Tuesday, March 30, 2021

5521) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH - PPIM - 30/03/2021

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengarah Penjara Sungai Buloh, TKP Rosoman Abu Bakar @ Che Din di Penjara Sungai Buloh, hari ini.

Monday, March 29, 2021

5520) AKTIVITI | MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH (PPPR) - PPIM - 29/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri Mesyuarat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Bil 1/2021 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah. 


5519) MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA - EHAILING.FM - 29/03/2021

Toqqi atau Dato' Nadzim dari PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) menggesa penggiat ehailing dan phailing khasnya pemandu serta penunggang segera mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Sementara itu Tn Hj Azhar (Perkeso) dalam ucapannya menyatakan hanya sekitar 4% sahaja pemandu ehailing yang ketika ini mencarum dengan SKSPS.
Beliau menambah usaha terus giat dilakukan bagi menarik golongan itu segera mencarum bagi menghadapi sesuatu yang tidak dijangka di kemudian hari nanti.
Majlis yang turut dihadiri oleh JPJ itu juga melibatkan Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) itu diakhiri dengan sesi soal jawab bersama oleh En Yusaimi (JPJ) serta En Iskandar (Perkeso).
Gambar sekitar MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN
SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA, BERSAMA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DAN AHLI-AHLI PENGGIAT INDUSTRI EHAILING
======================================
28 Mac 2021
Dewan Pancadelima, Perkeso Petaling Jaya


Artikel oleh: Ehailing.fm

MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA

5518) AKTIVITI | MAJLIS KOLABORASI BERKENAAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI, JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA, BERSAMA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DAN AHLI-AHLI PENGGIAT INDUSTRI EHAILING - PPIM - 29/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri majlis kolaborasi berkenaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di Dewan Pancadelima, Perkeso Petaling Jaya, semalam.

Majlis bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga e-hailing mengenai kepentingan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

5517) JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM - UTUSAN MALAYSIA - 27/03/2021

 


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mengajak masyarakat terutama golongan muda bersama-sama membawa perubahan dengan mengangkat dan menggunakan produk tempatan terutama produk islam.

Susulan itu, Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat haruslah menggunakan produk tempatan yang dikeluarkan oleh orang Islam dalam menyokong produk bangsa sendiri.

Menurut beliau, menerusi kajian PPIM, punca utama produk tempatan kurang mendapat sambutan masyarakat kerana mereka tidak prihatin dan cakna atas faktor budaya yang kurang menolong antara satu sama lain dalam meningkatkan penggunaan produk tempatan.

“Bagaimanapun, kita hari ini berbangga dengan keterlibatan anak muda yang berusaha meningkatkan produk tempatan. Diharapkan pihak tertentu perlu menyokong usaha bersama agar membina suatu jalinan sokong-menyokong dalam perniagaan.

“Sejajar dengan itu, perniagaan tersebut akan maju dan ekonomi akan meningkat serta berhubungan antara kaum akan bertambah baik,” katanya kepada Utusan Malaysia merasmikan pembukaan Kafe Rush Roastery X Doyan Ayam Malaysia di Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Menurut Nadzim, cabaran yang kuat pada hari ini mewujudkan karakter-karakter yang kuat dan atas cabaran itu dapat menimba ilmu serta memperkasa diri seperti berkorban masa serta cara untuk menjana idea baharu tentang produk sehingga berjaya.

“Justeru, diharapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keterlibatan golongan muda dalam membantu menaik dan meningkatkan pengeluaran produk tempatan seterusnya Islam yang perkasa dapat diwujudkan,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia 

JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/jom-guna-produk-tempatan-ppim/

5516) PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN - ONE NEWS - 27/03/2021

 


Ramai usahawan bumiputera muda berjaya, mampu dilahirkan, jika mereka diberikan sokongan sewajarnya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yakin, hasrat itu juga boleh direalisasikan, dengan wujudnya ekosistem lebih kondusif dan tidak prejudis, terhadap kebolehan mereka.

Datuk Nadzim berkata demikian ketika merasmikan cawangan ketiga Kafe ‘Rush Roastery’ yang diusahakan tiga anak muda di Kota Damansara.


Artikel oleh: One News

PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN

5515) BERITA PERDANA-USAHAWAN MUDA-PERLU SOKONGAN SEWAJARNYA UNTUK BERJAYA - BERITA RTM - 27/03/2021

 



Saturday, March 27, 2021

5514) AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN RUSH ROASTERY X DOYAN AYAM MALAYSIA - PPIM - 27/03/2021

Telah berlangsung, majlis perasmian pembukaan kafe Rush Roastery X Doyan Ayam Malaysia di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi.

Turut hadir, pengasas kafe Rush Roastery, En Muhammad Aizuddin Samni.

5513) BIAR TANGGUNG DOSA, ASAL UNTUNG BERGANDA! - TV.PPIM - 26/03/2021

 

/'

Untung niaga berlipat kali ganda tapi adakah untung itu betul-betul berkat? Bila rezeki tak berkat, bukan sahaja balasan akhirat menunggu, bahkan di dunia pun dah macam-macam bala menimpa.

Ramai yang nak untung cepat tapi ramai juga yang tak sedar dah amalkan riba dalam pekerjaan. ‘Mark up’ harga barang terlalu tinggi pun dah dikira sebagai riba tau! 

Pinjam daripada ahlong buat modal berniaga? Pun sama! Setiap hasil yang diperolehi hilang berkatnya kerana berasal daripada rezeki yang datang daripada unsur riba! 

Anda berhutang dengan ahlong? 
Jangan TANGGUH dan jangan TAKUT! 
Hubungi SATRIA sekarang untuk hidup bebas ancaman ahlong! 
 
SATRIA ialah panel yang dilantik oleh PPIM untuk mengendalikan kes penindasan ahlong. 

SATRIA juga berpengalaman lebih 10 tahun menyelesaikan lebih 10 ribu kes melibatkan nilai ratusan hingga jutaan ringgit. 

Hubungi SATRIA sekarang: 

Whatsapp:
 
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
 
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temu janji, layari:

Ayuh bersama jauhi ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan dan keluarga anda atau mangsa Ahlong yang anda kenal.

Sumber: TV.PPIM

UNTUNG BERGANDA JUAL BARANG FAKE - BERBALOI KE TANGGUNG DOSA RIBA?


5512) “DAH KENAPA SIBUK SANGAT NAK GUNA NAMA ALLAH?!” - TV.PPIM - 25/03/2021

 


Mengejutkan! Penganut agama lain kini dah boleh gunakan nama Allah dalam penerbitan, kononnya untuk tujuan pendidikan. Satu Malaysia gempar dan bengang dengan tindakan pihak ‘bertanggungjawab’ yang seolah-olah mencemarkan kesucian kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut agama lain. TV PPIM turun ke publik untuk mendapatkan respon orang ramai tentang isu kontroversi ini. Kongsikan juga pendapat anda di ruangan komen! ***************** Mari bersama kami memperjuangkan golongan tertindas: https://sumbangan.ppim.org.my/ dan LIKE page https://www.facebook.com/ppim.official . Sumbangan daripada anda akan membolehkan kami membantu lebih ramai mereka yang terjejas. . Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 013-2262 444 atau 019-359 1000 dan dapatkan pelbagai info kami di laman web PPIM: https://www.ppim.org.my/ . #PPIM #Advokasi #PenggunaJalanRaya #TVPPIM #PerjuanganBersamaDemiPengguna #PPIMMembelaHakDanMaruah

Sumber: TV.PPIM

“DAH KENAPA SIBUK SANGAT NAK GUNA NAMA ALLAH?!”


Friday, March 26, 2021

5511) HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN SERING JADI PERTIKAIAN | PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA - BROLAHTV - 25/03/2021

 


Hak Melayu dalam Perlembagaan sering menjadi bahan pertikaian di mahkamah dalam segelintir perspektif. Hak Melayu telah dipersetujui oleh pemerintah-pemerintah di Tanah Melayu sebagai cagaran atau gantian bagi kesediaan orang melayu untuk menerima etnik kaum cina dan india di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Hasil persetujuan bersama semua etnik, masyarakat melayu telah diperuntukkan hak keistimewaannya dalam Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu sehingga lah kini. Tapi hak ini sering mendapat pertikaian yang di akhiri perbalahan yang tidak menjelaskan keadaan. Apakah implikasi yang akan terjadi berdasarkan permasalahan ini? Jom ikuti diskusi FB LIVE PPIM yang bertajuk ‘Hak Melayu Dalam Perlembagaan’ bersama para panelis: 📌Toqqi @ Nadzim Johan (Ketua Aktivis PPIM) 📌Professor datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz (Pakar Perlembagaan) 📌Faizal Zakaria (Moderator) Sumbangan secara online di: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM Klik LIKE, SHARE dan DOAKAN agar masyarakat kita bebas penindasan dan tak lagi terus dibelenggu penganiayaan. Semoga Allah merahmati semua yang telah menyumbang untuk tujuan murni ini! Aminnn. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna” #HakMelayu #PPIM #BroLahTV

Sumber: BroLahTV

HAK MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN SERING JADI PERTIKAIAN

Thursday, March 25, 2021

5510) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGASAS VOLTEN INTERNATIONAL - PPIM - 25/03/2021

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama pengasas Volten International, Tuan Ismail Che Ani di Volten Asiaemall Sdn Bhd, Shah Alam.

Perjumpaan membincangkan kerjasama antara PPIM dan Volten International bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu dan produk tempatan.

Syarikat Volten International merupakan syarikat milik bumiputera Islam yang mengeluarkan produk berasaskan halia hitam seperti kopi, kapsul dan sebagainya.

5509) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN MENTERI KKMM - PPIM - 25/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini mengadakan perjumpaan bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kompleks KKMM Putrajaya.

Perjumpaan membincangkan mengenai aduan pengguna yang telah diterima oleh PPIM.

Wednesday, March 24, 2021

5508) NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN - BERITA RTM - 23/03/2021

 


KUALA LUMPUR, 23 Mac - Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 17 Mac lepas mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan 50 kotak 'Infaq Rezeki' berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Artikel oleh: Berita RTM

NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN

5507) PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT - ONE NEWS - 23/03/2021



Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur, pada 17 Mac lepas, mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menyerahkan 50 kotak ‘Infaq Rezeki’ berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar, dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Artikel oleh: One News

PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT

5506) BERITA PERDANA-PPIM HULUR BANTUAN-BANTU PENIAGA TERJEJAS - BERITA RTM - 23/03/2021


 

Tuesday, March 23, 2021

5505) AKTIVITI | MESYUARAT KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA CEO GISB HOLDINGS SDN BHD - PPIM - 23/03/2021

Mesyuarat Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Dato’ Lokman Hakim Pfordten di Ikhwan Delights, Sungai Penchala.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...