Showing posts with label RUSH ROASTERY. Show all posts
Showing posts with label RUSH ROASTERY. Show all posts

Monday, March 29, 2021

5517) JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM - UTUSAN MALAYSIA - 27/03/2021

 


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam (PPIM) mengajak masyarakat terutama golongan muda bersama-sama membawa perubahan dengan mengangkat dan menggunakan produk tempatan terutama produk islam.

Susulan itu, Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat haruslah menggunakan produk tempatan yang dikeluarkan oleh orang Islam dalam menyokong produk bangsa sendiri.

Menurut beliau, menerusi kajian PPIM, punca utama produk tempatan kurang mendapat sambutan masyarakat kerana mereka tidak prihatin dan cakna atas faktor budaya yang kurang menolong antara satu sama lain dalam meningkatkan penggunaan produk tempatan.

“Bagaimanapun, kita hari ini berbangga dengan keterlibatan anak muda yang berusaha meningkatkan produk tempatan. Diharapkan pihak tertentu perlu menyokong usaha bersama agar membina suatu jalinan sokong-menyokong dalam perniagaan.

“Sejajar dengan itu, perniagaan tersebut akan maju dan ekonomi akan meningkat serta berhubungan antara kaum akan bertambah baik,” katanya kepada Utusan Malaysia merasmikan pembukaan Kafe Rush Roastery X Doyan Ayam Malaysia di Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Menurut Nadzim, cabaran yang kuat pada hari ini mewujudkan karakter-karakter yang kuat dan atas cabaran itu dapat menimba ilmu serta memperkasa diri seperti berkorban masa serta cara untuk menjana idea baharu tentang produk sehingga berjaya.

“Justeru, diharapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keterlibatan golongan muda dalam membantu menaik dan meningkatkan pengeluaran produk tempatan seterusnya Islam yang perkasa dapat diwujudkan,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia 

JOM GUNA PRODUK TEMPATAN – PPIM

https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/jom-guna-produk-tempatan-ppim/

5516) PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN - ONE NEWS - 27/03/2021

 


Ramai usahawan bumiputera muda berjaya, mampu dilahirkan, jika mereka diberikan sokongan sewajarnya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yakin, hasrat itu juga boleh direalisasikan, dengan wujudnya ekosistem lebih kondusif dan tidak prejudis, terhadap kebolehan mereka.

Datuk Nadzim berkata demikian ketika merasmikan cawangan ketiga Kafe ‘Rush Roastery’ yang diusahakan tiga anak muda di Kota Damansara.


Artikel oleh: One News

PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN

5515) BERITA PERDANA-USAHAWAN MUDA-PERLU SOKONGAN SEWAJARNYA UNTUK BERJAYA - BERITA RTM - 27/03/2021

 



Saturday, March 27, 2021

5514) AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN RUSH ROASTERY X DOYAN AYAM MALAYSIA - PPIM - 27/03/2021

Telah berlangsung, majlis perasmian pembukaan kafe Rush Roastery X Doyan Ayam Malaysia di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi.

Turut hadir, pengasas kafe Rush Roastery, En Muhammad Aizuddin Samni.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL