Sumber: Berita RTM
BERITA TENGAH MALAM | YAKEB SEDIA BANTU HABIBULLAH
Sumber: Berita RTM
BERITA TENGAH MALAM | YAKEB SEDIA BANTU HABIBULLAH
Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bersedia memberi bantuan serta merta kepada pelumba supermoto dan motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali Gabit, yang kini berdepan ujian besar apabila disahkan menghidap kanser hidung tahap empat.
Biarpun Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) tidak bernaung di bawah Yakeb, ia bukan masalah untuk pihak berkenaan tampil membantu atlet yang menjadi wira negara.
Bagaimanapun, Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, beliau memerlukan maklumat terperinci berhubung situasi Gabit ketika ini bagi memudahkan urusan menyalurkan bantuan.
"Kami akan cuba bantu atlet berkenaan. Walaupun mereka belum berdaftar dengan kami, kami akan tetap bantu sebab mereka adalah wira negara.
"Asal kita tahu dia bekas atlet negara, kita akan bantu serta merta," katanya.
Gabit yang juga juara dua kali SuperMoto Asia FIM itu disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Disember tahun lalu dan kini sudah menjalani 33 kali rawatan radioterapi dan tujuh kali rawatan kemoterapi.
Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan rawatan radioterapi ke-33, kelmarin dan perlu berehat selama enam bulan bagi memantau tahap kesihatannya.
Terdahulu, Noorul memaklumkan satu perbincangan diadakan bersama MAM, bulan lalu dalam usaha untuk mendaftarkan atlet di bawah persatuan itu di bawah Yakeb.
Memandangkan sukan permotoran bukan sukan teras, Yakeb memerlukan bantuan MAM untuk mentakrifkan senarai kejohanan boleh diklasifikasikan seperti sukan teras yang bermula dari Sukan Sea sehingga ke temasya Olimpik.
"Ketika ini, saya mendapat makluman beberapa atlet permotoran mengalami masalah kesihatan dan lumpuh.
"Kami mahu mereka dapat kemudahan yang diperolehi ahli sekarang," katanya.
Hasrat untuk membolehkan atlet sukan permotoran menyertai Yakeb bukan satu perkara baharu.
Ia mula dibangkitkan sejak 2020 yang menyaksikan yayasan itu menjadi perantara bagi pertemuan antara bekas juara rali dunia, Karamjit Singh dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Terdahulu, Yakeb dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif membantu kumpulan bekas atlet kebangsaan menerusi bantuan tunai dan bingkisan Aidilfitri.
Sumbangan berupa biskut raya bernilai RM100 dan wang tunai RM100 akan disalurkan kepada 150 bekas atlet di seluruh negara.
Seramai 25 atlet menerima sumbangan yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan serta Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed.
Artikel oleh: Harian Metro
YAKEB SEDIA BANTU GABIT
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/04/832752/yakeb-sedia-bantu-gabit
KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sedia menghulurkan bantuan serta-merta kepada pelumba supermoto dan motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh yang disahkan menghidap kanser hidung tahap empat.
Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata biarpun Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bukan ahli yayasan itu, ia bukan masalah buat pihaknya untuk memberikan bantuan kepada pelumba yang menjadi wira negara.
Katanya, beliau memerlukan maklumat terperinci berhubung dengan situasi Habibullah atau lebih dikenali Gabit ketika ini bagi memudahkan urusan bantuan disalurkan.
"Kami akan cuba bantu atlet berkenaan. Walaupun mereka belum berdaftar dengan kami, kami akan tetap bantu sebab mereka juga wira negara. Asal kita tahu dia bekas atlet negara, kita akan bantu serta merta," katanya.
Mengulas lanjut, Noorul memberitahu satu perbincangan sudah diadakan bersama MAM bulan lalu bagi mendaftarkan atlet di bawah persatuan itu menjadi ahli YAKEB.
Katanya, YAKEB memerlukan bantuan MAM untuk mentakrifkan senarai kejohanan yang boleh diklasifikasikan seperti sukan teras yang bermula dari Sukan SEA sehingga ke temasya Olimpik.
Terdahulu, YAKEB dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif membantu kumpulan bekas atlet kebangsaan menerusi bantuan tunai dan bingkisan Aidilfitri.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Berita Harian
YAKEB SEDIA BANTU GABIT
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/04/946594/yakeb-sedia-bantu-gabit
Alhamdulillah!
Telah berlangsungnya Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri Kepada Bekas Atlet Kebangsaan anjuran PPIM & YaPEIM kira-kira jam 11 pagi tadi.Turut hadir Toqqi, Ketua Aktivis PPIM, YBhg. Dato Mohd Redza Shah, Pengerusi YaPEIM, dan YBhg. Dato Hj Noorul Ariffin bagi memberikan sumbangan kepada seramai 25 orang bekas atlet kebangsaan yang hadir di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para bekas atlet kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringkan beban & membawa keceriaan kepada mereka.








