Showing posts with label MAIWP. Show all posts
Showing posts with label MAIWP. Show all posts

Friday, June 19, 2026

AKTIVITI | LAWATAN TAPAK MAIWP KE KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 19/06/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima kunjungan lawatan tapak daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Kebun Bandar Villa Puteri.

Agenda utama lawatan tersebut adalah untuk:

  • Meninjau perkembangan aktiviti pertanian komuniti.
  • Meneroka potensi pembangunan projek.
  • Memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama komuniti setempat.

Saturday, June 6, 2026

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGURUS KANAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN ASNAF MAIWP - PPIM - 04/06/2026

PPIM telah mengadakan mesyuarat bersama Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ustaz Md Fadzli Md Saad bagi membincangkan permohonan dana untuk pelaksanaan Projek Lestari Tani Bandar (LETB).


Friday, April 3, 2026

AKTIVITI | PERJUMPAAN MAIWP–PPIM DALAM MENANGANI KEGELISAHAN SOSIOEKONOMI UMAT ISLAM - PPIM - 03/04/2026

Perjumpaan antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah diadakan di Menara MAIWP, Kuala Lumpur. Perbincangan ini tertumpu kepada permohonan dana bagi memperkasakan usaha menangani isu kegelisahan sosioekonomi dalam kalangan umat Islam.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Saifuddin bin Hj. Md Tahir @ Twahir, Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Friday, July 17, 2020

6125) 'TERIMA KASIH YAKEB BANTU SAYA' - BERITA HARIAN - 16/07/2020


PETALING JAYA: Bekas pelumba basikal kebangsaan, Jusoh Udin terharu dengan keprihatinan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang banyak menyalurkan bantuan bagi kelangsungan hidupnya.
Pemenang pingat perak Sukan SEA 1977 di Kuala Lumpur itu, berkata YAKEB sentiasa ada pada waktu dia ditimpa kesusahan termasuk membantu mempercepatkan pembedahan jantungnya pada Jun tahun lalu.
"Kalau ikutkan, giliran saya menjalani pembedahan sepatutnya pada Oktober (tahun lalu di Hospital Serdang) tetapi apabila YAKEB dapat tahu, mereka bantu saya untuk mempercepatkan dan mencari penaja bagi menanggung kos pembedahan di Hospital Pantai pada Jun.
"Keadaan kesihatan saya memang agak teruk yang mana saya perlu menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Itu semua memerlukan kos dan YAKEB yang banyak bantu jika ada kekurangan.
"Mereka bagai 'menatang saya dengan minyak yang penuh'," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan program Wakalah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma PERKESO di sini, hari ini.
Turut menerima sumbangan sama ialah bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Muhammad Kamal Ishak, dengan wakilnya yang hadir.
Mengulas mengenai sumbangan Wakalah yang diterimanya, Jusoh berkata: "Saya bersyukur kerana saya masih dihargai walaupun sudah lama bersara.
"Terima kasih kepada MAIWP dan PERKESO yang membantu saya menerusi sumbangan ini," katanya yang menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 dan hamper.
Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed; Pengarah PERKESO Selangor, Mustafa Draman dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sementara itu, Noorul ketika ditemui sempat berkongsi berita gembira apabila memaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sudah bersetuju memberikan suntikan dana kepada YAKEB pada pertemuan mereka, semalam.
"Ini akan menjadi kali pertama KBS (Kementerian Belia dan Sukan) memberi suntikan kepada YAKEB. Kami sangat terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Reezal.
"Jumlahnya masih belum tahu lagi tapi saya percaya ia lebih daripada RM100,000 yang diberikan sebelum ini untuk pakej COVID-19," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
'TERIMA KASIH YAKEB BANTU SAYA'

Wednesday, October 23, 2019

5422) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI MAIWP - PPIM - 23/10/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Pesekutuan (MAIWP), Dato' Sri Syed Hussien Abd Kadir.

Isu yang diperbincangkan ialah berkenaan hal-hal kepenggunaan dan kemasyarakatan. 


Thursday, September 20, 2018

4632) PROGRAM ZIARAH ZAKAT PERSATUAN ANTARA PPZ, MAIWP, PPIM DAN MUAFAKAT - 20/9/18

Program Ziarah Zakat Persatuan antara PPZ, MAIWP, PPIM dan Muafakat bertempat di Pejabat Muafakat Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 20 September 2018 (2.30 petang hingga 4.30 petang). Program ini merupakan lanjutan dari Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat.




Saturday, April 28, 2018

4462) PRESMA BUKA PELUANG KONGSI NILAI JUALAN RM8 BILION – SINAR HARIAN – 27/4/18



KUALA LUMPUR - Program Gerakan Tunai Zakat (GTZ) di bawah kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) terus mendapat sokongan para peniaga Muslim dan pemain industri khususnya dari sektor makanan.

