger yang diasaskan pusat beli belah itu bersama Yayasan Brainy Bunch bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat mahupun penyertaan syarikat-syarikat lain untuk menyumbang secara berterusan kepada kepada golongan berkenaan.


Sementara itu Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

“Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan, “katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/


Artikel oleh: Suara Merdeka

PROJEK ZERO HUNGER SASAR MEREKA
TERCICIR DARI BPN

https://suaramerdeka.com.my/projek-zero-hunger-sasar-mereka-tercicir-dari-bpn/

5980) MALAKAT MALL AJAK SYARIKAT KORPORAT KOLABORASI MENYUMBANG DALAM PROJEK ZERO HUNGER - MALAKAT TRIBUNE - 21/05/2020


CYBERJAYA - Malakat Mall mengajak syarikat-syarikat korporat untuk kolaborasi dan turut sama menyumbang dalam Projek Zero Hunger bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pengasas Malakat Mall dan Projek Zero Hunger, Mohd Fadzil Hashim berkata, projek kebajikan itu diasaskan oleh pusat beli belah tersebut bersama Yayasan Brainy Bunch.

Beliau berkata, menerusi sumbangan daripada pihak korporat, pihaknya yakin sumbangan secara berterusan dapat diberikan kepada golongan berkenaan.

"Golongan-golongan yang terjejas khususnya daripada golongan B40 memerlukan bantuan secara berterusan untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ada segelintir mereka tercicir daripada menerima bantuanyang diberikan oleh kerajaan malah kebanyakan mereka menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membayar sewa rumah.

"Justeru bantuan berupa barangan asas makanan amat diperlukan dan sangat membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima cek sumbangan berjumlah RM1 juta daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mohd Fadzil berkata, Projek Zero Hunger merupakan antara projek terawal yang diwujudkan sejak pelaksanaan PKP fasa satu dan telah berjaya mengagih bantuan kepada lebih 20,000 keluarga di seluruh negara.

"Kita bekerjasama rapat dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang membolehkan agihan dibuat kepada semua golongan memerlukan di serata pelosok negeri," katanya.

Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan sumbangan tersebut menjelaskan, wang tersebut hasil sumbangan terkumpul oleh orang ramai untuk diinfakkan kepada yang memerlukan.

"Alhamdulillah apa yang dihulurkan hari ini adalah hasil kutipan bantuan oleh PPIM untuk disalurkan kepada projek Zero Hunger.

Terdapat sebanyak 100,000 keluarga lagi perlu dibantu. Platform bersedekah sentiasa terbuka, teruskan menyumbang mengambil keberkatan bulan Ramadan," katanya.

Sesiapa yang ingin menderma untuk Projek Zero Hunger boleh masuk ke Sadaqah Market atau https://sadaqahmarket.com/. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL AJAK SYARIKAT KORPORAT KOLABORASI MENYUMBANG DALAM PROJEK ZERO HUNGER

http://www.malakattribunenews.com/berita/dalam-negeri/14369/

Thursday, May 21, 2020

5979) PPIM AGIH RM1,000,000.00 MELALUI TABUNG PERJUANGAN PPIM UNTUK PROGRAM ZERO HUNGER

Syukur Alhamdulillah! Jutaan TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang budiman. ❤❤❤❤❤

PPIM telah menyerahkan sumbangan terkumpul berjumlah RM1,000,000.00 yang diterima melalui Tabung Perjuangan PPIM untuk Program Zero Hunger dalam membantu keluarga B40 yang terkesan akibat COVID-19. Program Zero Hunger dianjurkan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama PPIM.

Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang prihatin terhadap situasi ini, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua. Kami dari warga PPIM & Yayasan Brainy Bunch mendoakan semoga anda dikurniakan keberkatan, ketenangan & kebahagian dunia & akhirat.

Setakat ini kami masih menerima lebih 100,000 jumlah permohonan bagi mendapatkan bantuan keperluan asas dari seluruh Malaysia.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Rujukan Zero Hunger
.
Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline: 013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

Thursday, May 14, 2020

5965) PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN - HARIAN METRO - 14/05/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan pek makanan kepada hampir 1,000 penerima hari ini.
Ia termasuklah sumbangan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Kebajikan Industri E-Hailing Malaysia dan kakitangan The New Straits Time Press (M) Berhad.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ia adalah siri sumbangan pihaknya yang bekerjasama dengan Gardenia Bakeries untuk Program Zero Hunger yang bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
"Kita dapati dalam waktu yang mendesak sebegini, ramai yang tampil membantu agensi berwajib dan petugas barisan depan. Ini satu perkembangan yang sangat baik.
"PPIM juga sebagai badan bukan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai ingin mempromosi nilai murni ini kerana ia bukan saja untuk waktu PKP ini, dalam seluruh kehidupan kita," katanya hari ini.
Nadzim berkata, program seperti itu akan diteruskan pada masa depan dan PPIM mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya.
Katanya antara fokus utama ketika ini ialah membantu pemandu e-hailing mendapatkan pembelaan ke atas pelbagai masalah yang dihadapi.
"Seperti juga sumbangan makanan ini, ia adalah isu kemanusiaan yang perlu kita beri perhatian. Insya-Allah, kita dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia bermula dengan sumbangan kecil-kecilan," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN


Thursday, May 7, 2020

5943) PROGRAM ZERO HUNGER TERIMA LEBIH 100,000 PERMOHONAN - BERITA HARIAN - 07/05/2020


CYBERJAYA: Lebih 100,000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim, berkata daripada jumlah itu kira-kira 9,000 bantuan sudah disampaikan kepada ketua isi rumah di seluruh negara.
"Sumbangan makanan berkenaan diberikan kepada golongan B40 dan menerima gaji harian tidak mengira bangsa dan agama.
"Setakat ini kami sudah mengumpul sumbangan hampir RM1 juta dan akan mengagihkannya kepada penerima secara berperingkat," katanya pada majlis penyerahan bantuan Zero Hunger dengan kerjasama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall di sini, semalam.
Bantuan yang disalurkan itu adalah hasil derma individu, korporat dan syarikat swasta. 
Sumbangan kepada penerima diagihkan 200 sukarelewan dari seluruh negara, termasuk ahli Kelab Pacuan Empat Roda.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan inisiatif tabung susu untuk keluarga yang putus sumber kewangan berikutan PKP.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menyeru lebih banyak syarikat swasta dan perbankan membantu menghulurkan bantuan supaya tiada pihak yang kelaparan di negara ini.
"Sekiranya jumlah dana yang dikumpul ini banyak, maka program berkenaan dapat dinikmati lebih banyak penerima," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
PROGRAM ZERO HUNGER TERIMA LEBIH 100,000 PERMOHONAN

5942) TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN - MALAKAT TRIBUNE - 06/05/2020


RAUDHAH CITY - Program Zero Hunger yang dijalankan oleh Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall mengambil inisiatif mewujudkan tabung susu kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu dan terputus pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, bantuan susu tersebut penting buat perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang berusia kurang tiga tahun.

"Anak-anak kecil bawah tiga tahun, makanan utama mereka adalah susu. Ini pun kumpulan sasar yang kita harap dapat bantu dari sumbangan orang ramai.

"Sempena bulan Ramadan ini, kita sama-sama gerakkan hati dan tindakan yang penting... bukan sekadar kita jaga kita tetapi bermula dengan tanda pagar dan diakhiri dengan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. untuk program Zero Hunger, di sini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan RM220,000 daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil berkata, pasukan Malakat Mall dan Zero Hunger bersama Yayasan Brainy Bunch telah mendapat kelulusan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menyerahkan bantuan kepada kumpulan sasar.

Katanya, bantuan yang diberikan oleh pihaknya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan membekalkan lebih kurang 9,000 buah keluarga setakat ini.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan APM dan mempunyai kira-kira 200 pemilik kenderaan pacuan empat roda di seluruh negara yang berupaya mengedarkan dana untuk diserahkan.

"Kita cuma beri dalam bentuk barang dan sekiranya mereka (keluarga B40) sudah terputus bekalan terus hubungi kami, kita akan hantar terus. Jika terlalu jauh, pasukan kami akan hantar duit kepada sukarelewan untuk beli bahan makanan untuk diserahkan kepada penerima.

"Kita mohon sangat orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan jika boleh dapat satu juta derma itu sudah banyak untuk kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan," katanya. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12937/

5939) TERKINI: ZERO HUNGER BANTU LEBIH 9,000 RIBU KELUARGA SUSAH SEPANJANG PKP - MALAYSIA GAZETTE TV - 06/05/2020


CYBERJAYA - Atas dasar tanggungjawab untuk memastikan tidak ada keluarga dari kalangan B40 khususnya yang mempunyai pendapatan harian terputus bekalan, maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall menggunakan platform Zero Hunger untuk membantu yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim hasil kumpulan dana dan sumbangan daripada kedua-dua pihak berjaya mengumpul hampir RM1 juta sejak 18 Mac yang lalu dan telah membantu lebih 9,000 keluarga yang terputus bekalan sejak kerajaan menguatkuasakan PKP untuk membendung Covid-19.

"Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu.
"Bila kita hantar bekalan makanan kita tidak kira bangsa dan agama, sebab orang lapar ini, tanggungjawab semua bukan tanggungjawab untuk bantu orang Islam sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn Bhd untuk program Zero Hunger.

Ujar beliau sehingga kini, 100,000 permohonan diterima oleh pasukan Zero Hunger untuk memohon bantuan kerana berhadapan dengan kekangan bekalan makanan.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

TERKINI: ZERO HUNGER BANTU LEBIH 9,000 RIBU KELUARGA SUSAH SEPANJANG PKP

https://www.youtube.com/watch?v=Vza-A6RwBJw&feature=youtu.be

5938) ZERO HUNGER TERUSKAN TANGGUNGJAWAB BANTU GOLONGAN B40 - MALAYSIA GAZETTE - 06/05/2020


CYBERJAYA – Golongan B40 yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian sememangnya terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Selepas hampir 50 hari tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan ternyata golongan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama semakin dihimpit kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya dalam bulan bulan Ramadan.

Prihatin terhadap nasib mereka Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggunakan platform Zero Hunger yang sehingga kini telah berjaya mengumpulkan dana hampir RM1 juta untuk meringankan beban kumpulan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim, sehingga kini lebih 9,000 keluarga yang terputus bekalan sejak kerajaan menguatkuasakan PKP untuk membendung Covid-19 telah dibantu menggunakan data tersebut.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu.

“Bila kita hantar bekalan makanan kita tidak kira bangsa dan agama, sebab orang lapar ini tanggungjawab semua bukan tanggungjawab untuk bantu orang Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana PPIM dan  Gardenia Bakeries Sdn Bhd untuk  program Zero Hunger.


Ujar beliau sehingga kini, sebanyak 100,000 permohonan  diterima oleh pasukan Zero Hunger dalam kalangan golongan B40 yang berhadapan dengan kekangan bekalan makanan.

Menurut Fadzil lagi, insiatif Malakat Mall adalah bagi melengkapi usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyantuni segala keperluan golongan berpendapatan rendah supaya mereka tidak menanggung penderitaan yang keterlaluan.

“Zakat sudah turun, JKM sudah turun tapi masih tidak mencukupi sebab untuk memenuhi 40 peratus keluarga  yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 tapi itu yang ada pendapatan.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu,” katanya lagi.

Kata Fadzil lagi, sungguhpun PKP kini dilonggarkan menerusi PKP Bersyarat (PKPB), namun Zero Hunger meneruskan penjelajahan ke seluruh Semenjung Malaysia bagi membantu mereka yang dihimpit masalah kewangan.

PPIM diwakili oleh Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan menyerahkan RM220,000  daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga sahaja.

NGO tersebut berjaya mengumpul RM500,000 sumbangan orang sejak PKP 1 untuk bersama-sama dengan Malakat Mall membantu golongan yang terputus bekalan makanan akibat kekangan kewangan. -MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

ZERO HUNGER TERUSKAN TANGGUNGJAWAB BANTU GOLONGAN B40


https://malaysiagazette.com/2020/05/06/zero-hunger-teruskan-tanggungjawab-bantu-golongan-b40/

5937) PPIM SUMBANG RM500,000 BAGI PROGRAM ZERO HUNGER HASIL KUTIPAN TABUNG PERJUANGAN PPIM - 06/05/2020

Terima Kasih kepada anda semua!

Alhamdullilah, hasil sumbangan pengguna yang prihatin melalui Tabung Perjuangan PPIM, berjaya menyerahkan bantuan sebanyak RM500,000 kepada program Zero Hunger anjuran Yayasan Brainy Bunch.

Turut sama dalam sumbangan kali ini adalah Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) yang berganding bahu dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang telah menyumbang Pek Sumbangan Ramadhan Gardenia kepada 10,000 buah keluarga yang telah membuat permohonan di dalam program ini. Terima kasih kami ucapakan atas sokongan yang diberikan.

Berdasarkan portal permohonan bantuan bekalan makanan Zero Hunger, lebih 100 ribu permohonan sedang menunggu untuk mendapat bantuan makanan asas dari seluruh negara. RM6 juta diperlukan dengan kos RM60 bagi sebuah keluarga.


Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Rujukan Zero Hunger
.
Laman Web:https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
.
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


#PPIM #ZeroHunger #B40 #Bantuan #TabungPerjuanganPPIM #Gardenia


5936) PPIM ANJUR PROJEK "ZERO HUNGER", SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA - BERITA RTM - 05/06/2020


KUALA LUMPUR, 5 Mei - 10,000 penduduk sekitar Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju dan Rawang menerima Pek Sumbangan Ramadan Gardenia menerusi projek "ZERO HUNGER" anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Program yang berlangsung di Masjid Abu Ubaidiah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai itu mensasarkan golongan B40, bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan keperluan makanan semasa bulan Ramadan.

Menurut Pengerusi PPIM, projek ini bukan hanya terhad di sekitar Lembah Klang, malah sumbangan akan diperluas keseluruh negara bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat Dan Perhubungan Awam), Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, Puan Hazlinah Harun dalam pada itu berkata, kerjasama strategik ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Turut serta menerima pek sumbangan tersebut adalah wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, Setapak dan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dari markas Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).


Artikel oleh: Berita RTM

PPIM ANJUR PROJEK "ZERO HUNGER", SUMBANGAN DIPERLUAS KE SELURUH NEGARA

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/18073-ppim-anjur-projek-zero-hunger-sumbangan-diperluas-ke-seluruh-negara

5935) ZERO HUNGER DITERUSKAN, MASIH RAMAI PERLUKAN BANTUAN WALAUPUN PKPB TAMAT - MALAKAT TRIBUNE - 06/05/2020


RAUDHAH CITY - Program Zero Hunger Malakat Mall akan diteruskan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat bagi membantu golongan terjejas terutama mereka yang bergantung kepada sumber perniagaan dan gaji harian.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac dalam mengekang penularan Covid-19 menyebabkan golongan terbabit berikutan tidak dapat meneruskan perniagaan mereka.

Menurut beliau, Zero Hunger tidak hanya fokus kepada golongan asnaf tetapi mereka yang bergantung gaji harian juga perlu dibantu.


"Mereka yang bekerja harian dalam keadaan ekonomi biasa boleh mendapat pendapatan kira-kira RM70 namun selepas PKP fasa pertama dilaksanakan golongan itu terputus sumber pendapatan. 

"Apabila kerajaan mengumumkan PKPB bagi hampir semua sektor ekonomi dibuka semula, golongan tersebut masih perlu dibantu kerana mereka belum mendapat pendapatan harian dan tiada duit untuk berbelanja. Selain itu, majoriti kerajaan negeri tidak membenarkan aktiviti sepanjang PKPB seperti disarankan arahan Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Gardenia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada program Zero Hunger di Malakat Mall hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan. 

Mohd. Fadzil menambah, mereka yang bergaji harian walaupun PKPB melonggarkan arahan bagi membolehkan hampir semua sektor ekonomi dibuka, golongan itu belum tentu mendapat gaji.

Beliau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu tidak hanya fokus kepada golongan asnaf semata-mata.

"Seperti golongan peniaga kecil dan bergaji harian, mereka tiada dalam senarai di bawah agensi kerajaan kerana sebelum ini ada pendapatan tetapi pada waktu ini golongan itu terputus bekalan. 

Kita fokus hanya yang benar-benar yang memerlukan kepada golongan terputus bekalan makanan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

ZERO HUNGER DITERUSKAN, MASIH RAMAI PERLUKAN BANTUAN WALAUPUN PKPB TAMAT

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12833/

5934) TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA MISKIN - HARIAN METRO - 06/05/2020


SEBANYAK 100,000 permohonan diterima melalui program 'Zero Hunger' tajaan Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 permohonan sudah pun disampaikan kepada ketua isi rumah di seluruh negara.

Menurut beliau, sumbangan makanan itu diberikan kepada golongan B40 dan yang menerima gaji harian tidak mengira pelbagai bangsa dan agama ketika berhadapan dengan wabak Covid-19.

"Setakat ini pihak kami sudah mengumpul sumbangan berjumlah hampir RM 1juta dan akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat," katanya pada majlis penyerahan bantuan 'Zero Hunger' dengan kerjasama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall di Cyberjaya, tadi.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Bantuan bekalan makanan itu adalah hasil derma individu, korporat dan syarikat swasta yang menghulurkan bantuan ke dalam tabung berkenaan.

Sumbangan itu kemudian disalurkan 200 sukarelawan dari seluruh negara termasuk ahli Kelab Pacuan Empat Roda yang membantu menjayakan program itu.

Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan inisiatif tabung susu untuk kanak-kanak dari keluarga yang tidak mampu dan putus sumber pendapatan sepanjang PKP.

Menurut beliau, bantuan susu itu penting bagi perkembangan dan pembesaran kanak-kanak kerana sebelum ini pihaknya ada menerima aduan dari keluarga yang terputus sumber kewangan dan tidak mampu membeli bekalan susu untuk anak.

Sementara itu Nadzim berkata, pihaknya menyeru lebih banyak syarikat swasta dan perbankan membantu menghulurkan bantuan supaya tiada pihak yang kelaparan di negara ini.

Artikel oleh: Harian Metro

TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA MISKIN


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/575396/tabung-susu-untuk-keluarga-miskin

5933) 100,000 MOHON BANTUAN ZERO HUNGER - BERITA HARIAN - 06/05/2020


CYBERJAYA: Lebih 100,000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim, berkata daripada jumlah itu kira-kira 9,000 bantuan sudah disampaikan kepada ketua isi rumah di seluruh negara.

Sumbangan makanan itu diberikan kepada golongan B40 dan yang menerima gaji harian tidak mengira bangsa dan agama.

"Setakat ini kami sudah mengumpul sumbangan hampir RM1 juta dan akan mengagihkannya kepada penerima secara berperingkat," katanya pada majlis penyerahan bantuan Zero Hunger dengan kerjasama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Bantuan berkenaan adalah hasil derma individu, korporat dan syarikat swasta.

Sumbangan kepada penerima diagihkan 200 sukarelawan dari seluruh negara termasuk ahli Kelab Pacuan Empat Roda.

Fadzil berkata, pihaknya turut mengadakan inisiatif tabung susu untuk keluarga yang putus sumber kewangan berikutan PKP.


Sementara itu Nadzim berkata, pihaknya menyeru lebih banyak syarikat swasta dan perbankan membantu menghulurkan bantuan agar tiada pihak yang kelaparan di negara ini.

Sekiranya jumlah dana yang dikumpul itu banyak, maka program itu dapat diadakan secara berterusan disamping dapat dinikmati lebih banyak penerima.


Artikel oleh: Berita Harian

100,000 MOHON BANTUAN ZERO HUNGER


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685806/100000-mohon-bantuan-zero-hunger

Monday, May 4, 2020

5924) TVPPIM | DATO NADZIM BERI SUMBANGAN - TVPPIM - 04/05/2020

5922) PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN - MALAKAT TRIBUNE - 04/05/2020


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd. (GBKL) akan mengagihkan 10,000 pek bekalan makanan ke seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, proses agihan sumbangan berkenaan akan dijayakan melalui program Zero Hunger antara PPIM bersama Yayasan Brainy Bunch.

Nadzim berkata, agihan pertama membabitkan 2,000 beg yang diedarkan kepada golongan asnaf di kawasan Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selain kawasan terpilih lain di Lembah Klang.

"Terima kasih kepada GBKL yang berganding bahu bersama PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger. Melalui program ini kita menerima 90,000 permohonan daripada golongan memerlukan.

"Daripada jumlah itu, kita setakat ini dapat membantu 8,000 pemohon. Insya Allah selepas ini kita akan membantu mereka yang memerlukan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Menurut Nadzim, syarikat korporat dan mana-mana individu juga diseru supaya bersama-sama dengan PPIM dalam menjayakan program Zero Hunger bagi membela nasib golongan memerlukan.

"Hari ini GBKL yang tolong bantu, saya berharap selepas ini akan ada lagi syarikat lain. Dana yang kita terima masih tidak cukup untuk bantu semua permohonan melalui program Zero Hunger.

"Selepas ini kita akan ke Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Selain barangan GBKL, kita juga akan bawa barangan lain seperti beras dan sebagainya untuk diagihkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL, Hazlinah Harun berharap sumbangan pihaknya itu dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM DAN GBKL AGIH 10,000 BEKALAN MAKANAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12558/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL