Showing posts with label PORTAL MYBELI. Show all posts
Showing posts with label PORTAL MYBELI. Show all posts

Monday, April 26, 2021

5609) PELANCARAN E-DAGANG MYBELI PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 24/04/2021

 


Kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nurul Syaida Noor Hasmeera menunjukkan laman web mybeli.com.my pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama Pengarah Pembangunan Perniagaan Fusionex, Saiful Hayaz Abu Bakar (dua kiri) menyampaikan sumbangan asnaf kepada Rohaya Razali, 53, pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PELANCARAN E-DAGANG MYBELI PPIM


5608) PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK - ONE NEWS - 25/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, melancarkan portal khas ‘Mybeli.com.my’, dengan objektif menyatukan seluruh usahawan muslim dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Mybeli patuh syariah, dan mengutamakan barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

Mybeli hasil kerjasama PPIM dengan rakan strategiknya iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap usahawan bagi menyertai platform Mybeli.

Justeru, PPIM berharap ramai usahawan muslim mendaftar, ke arah mengukuhkan perniagaan dan ekonomi menerusi platform e-dagang.


Artikel oleh: One News

PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

5606) 24 APR 2021 – BERITA PERDANA – MYBELI.COM.MY - BERITA RTM - 24/04/2021

 




5605) MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN - MALAYSIA GAZETTE - 24/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mmelancarkan portal ‘Mybeli.com.my’ yang objektif untuk menyatukan seluruh usahawan dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Mybeli juga hasil kerjasama dengan rakan strategik PPIM iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, walaupun ketika ini sudah ada nama besar seperti Lazada dan Shoppe yang membuat pemasaran produk serta perkhidmatan secara meluas namun Mybeli mempunyai kelainannya.

Jelas Nadzim, Mybeli mempunyai kelebihan patuh Syariah dalam memasarkan produk serta perkhidmatan selain memberi keutamaan kepada barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

“Inisiatif yang kita ambil ini bermatlamat untuk menyatupadukan sistem jualan serta pembelian oleh usahawan dan paling penting kita melahirkan golongan usahawan pembayar zakat.

Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

“Ini adalah salah satu bentuk pendekatan insklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan dulu dalam dunia pasaran online bagi mengukuhkan ekonomi masing-masing,” katanya selepas majlis pelancaran di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi melancarkan portal ini secara maya’ kerana tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal untuk majlis sebentar tadi.

Selain Che Abdullah, pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil-wakil usahawan seperti GISB, MIMCOIN, PERKID, PERDIM, Angkasa serta penguasa tempatan lain.

Dalam pada itu, Nadzim mengharapkan lebih ramai usahawan tempatan akan tampil mendaftar dengan Mybeli yang juga merupakan tunjang alternatif PPIM bagi membantu golongan berkenaan menguasai dunia pasaran online.

“Dunia digital dan e-perdagangan ini adalah cara untuk kita kukuhkan ekonomi dan perniagaan masing-masing, kita cuba ini dulu dengan kerjasama pelbagai pihak dengan harapan semoga usaha ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan kita,” ujarnya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN

5604) MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH - MALAYSIA GAZETTE TV - 24/04/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.



Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL