Tuesday, March 24, 2026

E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARAI HITAM BERPUSAT - UTUSAN MALAYSIA - 19/03/2026

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan mewujudkan pangkalan data senarai hitam berpusat dengan serta-merta dalam isu keselamatan penumpang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau mempersoalkan bagaimana seorang pemandu yang telah dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform masih bebas mencari ‘mangsa baharu’ di aplikasi pesaing lain pada hari yang sama.

“Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistem, jita seolah-olah membiarkan pemangsa terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PPIM turut menyelar cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan ruang bernafas atau tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes-kes jenayah.

“Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi,” katanya.

Sehubungan itu, PPIM turut menuntut pengecualian total terhadap tempoh rayuan bagi kes jenayah berat, gangguan seksual, dan pemanduan berbahaya dengan sekatan mesti mandatori dan serta-merta. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARAI HITAM BERPUSAT

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/03/e-hailing-ppim-tuntut-wujud-pangkalan-data-senarai-hitam-berpusat/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL