Alhamdulillah, PPIM telah menganjurkan 2 majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini — satu secara sederhana (ala kadar) sebagai tuan rumah, dan satu lagi majlis bersama Dato’ Sri Amir Hamzah yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, rakan-rakan NGO serta sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan PPIM.
Mohon maaf kepada yang tidak dijemput, majlis dibuat secara sederhana dan terhad — insyaAllah ada rezeki kita bertemu di lain kesempatan.
Pergi ke desa memetik kelapa, Singgah sebentar di tepi perigi, Andai ada silap dan salah kata, Di Hari Raya ini kami mohon maafi.
19 Februari 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Solat Terawih anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, turut hadir bersama para jemaah bagi menunaikan Solat Isyak dan Solat Terawih, seterusnya bersama-sama menikmati jamuan moreh yang telah disediakan.
Semoga program yang diadakan ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita terus istiqamah dalam mengimarahkan Ramadan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) serta pemain industri memohon agar pihak kerajaan dapat melanjutkan pemberhentian permohonan pengambilan pekerja asing sehingga dua bulan lagi iaitu pada Oktober 2022. Hal ini bagi membantu majikan dalam membuat permohonan pengambilan pekerja asing tanpa menggunakan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan dikeluarkan pada 1 September 2022 ini.
Susulan itu, satu sidang media telah diadakan bertempat di Presma, Sentul Raya Boulevard, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan
(YBK) has signed a memorandum of understanding (MoU) with the Muslim Consumers
Association of Malaysia (PPIM) to provide 647 hectares (ha) of land in Bukit
Tasik Serendah, Selangor for agricultural and livestock development.
YBK chairman Datuk Zainal Abidin Sakom said the effort is
aimed at overcoming the food security problem as well as to persuade other
non-governmental organisations (NG0s) to join the government's call to grow
their own crops.
'Currently, we are carrying out development only at the
front of the area which involves 32 to 40 hectares. So the remaining 607
hectares can be filled by any party while waiting for the development to be
fully completed: he said at a press conference here today.
Zainal said they have opened registration for any takers
but will first evaluate the type of agricultural activity proposed.
If the activity is suitable for development, then we will
discuss whether they want to participate as a joint venture or enter into
profit-sharing: he said.
The MoU was signed by Zainal Abidin and PPIM chief activist
Datuk Nadzim Johan.
Article by: Bernama
PPIM, YBK PROVIDE 647 HA FOR AGRICULTURE AND LIVESTOCK
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan 647 hektar tanah di Bukit Tasik Serendah, Selangor untuk aktiviti pertanian dan penternakan.
Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata ia bertujuan mengatasi isu jaminan makanan sekali gus pencetus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain menyambut saranan kerajaan untuk menjalankan tanaman sendiri.
"Buat masa ini, kami sedang melakukan aktiviti pembangunan di bahagian hadapan kawasan tersebut yang hanya melibatkan 32 hingga 40 hektar. Jadi, baki 607 hektar boleh diisi oleh mana-mana pihak sementara menunggu pembangunan siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.
MoU itu ditandatangani Zainal Abidin dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Zainal Abidin berkata mereka telah membuka pendaftaran namun akan menilai terlebih dahulu aktiviti yang dicadangkan.
"Sekiranya aktiviti itu sesuai untuk dibangunkan, maka kami (YBK dan PPIM) akan bincang sama ada mereka hendak sertai secara usaha sama ataupun perkongsian untung," katanya.
Artikel oleh: Bernama
YBK, PPIM SEDIAKAN 647 HEKTAR TANAH BAGI AKTIVITI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
KAJANG - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan
Kajang Plaza Medical Center (KPMC) telah menjalinkan kerjasama untuk
memperkasakan industri pelancongan perubatan di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, industri
pelancongan perubatan tersebut akan menarik warga luar negara untuk mendapat
rawatan perubatan sekali gus menyumbang kepada hasil pelancongan negara.
"PPIM sendiri sebagai sebuah organisasi perintis
kepada pembentukan Standard Sistem Pengurusan Hospitaliti Mesra Muslim yang
pertama di dunia melihat industri ini sangat penting selain KPMC juga
menawarkan kemudahan perubatan terbaik dan berkualiti.
"Kerjasama ini juga akan memastikan rawatan alternatif
serta tradisional tidak akan terpinggir dan pesakit dapat membuat pilihan di
KPMC bentuk rawatan yang akan dipilih dalam pakej pelancongan perubatan
tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) bersama KPMC pada Sabtu.
Pada majlis sama, KPMC turut memeterai MoU bersama Sihat
Malaysia Holding Berhad yang diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Jaya
Chandran.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPMC Kajang, Datuk
Saroni Judi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan PPIM dan ejen pelancongan
untuk menjadikan KPMC sebagai lokasi yang akan dilawati pelancong.
"Kami menyedari potensi PPIM yang mempunyai jaringan
dalam pelbagai bidang sekali gus akan memastikan industri pelancongan perubatan
ini dapat berkembang.
"Selain itu, kami juga menumpukan kepada pelancong
yang bukan hanya untuk pelancongan perubatan. Kerjasama ini akan memastikan
KPMC menjadi tempat lawatan dan kami akan memberikan pemeriksaan kesihatan
secara percuma kepada mereka.
"Jadi, mereka dapat pengalaman di sini dan mereka akan
bercakap tentang khidmat atau rawatan perubatan yang diberikan di KPMC apabila
pulang ke negara mereka. Itu caranya untuk kita tarik pelancong," katanya.
Mengulas mengenai MoU bersama Sihat Malaysia Holding,
Saroni menjelaskan kerjasama itu akan menyaksikan pesakit yang mendapatkan
rawatan di KPMC dapat membuat pinjaman tanpa faedah untuk mendapatkan rawatan.
"Ini konsep yang baharu dan boleh menyelesaikan
masalah pesakit yang mempunyai kekangan kewangan dan memerlukan rawatan segera.
Walaupun nilai yang boleh dipinjam itu tidak banyak iaitu RM3,000 bagi setiap
individu, namun sedikit sebanyak dapat membantu pesakit," katanya.
KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) and
Yayasan Malindo Worldwide (YMW) launched a charity medical programme at Rumah
Charis, Taman Yarl Kuala Lumpur today.
The free health programme is aimed at helping less-fortunate
communities, including orphans and the elderly, seek medical advice and
check-ups on a monthly basis.
"We hope that this activity will be welcomed by all as it promotes
harmony between those of different races, religions and backgrounds," PPIM
lead activist Datuk Nadzim Johan said.
He expressed gratitude to the participants and sponsors involved in the
programme.
YMW chairman Datuk Seri Dr Reex Wong Chin Choong said the
foundation would continue to collaborate with PPIM to create more charities,
adding that its next plan was to visit the Jelebu mosque in Negri Sembilan next
month.
"We aim to be able to aid more individuals in need by
helping the helpless and giving hope to the hopeless," he said during the
launch of the programme.
At today's launch, PPIM volunteers and medical doctors from YMW
provided free medical services to 40 elderly people and 20 children at Rumah
Charis, including wound care, haircuts, eye examinations and dental treatment.
Meanwhile, Rumah Charis founder Teo How Ken expressed his
appreciation and gratitude to the people that helped.
"The majority of them here are orphans, come from broken
families and less fortunate backgrounds, so when they hold an activity like
this it will bring them happiness and make them feel loved," he added.
One of the elderly at Rumah Charis, Lee Sooi Keng, 79, said she
has been at the home for about three years and was very happy.
"They hold a variety of programmes and celebrations here and I enjoy myself since there are a lot of people who come and make me feel at home."
Article by: New Straits Times
MUSLIM CONSUMERS' ASSOCIATION, FOUNDATION LAUNCH CHCHARITY MEDICAL PROGRAMMEARITY MEDICAL PROGRAMME
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati
daripada terkena jerat scammer ketika membeli belah menjelang sambutan Hari
Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menurut Ketua Aktivis PPIM,
Nadzim Johan, orang ramai dinasihatkan memilih peniaga yang bertanggungjawab
serta jujur.
“Banyak scam
penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya
dengan penipuan mereka,” katanya.
Beliau yang lebih dikenali
sebagai Toqqi terdahulu, membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke
Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya hari ini.
Menurut Toqqi, program itu berjaya diadakan hasil kerjasama di antara
PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production,
sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group,
Halgel dan orang ramai.
Dalam pada itu Toqqi turut mengucapkan terima kasih kepada para penderma
yang memberikan sumbangaan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.
Artikel oleh: Malakat Tribune
PPIM NASIHAT ORANG RAMAI WASPADA DENGAN JERAT SCAMMER KETIKA MEMBELI DI HARI RAYA
Kuala Lumpur – Setelah dua tahun tidak dapat menyambut bersama keluarga dan sanak saudara, sambutan Aidilfitri tahun ini nyata lebih meriah.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan memeriahkan persiapan Aidilfitri tahun ini bersama anak yatim dan pelajar tahfiz.
Memilih gudang membeli belah yang menawarkan harga paling baik dan barangan berkualiti, PPIM telah membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya. Dana sumbangaan ini dikumpulkan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata program ini berjaya diadakan hasil kerjasama di antara PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production, sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group, Halgel dan para penginfaq yang sangat dermawan.
"InsyaAllah kerjasama ini membawa impak yang sangat positif dan tentunya akan dapat membantu juga meyantuni lebih ramai golongan sasar yang memerlukan," katanya.
Nadzim turut menasihati pengguna agar berhati-hati ketika berbelanja dan memilih peniaga yang bertanggungjawab serta jujur.
"Banyak scam penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya dengan penipuan mereka," katanya.
Nadzim dan seluruh warga PPIM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYDIN Holdings Berhad kerana sudi bersama-sama dan memberikan harga yang sangat berpatutan dan murah disamping penyediaan ruang program secara percuma. Turut hadir ke program hari ini ialah Pengarah Operasi Mydin Holdings, Vishnu Varthana.
Kuala Lumpur – Sempena Ramadan yang mulia, Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan jenama rangkaian peralatan rumah terkenal,
COURTS Malaysia bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki Ramadhan.
Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat
antaranya anak yatim, pelajar tahfiz, petugas barisan hadapan (frontliners),
dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia memilih untuk membuat
sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan
sedia dimakan kepada penerima.
Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia
dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga mempunyai beberapa kelebihan
antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua (2)
tahun.
Ia dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku
bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai untuk perjalanan jauh.
Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan (RTE) bagi mengelakkan
pembaziran makanan jika berlaku lebihan.
PPIM dan Courts Malaysia telah menjayakan Program Infaq
Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat di COURTS Malaysia cawangan
Setapak. Sebanyak 850 bungkus pek makanan (RTE) telah diagihkan kepada golongan
sasar yang memerlukan pada program kali ini.
PPIM dan COURTS Malaysia telah memilih makanan (RTE)
daripada jenama Ezeefood kerana terdapat banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk
pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa Program Infaq
Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Rendang Daging, Bubur Pulut
Hitam dan Bubur Durian Kacang Hijau. Manakala Purata harga bermula daripada RM
7.00 hingga RM 19.00.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata kerjasama
antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam memberikan makanan (RTE) kepada para penerima
manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam mengurangkan pembaziran selain
boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food Security) jika
berlaku bencana/musibah.
"Pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat
dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran terutama dalam bulan Ramadhan
ini," katanya.
Nadzim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
COURTS Malaysia kerana berjaya mengadakan program yang sangat baik bagi memberi
kesedaran kepada para pengguna.
Desiree Tan selaku Ketua Jabatan Pemasana berkata “Kami
sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PPIM dalam melaksanakan
Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberi sedikit kelainan dari
segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan (RTE) ini sebagai satu
idea yang baru dalam mendidik pengguna lebih bijak dan memupuk kesedaran
pengguna tentang pembaziran.
Pihak Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin
memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga
yang tersayang. Oleh itu, Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin
memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga
yang tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77%
sebulan agar semua pelanggan dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang
rendah.
Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan
bayaran pendahuluan akan dikenakan. Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa
memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya, untuk memberi
ketenangan fikiran, Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan.
Antaranya seperti, jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir, kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat. Khusus bagi Program Infaq Rezeki, sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan – rakan media dengan menawarkan harga RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.