Monday, March 29, 2021

5517) JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM - UTUSAN MALAYSIA - 27/03/2021

 


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mengajak masyarakat terutama golongan muda bersama-sama membawa perubahan dengan mengangkat dan menggunakan produk tempatan terutama produk islam.

Susulan itu, Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat haruslah menggunakan produk tempatan yang dikeluarkan oleh orang Islam dalam menyokong produk bangsa sendiri.

Menurut beliau, menerusi kajian PPIM, punca utama produk tempatan kurang mendapat sambutan masyarakat kerana mereka tidak prihatin dan cakna atas faktor budaya yang kurang menolong antara satu sama lain dalam meningkatkan penggunaan produk tempatan.

“Bagaimanapun, kita hari ini berbangga dengan keterlibatan anak muda yang berusaha meningkatkan produk tempatan. Diharapkan pihak tertentu perlu menyokong usaha bersama agar membina suatu jalinan sokong-menyokong dalam perniagaan.

“Sejajar dengan itu, perniagaan tersebut akan maju dan ekonomi akan meningkat serta berhubungan antara kaum akan bertambah baik,” katanya kepada Utusan Malaysia merasmikan pembukaan Kafe Rush Roastery X Doyan Ayam Malaysia di Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Menurut Nadzim, cabaran yang kuat pada hari ini mewujudkan karakter-karakter yang kuat dan atas cabaran itu dapat menimba ilmu serta memperkasa diri seperti berkorban masa serta cara untuk menjana idea baharu tentang produk sehingga berjaya.

“Justeru, diharapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keterlibatan golongan muda dalam membantu menaik dan meningkatkan pengeluaran produk tempatan seterusnya Islam yang perkasa dapat diwujudkan,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia 

JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/jom-guna-produk-tempatan-ppim/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL