SANTUNI. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganjurkan Program Keluarga Harmoni We Love We Care bagi menghulurkan sumbangan serta menyantuni golongan orang kena pengawasan (OKP) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak; PPR Sungai Bonus dan PPR Gombak Setia, Selangor.
Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, program dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu bertujuan menyantuni OKP dan keluarga supaya mereka dapat merasakan bahawa masih ramai pihak yang mempedulikan golongan itu sekali gus diterima masyarakat.
"Berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada penyelaras, OKP juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat getir mengharungi wabak Covid-19. Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama golongan asnaf dan B40.
"Antara bentuk bantuan yang disampaikan ialah barangan asas keperluan dapur, kit ibadah, produk asnaf serta baucar persekolahan," katanya baru-baru ini.
Artikel oleh: Kosmo
PPIM, AADK SANTUNI OKP HULUR SUMBANGAN BARANGAN UNTUK RINGANKAN BEBAN
No comments:
Post a Comment