Showing posts with label PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA. Show all posts
Showing posts with label PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA. Show all posts

Thursday, May 14, 2020

5965) PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN - HARIAN METRO - 14/05/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan pek makanan kepada hampir 1,000 penerima hari ini.
Ia termasuklah sumbangan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Kebajikan Industri E-Hailing Malaysia dan kakitangan The New Straits Time Press (M) Berhad.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ia adalah siri sumbangan pihaknya yang bekerjasama dengan Gardenia Bakeries untuk Program Zero Hunger yang bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
"Kita dapati dalam waktu yang mendesak sebegini, ramai yang tampil membantu agensi berwajib dan petugas barisan depan. Ini satu perkembangan yang sangat baik.
"PPIM juga sebagai badan bukan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai ingin mempromosi nilai murni ini kerana ia bukan saja untuk waktu PKP ini, dalam seluruh kehidupan kita," katanya hari ini.
Nadzim berkata, program seperti itu akan diteruskan pada masa depan dan PPIM mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya.
Katanya antara fokus utama ketika ini ialah membantu pemandu e-hailing mendapatkan pembelaan ke atas pelbagai masalah yang dihadapi.
"Seperti juga sumbangan makanan ini, ia adalah isu kemanusiaan yang perlu kita beri perhatian. Insya-Allah, kita dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia bermula dengan sumbangan kecil-kecilan," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN


5961) PROGRAM BASMI VIRUS UNTUK P-HAILING RIDER - EHAILING FM - 14/05/2020


Program CSR eHailingFM bersama PPIM, PKEH dan Gardenia. Khidmat basmi virus untuk Rider P-Hailing dan penyampaian hamper. #ehailingfm #ppim #gardenia


Artikel oleh: EHAILING FM

PROGRAM BASMI VIRUS UNTUK P-HAILING RIDER


5960) AKTIVITI | MAJLIS PENYERAHAN PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA KEPADA PEMANDU E-HAILING DI RESTORAN ALI CAFE, JALAN PANTAI BARU - PPIM - 14/05/2020

Telah berlangsungnya, majlis penyerahan Pek Sumbangan Ramadan Gardenia kepada pemandu e-hailing di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru Bangsar anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Industri E-Hailing Malaysia (PKEH).

Di samping itu, turut dijalankan proses nyahkuman semburan cecair Virus Buster kepada motosikal e-hailing seperti Grabfood dan Food Panda.  


5959) AKTIVITI | SERAHAN PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA KEPADA APM - 14/05/2020

Penyerahan Pek Sumbangan Ramadan Gardenia yang disampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi kepada Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Putrajaya.





Wednesday, May 13, 2020

Tuesday, May 12, 2020

5956) ZERO HUNGER: RM1 JUTA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN - MALAKAT TRIBUNE - 12/05/2020


CYBERJAYA - Program Zero Hunger telah membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini sebanyak 15,000 individu di seluruh negara telah dibantu sejak program tersebut diperkenalkan. 

Beliau berkata, program anjuran PPIM bersama Yayasan Brainy Bunch itu telah menerima kira-kira 100,000 permohonan daripada golongan memerlukan dan pihaknya sedang berusaha untuk membantu semua pemohon.

"Program Zero Hunger ini akan berterusan sepanjang masa. Jadi, sumbangan orang ramai amat diharapkan untuk kita terus  membantu golongan memerlukan terutamanya di bulan Ramadan ini.

"Tidak kisah jumlahnya, sumbangan anda dapat berikan kelegaan kepada pemohon sumbangan," katanya ketika ditemui Malakat Tribune selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pemandu e-hailing di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada dana Zero Hunger bagi membantu golongan memerlukan boleh berbuat demikian di laman www.sadaqahmarket.com.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Nadzim berkata, 1,000 pek makanan sumbangan Gardenia akan diagihkan kepada pemandu e-hailing di sekitar Lembah Klang bermula hari ini sehingga esok.

"Untuk hari ini kita serahkan hadiah Ramadan (pek makanan) sebanyak 500 pek kepada pemandu e-hailing. Selebihnya 500 lagi akan bersambung esok. Industri e-hailing antara yang terkesan sekarang jadi, kita bantu mereka.

"Sedikit bantuan makanan ini bawa kegembiraan kepada mereka dan keluarga. Ini merupakan satu permulaan untuk kita bantu golongan ini, selepas ini mungkin kita akan bantu melalui kaedah lain pula.

"Kita mahu penggiat dalam sektor ini terbela nasib mereka. Kita akan bincang dengan Perkeso untuk lihat perlindungan sebagai persediaan untuk bantu mereka ketika keadaan memerlukan," katanya. 

Dalam pada itu, wakil pemandu e-hailing, Nuridzuan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada PPIM atas inisiatif mengedarkan pek makanan dan menjaga kebajikan para pemandu e-hailing.

"Kita harap terus mendapat sokongan PPIM, semasa PKP dikuatkuasakan pendapatan kami terjejas teruk kerana tiada pelanggan. Biasa sehari dapat RM200 namun, musim PKP hanya RM50.

"Cuma kami dapat menarik nafas lega apabila atas ihsan Grab yang membenarkan kami membuat "Grab Food" semasa PKP. -MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

ZERO HUNGER: RM1 JUTA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/13544/

5955) AKTIVITI | PROGRAM PENYERAHAN PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA KEPADA PEMANDU-PEMANDU E-HAILING - PPIM - 12/05/2020

Telah berlangsungnya, Program Penyerahan Pek Sumbangan Ramadan Gardenia kepada pemandu-pemandu E-hailing yang disampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di Malakat Mall, Cyberjaya, hari ini.

Turut serta, Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd Fadzil Hashim dan Pengarah Latihan PPIM, Dr Izham Nayan.



Friday, May 8, 2020

5948) AKTIVITI | AGIHAN PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA DI JMB FLAT MERAK, KERAMAT AU2 - PPIM - 08/05/2020

Alhamdulillah, sebanyak 120 Pek Sumbangan Ramadan Gardenia telah selesai disampaikan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Merak, Keramat AU2 untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan, semalam. 

5947) AKTIVITI | SERAHAN PEK SUMBANGAN RAMADAN GARDENIA KEPADA BADAN UNIT BERUNIFORM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAHAGIAN INSPEKTORAT JENERAL MARKAS - PPIM - 08/05/2020

KUALA LUMPUR, 7 Mei -- Sebanyak 20 Pek Sumbangan Ramadan Gardenia telah diserahkan kepada badan unit beruniform Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahagian Inspektorat Jeneral Markas yang diwakili oleh Sarjan Mohd Sahir Lubis Mokhtar.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL