Tuesday, March 23, 2021

5503) AKTIVITI | PPIM TURUN PADANG ZIARAH MANGSA KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT - PPIM - 23/03/2021

Program yang berlangsung bagi meninjau lokasi kejadian kebakaran yang telah memusnahkan hampir 46 premis perniagaan pada 17 Mac lalu telah disempurnakan toqqi @ Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Bahagian Operasi Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) yang turut melawat pasar berkenaan juga menjelaskan bahawa antara usaha bagi membantu mangsa kebakaran yang terjejas adalah dengan melancarkan kempen dana kewangan yang turut sama dijayakan oleh sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd).

“Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam usaha menyumbang semula pembinaan premis yang terjejas sebelum ketibaan bulan ramadhan bagi menggiatkan semula usaha mata pencarian yang sememangnya menjadi rutin harian bagi setiap para peniaga dan penjaja di Pasar Dato Keramat itu.” - toqqi @ Nadzim Johan
Pada 17 Mac 2021, lebih 40 deretan kedai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar beberapa hari yang lalu namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Untuk menyumbang bagi membantu mangsa kebakaran yang terjejas, sila layari ke laman web sumbangan.com

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...