Showing posts with label SPPZ. Show all posts
Showing posts with label SPPZ. Show all posts
Tuesday, April 27, 2021
Monday, April 26, 2021
5605) MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN - MALAYSIA GAZETTE - 24/04/2021
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mmelancarkan portal ‘Mybeli.com.my’ yang objektif untuk menyatukan seluruh usahawan dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.
Mybeli juga hasil kerjasama dengan rakan strategik PPIM iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, walaupun ketika ini sudah ada nama besar seperti Lazada dan Shoppe yang membuat pemasaran produk serta perkhidmatan secara meluas namun Mybeli mempunyai kelainannya.
Jelas Nadzim, Mybeli mempunyai kelebihan patuh Syariah dalam memasarkan produk serta perkhidmatan selain memberi keutamaan kepada barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.
“Inisiatif yang kita ambil ini bermatlamat untuk menyatupadukan sistem jualan serta pembelian oleh usahawan dan paling penting kita melahirkan golongan usahawan pembayar zakat.
Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.
“Ini adalah salah satu bentuk pendekatan insklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan dulu dalam dunia pasaran online bagi mengukuhkan ekonomi masing-masing,” katanya selepas majlis pelancaran di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak hari ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi melancarkan portal ini secara maya’ kerana tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal untuk majlis sebentar tadi.
Selain Che Abdullah, pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil-wakil usahawan seperti GISB, MIMCOIN, PERKID, PERDIM, Angkasa serta penguasa tempatan lain.
Dalam pada itu, Nadzim mengharapkan lebih ramai usahawan tempatan akan tampil mendaftar dengan Mybeli yang juga merupakan tunjang alternatif PPIM bagi membantu golongan berkenaan menguasai dunia pasaran online.
“Dunia digital dan e-perdagangan ini adalah cara untuk kita kukuhkan ekonomi dan perniagaan masing-masing, kita cuba ini dulu dengan kerjasama pelbagai pihak dengan harapan semoga usaha ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan kita,” ujarnya.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN
5604) MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH - MALAYSIA GAZETTE TV - 24/04/2021
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.
Artikel oleh: Malaysia Gazette TV
MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH
Monday, January 25, 2021
5323) PROMO | NIKMATI OAT CEREAL DRINK KELUARAN ENTRUSOL
Anda selalu skip sarapan? Anda terlalu sibuk sampai tak sempat nak sarapan pagi? atau Anda memang sejenis yang tak sarapan?
.
Jangan risau sebab masalah anda ada solusinya. Apa itu?
Nikmati Entrusol Oat Cereal Drink with Honey & Dates!
.
Kini oat tidak lagi membosankan, nikmati manfaat khasiat oat dengan cara yang menceriakan bersama Entrusol!
.
Rendah kalori
Kurang manis
Mengandungi garam bukit
Sesuai untuk mengawal kolesterol dan bagus untuk jantung
Mengandungi ekstrak kurma dan madu yang bernutrisi tinggi
Membekalkan tenaga yang optimum
Meningkatkan daya tahan badan
Mudah dan cepat disediakan
Rasa yang sedap (Gabungan 3 ramuan utama iaitu oat, kurma dan oat
menghasilkan rasa yang sedap dan menceriakan. 
Mengandungi lebih kandungan oat
.
Maka anda akan dapat menikmati lebih banyak manfaat oat di dalam satu cawan!
.
Dapatkan Sekarang di facaebok page #ENTRUSOL dan Instagram #ENTRUSOLHQ
Friday, September 13, 2019
5276) AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA ADMIN FACEBOOK KEMPEN SPPZ DAN BMF - PPIM - 13/09/2019
Perjumpaan bersama admin dan moderator Facebook yang menyokong Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) dan Kempen Buy Muslim First (BMF).
Wednesday, March 14, 2018
4407) PPIM TAMPIL BANTU PPZ-MAIWP – UTUSAN MALAYSIA – 14/3/18
Usaha meningkatkan jumlah pembayar zakat tidak akan terhasil seandainya ia dilaksanakan secara bersendirian oleh Majlis Agama Islam negeri.
Kekangan sumber dana dan tenaga yang terhad bukan hanya menyebabkan mereka gagal memperluas skop kepada pembayar berpotensi. Bahkan, pembayar-pembayar sedia ada yang gagal melunaskan tanggungjawab mereka itu atas pelbagai alasan turut wujud.
Justeru, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui agensinya, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diharapkan mampu menangani isu berkenaan. Apa tidaknya, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyatakan bahawa pihaknya mempunyai lebih kurang 50,000 ahli dalam kalangan peniaga Islam di sekitar ibu kota.
Malah, beliau menambah, melalui kerjasama itu membolehkan PPZ-MAIWP meluaskan skop mereka dalam kalangan yang berpotensi menjadi pembayar zakat pada masa depan.
“Mungkin ada dalam kalangan mereka itu belum melunaskan zakat perniagaan atas pelbagai sebab tetapi dengan adanya kerjasama ini, kita boleh bagi penerangan yang jelas.
“Diharapkan mereka juga akan beri penerangan kepada saudara mara atau rakan-rakan yang lain,” katanya pada pelancaran Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan (SPPZP) 2018, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.
Sempena pelancaran kempen itu, hampir 100 buah premis perniagaan milik orang Islam sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Wisma Yakin, Kuala Lumpur dikunjungi.
Mana-mana peniaga yang mempunyai rekod pembayaran zakat turut diberikan satu tanda pengesahan sebagai pembayar zakat.
Sementara itu, Che Mat menyifatkan kerjasama dalam kempen sedemikian mampu menjadi platform hebahan zakat kepada umum dan menggalakkan pembayaran khususnya oleh pemilik perniagaan.
Ini sekali gus, katanya, akan meningkatkan prospek zakat bagi menambah kutipan pembayaran zakat dan mendekatkan masyarakat peniaga dengan PPZ-MAIWP serta menjauhi ejen zakat tidak bertauliah.
“Bagi menjayakannya kita turun padang, berkunjung dari pintu ke pintu untuk berjumpa peniaga dan masyarakat dalam memberi kesedaran tentang kewajipan menunaikan Rukun Islam itu.
“Kempen ini diharap dapat mengingatkan para peniaga mengenai hikmah membayar zakat bagi tujuan menyucikan harta,” katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung zakat khususnya zakat perniagaan boleh menghubungi talian zakat 1-30088-5757 atau melayari www. zakat.com.my. – HASHNAN ABDULLAH.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PPIM TAMPIL BANTU PPZ-MAIWP
4406) TIADA KESEDARAN PUNCA PENIAGA TIDAK BAYAR ZAKAT – UTUSAN MALAYSIA – 14/3/18
KUALA LUMPUR 13 Mac – Tiada kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat merupakan punca utama masih ramai kalangan peniaga beragama Islam tidak menunaikan tanggungjawab tersebut walaupun perniagaan mereka berjaya.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, para peniaga terbabit harus diberi kesedaran bahawa keuntungan daripada muamalat mereka adalah hak yang wajib dikongsi dengan golongan asnaf.
“Pembayaran zakat perniagaan juga sebahagian daripada jalan untuk mendapat keberkatan Allah,” katanya dalam sidang akhbar sempena Operasi Ziarah Zakat Siri 2 di sini, hari ini.
Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Sebanyak 42 pemilik perniagaan dikunjungi PPZ-MAIWP dalam operasi diadakan di sekitar Wangsa Maju.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menyantuni prospek zakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membayar zakat dan menunaikan Rukun Islam ketiga.
Dalam program tersebut, risalah berkaitan fungsi dan kaedah membuat pembayaran zakat diedarkan kepada para peniaga.
Kerjasama PPZ-MAIWP dan PPIM berkenaan akan diteruskan sehingga 15 Mei ini sebagai sebahagian daripada usaha menyokong Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TIADA KESEDARAN PUNCA PENIAGA TIDAK BAYAR ZAKAT
Tuesday, March 13, 2018
4404) PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) & PPZ TURUN PADANG ZIARAH ZAKAT SIRI 2 – WANGSA MAJU – 13/3/18
KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai lebih 20 peniaga muslim di kawasan Wangsa Delima, Wangsa Maju di sini hari ini diberikan pendedahan kepada impak pertumbuhan ekonomi ummah yang tersirat dalam kewajipan Rukun Islam ke 3 iaitu Zakat seperti yang ditetap Islam.
Pendedahan yang dinamakan Program Ziarah Zakat (PZZ) merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berlangsung selama 3 bulan bermula 15 Februari 2018 sehingga 15 Mei 2018.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, PZZ kali ini merupakan edisi kedua yang mana sasaran pada kali ini adalah kelompok peniaga kecil di sekitar Wangsa Maju bagi mengalakkan mereka untuk menyertai kempen SPPZ dan meraih faedah daripadanya.
Jelas Nadzim lagi, kelompok peniaga kecil seperti yang disasarkan hari ini memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi ummah kerana selain menjadi pembayar zakat, mereka juga merupakan kelompok pembeli atau pengguna komersil pengeluar dan pengilang barangan.
“Objektif utama SPPZ ialah memperkasakan ekonomi ummah yang mana dalam konteks ini, kelompok peniaga kecil ini menjadi penghubung antara pengeluar, pengilang dan pengguna.
“Ini bermakna, dalam jangka masa panjang, jika kedudukan ekonomi kelompok ini diperkasakan, mereka akan memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan ekonomi ummah,” jelas beliau dalam sidang media yang diadakan selepas program ziarah berkenaan.
Beliau menjelas lanjut, oleh kerana kelompok ini berada di tengah-tengah rantaian bekalan dalam kitaran ekonomi ummah, jatuh bangun golongan tersebut akan memberikan impak besar kepada umat Islam secara keseluruhan.
Tambah beliau, ini dapat dicapai melalui perlaksanaan SPPZ yang mana antara lain, melalui jaringan meluas yang dibawakan oleh kempen ini akan memberi manfaat yang besar dari sudut ekonomi kepada semua pihak yang terlibat.
Program Ziarah Zakat pada kali ini turut disertai oleh Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Ketua PegawaiEksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman dan Pengurus Besar Operasi agensi itu, Mohamed Hassan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI














