Terbaharu, kempen anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tersebut telah menarik perhatian Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) untuk menjalin satu kerjasama dengan PPIM bagi melaksanakan usaha memperkasakan ekonomi ummah.

Presiden  Presma, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, kerjasama tersebut bakal membuka peluang ekonomi bernilai jualan RM8 bilion kepada peniaga Muslim yang bergabung di bawah GTZ yang dijanakan oleh lebih 4,000 ahli Presma di seluruh negara.

Ayoob Khan berkata, ini masa yang paling sesuai untuk kerjasama tersebut dijalankan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang begitu menekan dan memberi kesan kepada para peniaga.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan industri restoran tidak terjejas dengan keadaan ekonomi semasa kerana perniagaan ini sentiasa mempunyai permintaan tinggi baik dari segi jualan mahupun pembekalan.
"Presma yang mempunyai lebih 4,000 keahlian menjadi platform yang terbaik untuk pembekal muslim di bawah PPIM kerana ahli-ahlinya mempunyai permintaan bekalan yang tinggi dan tekal.

"Hakikat itu bermakna, terdapat potensi ekonomi yang lebih daripada mencukupi untuk direbut oleh para pembekal muslim melalui kerjasama Presma-PPIM ini," jelas beliau selepas mesyuarat kedua-dua pertubuhan tersebut di ibu pejabat Presma Rabu lalu.

Ayoob Khan menambah, selain peluang untuk pembekalan barangan, pihaknya juga telah merancang pelbagai inovasi  perniagaan yang juga boleh disertai oleh para peniaga Muslim di bawah kerjasama yang dijalankan.

Menyentuh perkara sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berkata, melalui kerjasama tersebut, pembekal bahan-bahan mentah dalam kalangan ahli PPIM akan diberikan peluang untuk membekal barangan keperluan di restoran-restoran milik ahli Presma.

Jelas Nadzim, pihaknya pula akan memastikan hanya pembekal yang berkualiti serta berkemampuan sahaja terlibat dalam kerjasama tersebut bagi memastikan kualiti serta ketekalan bekalan barangan yang diperlukan.

"Selain saling membantu memperkasakan ekonomi ummah, kerjasama ini juga dapat memberi keyakinan kepada pengguna terhadap isu halal dalam kalangan pengusaha-pengusaha restoran ini.


"Itu sebabnya pembekal untuk kerjasama ini akan disaring dengan teliti bagi memastikan usaha ini berjaya mencapai sasarannya," kata beliau selepas mesyuarat tersebut.


Artikel Oleh : Sinar Harian

PRESMA BUKA PELUANG KONGSI NILAI JUALAN RM8 BILION

Tuesday, March 13, 2018

4404) PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) & PPZ TURUN PADANG ZIARAH ZAKAT SIRI 2 – WANGSA MAJU – 13/3/18



KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai lebih 20 peniaga muslim di kawasan Wangsa Delima, Wangsa Maju di sini hari ini diberikan pendedahan kepada impak pertumbuhan ekonomi ummah yang tersirat dalam kewajipan Rukun Islam ke 3 iaitu Zakat seperti yang ditetap Islam.



Pendedahan yang dinamakan Program Ziarah Zakat (PZZ) merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berlangsung selama 3 bulan bermula 15 Februari 2018 sehingga 15 Mei 2018.




Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, PZZ kali ini merupakan edisi kedua yang mana sasaran pada kali ini adalah kelompok peniaga kecil di sekitar Wangsa Maju bagi mengalakkan mereka untuk menyertai kempen SPPZ dan meraih faedah daripadanya.
Jelas Nadzim lagi, kelompok peniaga kecil seperti yang disasarkan hari ini memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi ummah kerana selain menjadi pembayar zakat, mereka juga merupakan kelompok pembeli atau pengguna komersil pengeluar dan pengilang barangan.





“Objektif utama SPPZ ialah memperkasakan ekonomi ummah yang mana dalam konteks ini, kelompok peniaga kecil ini menjadi penghubung antara pengeluar, pengilang dan pengguna.
“Ini bermakna, dalam jangka masa panjang, jika kedudukan ekonomi kelompok ini diperkasakan, mereka akan memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan ekonomi ummah,” jelas beliau dalam sidang media yang diadakan selepas program ziarah berkenaan.




















Beliau menjelas lanjut, oleh kerana kelompok ini berada di tengah-tengah rantaian bekalan dalam kitaran ekonomi ummah, jatuh bangun golongan tersebut akan memberikan impak besar kepada umat Islam secara keseluruhan.
Tambah beliau, ini dapat dicapai melalui perlaksanaan SPPZ yang mana antara lain, melalui jaringan meluas yang dibawakan oleh kempen ini akan memberi manfaat yang besar dari sudut ekonomi kepada semua pihak yang terlibat.


Program Ziarah Zakat pada kali ini turut disertai oleh Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Ketua PegawaiEksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman dan Pengurus Besar Operasi agensi itu, Mohamed Hassan.







PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL