Kuala Lumpur, 19 MAC – Wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia terus memberi impak besar buat kita semua. Ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan. Oleh yang demikian, bagi meringankan ujian ini kepada mereka yang terkesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di bawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM), Pejabat Menteri Besar KEDAH, Persatuan Sukan Rekreasi & Kebajikan APZ N9 dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah menganjurkan PROGRAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEDAH pada 19 - 21 Mac 2021 bagi menyantuni Rakyat di beberapa daerah di Negeri KEDAH. Program ini turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), BarokahWorks, Persatuan Usahawan Wanita Dan Keusahawan Agro (WEAGRO), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd, SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd, Datakraf Solution Sdn Bhd dan Evercs Transport & Logistics.
“PROGRAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEDAH adalah bertujuan menyantuni semua lapisan masyarakat. Adalah diharap agar program ini akan membawa sinar kegembiraan dan melahirkan rasa keprihatinan bagi semua yang menerima bantuan dan yang turut telibat menjayakan program ini. Besarlah harapan kami agar program sebegini dapat diteruskan dan membantu lebih ramai golongan sasar yang memerlukan" – Datuk Nadzim Johan, Pengerusi – Persatuan Pengguna Islam (PPIM)
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama - sama menghadapinya dan membantu saudara - saudara kita. Oleh yang demikian PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan. Berdasarkan maklumbalas yang kami terima dari penyelaras, masyarakat di Negeri Kedah benar-benar memerlukan bantuan dengan kadar segera dan keprihatinan kita semua bagi menghadapi saat getir ini. Dengan yang demikian kami berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan pada tarikh yang dinyatakan di atas.” - Puan Siti Khadijah Hassan Berseri, Ketua Operasi - Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM).
“Kami mahu semua yang disantuni di program ini merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka khususnya. Bentuk bantuan yang diberikan merupakan barangan keperluan asas dapur, bantuan persekolahan dan beberapa sumbangan tajaan dari pelbagai organisasi dan ianya diharap dapat memberi manfaat kepada semua penerima bantuan.” - Ustaz Hasbullah Najib, Ketua Pengarah Operasi - Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
"Saya merasa sangat bersyukur di atas keperihatinan semua yang hadir dan terlibat menjayakan misi ini. Melalui program seperti ini kami berharap agar semua penerima sumbangan merasakan masih ada yang sayang dan peduli. Kempen “INFAQ REZEKI” ini dijalankan melalui Platform dalam talian iaitu sumbangan.com dan ianya diharap dapat megumpulkan lebih banyak dana bagi membantu lebih ramai orang yang memerlukan." - Mohd Al-Iman Bin Zakaria – Managing Director, Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
Alhamdullilah dengan izin Allah SWT program ini telah mendapat perhatian positif dari pelbagai pihak dan para dermawan, kami berharap agar lebih ramai pihak yang akan terlibat.
No comments:
Post a Comment