Thursday, March 31, 2022

AKTIVITI | MAJLIS HI-TEA PPIM BERSAMA MEDIA - PPIM - 31/03/2022

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea PPIM bersama media bagi menghargai jalinan kerjasama erat ini.

Lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media negara ini telah membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.

PPIM ingin mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan kerjasama ini agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan rakyat.

KERJASAMA MEDIA DAN PPIM SEMAKIN KUKUH - KENYATAAN MEDIA PPIM - 31/03/2022

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Sejak penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 14 Jun 1997 kami telah menjalinkan kerjasama erat bersama rakan-rakan media khususnya dalam meningkatkan kesedaran awam tentang hak dan peranan pengguna.

Lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media negara ini yang telah membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.

Dengan sokongan rakan-rakan media, PPIM merupakan organisasi buka kerajaan pertama yang menjalankan aktiviti mencegah dan menyelesaikan masalah berkaitan Ceti Haram atau Ah Long dan menjadi saluran suara yang membawa perubahan lanskap kepenggunaan Muslim.

Segala kejayaan yang dicapai hari ini tidak datang dengan mudah tanpa cabaran dan akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan di masa akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata apa jua cabaran yang melanda, PPIM akan terus berjuang bagi mempertahankan maruah pengguna Muslim dan melindungi mereka daripada perkara-perkara yang syubhah dan haram seperti riba, penggunaan servis atau barangan yang diragui.

Walaupun hanya seramai 120 orang petugas sepenuh masa di PPIM, persatuan ini mendapat sokongan dan kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah semakin meningkat setiap hari.

Antara program PPIM yang banyak mendapat perhatian pihak media adalah  program agihan bekakan makanan Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot Coca- Cola, Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa Program perbincangan isu semasa di televisyen.

PPIM ingin mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan kerjasama ini agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan untuk rakyat.

Toqqi sentiasa berpesan kita sudah tidak ada masa untuk leka dan harus sentiasa peka dengan situasi masa kini.

"Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita," katanya.

Anak muda harus lupakan keseronokan yang melalaikan dan menggunakan tenaga yang ada untuk memperjuangkan hak pengguna Islam dan melindungi negara dari apa jua yang bakal tiba.

Justeru, PPIM berharap jalinan kerjasama dengan rakan-rakan media dapat memberi  nilai tambah kepada segala usaha kerajaan yang baik dalam mentadbir urus negara.

"Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya," katanya.

Wednesday, March 30, 2022

ARTIKEL PILIHAN | ISU ALAM SEKITAR PERUBAHAN IKLIM DUNIA - PPIM - 30/03/2022

Klang akan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 jika sistem pentadbiran dan intergriti tidak diperbaiki.

Klang telah dilanda banjir lima kali dalam tempoh lima bulan, dengan yang paling teruk pada 17 dan 18 Disember 2021 tahun lepas.

Kenaikan paras air laut dan perubahan iklim dijangka melanda Klang dengan teruk pada masa hadapan, jika tiada langkah mitigasi dilaksanakan.

Ini adalah amaran dan ancaman kepada penduduk Klang dan PPIM menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki semua sistem keselamatan dan patuhi integriti.

"Klang akhirnya akan ditenggelami air menjelang 2050 jika tiada apa yang dilakukan." 

Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik (Cent-GPS), yang mengatakan bahawa banyak bandar pantai di negara ini, termasuk Klang akan berada di bawah air dalam tempoh kira-kira 30 tahun.

PPIM juga merujuk kepada laporan penyelidikan lain yang dikeluarkan oleh Nature.com yang mengatakan bahawa sebahagian daripada Klang akan berada di bawah air akibat peningkatan paras laut dan perubahan iklim. 

Klang merupakan bandar pelabuhan terpenting dengan kepadatan penduduk yang tinggi yang memerlukan perhatian serta kepimpinan yang amanah dan meningkatkan kapasiti sistem perparitannya dan mendidik masyarakat yang patriotik.

Tanggungjawab pihak PBT untuk melebarkan longkang monsun, menambah kapasiti pintu air, membina kolam penahan banjir, dan menambah ketinggian benteng di sepanjang kawasan pantai dan tempat berisiko.

PPIM menyeru melatih pegawai penguatkuasa yang penuh integriti, amanah bertanggungjawab untuk pekerjaan ini.

Enam negeri telah dilanda banjir sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan berpuluh-puluh nyawa terkorban dengan kerosakan besar pada harta benda serta gangguan besar kepada ekonomi.

Bagi golongan B40 dan M40 banjir kali ini amat membebankan keluarga kerana mereka terpaksa menanggung kerugian dan kesengsaraan akibat banjir selepas menghadapi kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik Covid-19.


Artikel oleh: Hj Yann

HARGA BUFET RAMADAN 20 PERATUS LEBIH TINGGI - BERITA HARIAN - 27/03/2022

 

Artikel oleh: Berita Harian

HARGA BUFET RAMADAN 20 PERATUS LEBIH TINGGI

Monday, March 28, 2022

Friday, March 25, 2022

SYUKUR TANGGUH ROBOH, TERIMA KASIH DBKL - WACANAKINI - 24/03/2022

 

PANTAI DALAM – Pengusaha Restoran Anis Puteri, Rozita Mohamad, 53, meluahkan rasa syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam selama dua minggu.

Operasi roboh dijadualkan hari ini namun ditangguhkan selepas Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam menyerahkan surat aku janji membenarkan DBKL merobohkan tembok jjka gagal buat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Beliau berkata, benteng itu dibina atas tanah Pejabat Tanah Galian bersebelahan tanah pemaju Atrium berikutan banjir besar yang melanda Lembah Klang termasuk kawasan itu pada penghujung tahun lalu.

“Saya sudah menetap di kawasan ini sejak tahun 90 an dan pemilik asal tanah Carlton Holiday membenarkan saya untuk membuat parking bagaimanapun selepas 2012 diambil alih oleh Atrium, kebenaran itu ditarik balik.

“Silap saya kerana tidak memaklumkan atau menghantar surat kepada DBKL untuk membina benteng berkenaan.

“Ia dibuat kerana permintaan Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam yang bimbang melihat hakisan tanah yang keluar dari tanah pemaju itu dan menghalang lalu lintas kawasan berkenaan.

“Kos binaan itu lebih RM50,000 disumbangkan bagi membantu isu hakisan dan banjir kilat kawasan itu,” katanya kepada Wacanakini.com.

Pengusaha Restoran Anis Putri, Rozita (kiri sekali) bersama Toqqi dan wakil DBKL sedang teliti surat rayuan tangguh roboh.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Borang Selayang, Mohamad Pandu Insani Yahya, Ahli Jawatankuasa MPP Sub Son Lima Lembah Pantai Kamarulzaman dan Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam, Mohd Suhaimi Che Him.

Sementara itu, Mohd Suhaimi mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan DBKL yang mendengar luahan rakyat.

“Kami berharap benteng ini kekal kerana ia membantu penempatan rakyat tidak terjejas dek lumpur banjir setiap kali hujan.

“Benteng ini tidak menjejaskan tapak asal pemaju, jika pemaju ada rancangan pembangunan mungkin boleh dicantikkan dan kukuhkan terlebih dahulu kawasan ini bagi mengelakkan hakisan tanah,” katanya.

Artikel oleh: WacanaKini

SYUKUR TANGGUH ROBOH, TERIMA KASIH DBKL

https://www.wacanakini.com/2022/03/syukur-tangguh-roboh-terima-kasih-dbkl/

10.6 JUTA PELABUR ASB RUGI RM4BILION JIKA SAPURA ENERGY BANKRAP? - WACANAKINI - 25/03/2022

 

KUALA LUMPUR : Amat mengejutkan apabila tular di media sosial gaji CEO Sapura Energy, sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini dikatakan menerima gaji RM200,000 sehari.

Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, di sebalik berita mengejutkan itu, Sapura Energy pula dikatakan sedang diancam kebankrapan setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.

Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung.

Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.

Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50% daripada sahamnya.

PPIM memandang serius akan perkembangan korporat ini sebagai satu drama yang membuatkan rakyat marhaen terkesima lebih-lebih lagi apabila didedahkan pada 2018 Ketua Pegawai Eksekutifnya meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun atau lebih kurang RM200,000 sehari!

PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat ini di mana seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat!

Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ianya sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan.


Artikel oleh: WacanaKini

10.6 JUTA PELABUR ASB RUGI RM4BILION JIKA SAPURA ENERGY BANKRAP?

https://www.wacanakini.com/2022/03/10-6-juta-pelabur-asb-rugi-rm4-bilion-jika-sapura-energy-bangkrap/

TANGGUH ROBOH, PPIM RUNDING SEMULA DENGAN DBKL - PPIM - 24/04/2022

Pantai Dalam: Hari ini PPIM telah membuat satu rundingan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu perobohan benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam kira-kira jam 9 pagi tadi.

Turut hadir, toqqi@Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM yang turun padang bagi membuat rundingan sewajarnya agar pihak DBKL tidak bertindak terburu-buru dalam usaha ingin merobohkan benteng tersebut.

"Kita tak salahkan DBKL sebab mereka hanya menjalankan tugas. Cuma kita minta supaya perkara ini dilihat semula. Mungkin ada yang kita terlepas pandang." Jelas beliau.

Walaubagaimana pun, hasil rundingan mendapati pihak DBKL telah pun menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam itu selama dua minggu.

Rata-rata Penduduk Flat Taman Pantai Dalam meluahkan rasa syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas operasi roboh dijadualkan hari ini namun ditangguhkan selepas surat aku janji membenarkan DBKL merobohkan tembok jjka gagal buat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Sumber lain: Wacana Kini

Thursday, March 24, 2022

BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAPURA ENERGY RAIH GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN TAPI SYARIKAT BAKAL BANKRAP - BERITA PERAK - 23/03/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd. meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM berkata, PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat itu.

“Seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat.

“Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ia sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, apakah menjadi satu dosa besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan walhal rakyat harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara yang mampu meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.

Menurutnya, amat mengejutkan apabila syarikat Sapura sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini diancam bankrap setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.

“Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung. Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.

“Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50 peratus daripada sahamnya,” ujarnya.


Artikel oleh: Berita Perak

BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAPURA ENERGY RAIH GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN TAPI SYARIKAT BAKAL BANKRAP

https://beritaperak.com/bekas-ketua-pegawai-eksekutif-sapura-energy-raih-gaji-lebih-rm17-juta-setahun-tapi-syarikat-bakal-bankrap/

BEKAS CEO SAPURA TERIMA GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN - KOSMO - 23/03/2022

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd. meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM berkata, PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat itu.

“Seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat.

“Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ia sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, apakah menjadi satu dosa besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan walhal rakyat harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara yang mampu meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.

Menurutnya, amat mengejutkan apabila syarikat Sapura sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini diancam bankrap setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.

“Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung. Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.

“Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50 peratus daripada sahamnya,” ujarnya.


Artikel oleh: Kosmo

BEKAS CEO SAPURA TERIMA GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN

https://www.kosmo.com.my/2022/03/23/bekas-ceo-sapura-terima-gaji-lebih-rm17juta-setahun/

Wednesday, March 23, 2022

ARTIKEL PILIHAN | PATRIOTISME: JANGAN KHIANATI PRODUK TEMPATAN - PPIM - 23/03/2022

Semangat patriotisme mampu membentuk sokong beli barangan tempatan. Rakyat Malaysia perlu semangat patriotisme kalau tidak kita, siapa lagi!

Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong membeli produk tempatan sehingga dikenali dunia sebagai produk berkualiti.

Rakyat Jepun bertindak membantu apa juga industri negara mereka termasuk industri automotif kerana mempunyai semangat patriotisme secara praktikal.

Pada permulaan Jepun menceburi bidang automotif, keluarannya tidak begitu tinggi mutunya namun sokongan rakyatnya yang patriotik menyebabkan industri itu dapat diperbaiki lagi.

Dalam pembuatan kereta mereka semakin lama semakin maju sehingga hari ini sampai ke tahap dikenali dunia sebagai negara yang keluarannya bermutu tinggi. Inilah hasil pengorbanan rakyat Jepun pada awalnya yang membeli barangan buatan mereka sendiri.

Orang Malaysia juga suka membeli kereta Jepun yang berkualiti walaupun harga lebih mahal dari Proton.

Jika rakyat Malaysia dapat mencontohi sikap patriotisme orang Jepun, kita akan membangun dan menjadi negara maju. Kalau kita sendiri tidak sokong bangsa kita, siapa lagi?

Jepun, Korea dan China yang mana mereka maju dengan pesat sebab kualiti budaya mereka.

Mereka kerja keras dengan menentukan hasil sebaik mungkin sehingga berjaya sebaik mungkin.

Itulah sampai hari ini, kita tidak jumpa kereta Austin, Morris di atas jalan raya hanya kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Geely.

Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat mulia, amanah dan jati diri serta nilai hidup untuk memulihkan dan membangunkan negara.

Orang Jepun malu sangat kalau gagal melaksanakan arahan dan matlamat. Tetapi orang Malaysia marah sebab tidak dapat sesuatu bantuan dari kerajaan.

Kakitangan dan pimpinan penjawat awam dan orang politik bertanggungjawab dengan berpegang pada budaya mulia dan menolak segala perbuatan rasuah. Kalau pemimpin kita  sering mengamalkan rasuah, negara akan hancur.

Patriotisme - Sayangi Malaysia,  Sayangi Produk Tempatan.

Artikel oleh: Hj Yann

GAJI RM200,000 SEHARI, GAJI MINIMA RM1,500 SEBULAN SATU DOSA BESAR! - KENYATAAN MEDIA PPIM - 23/03/2022

Apakah kita harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara ini yang mampu meraih gaji sebanyak RM200,000 sehari tetapi menjadi satu dosa yang besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima RM1,500 sebulan?

Amat mengejutkan apabila Sapura Energy, sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini sedang diancam kebankrapan setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.

Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung.

Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.

Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50% daripada sahamnya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius akan perkembangan korporat ini sebagai satu drama yang membuatkan rakyat marhaen terkesima lebih-lebih lagi apabila didedahkan pada 2018 Ketua Pegawai Eksekutifnya meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun atau lebih kurang RM200,000 sehari!

PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat ini di mana seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat!

Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ianya sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan.

JANGAN SALAH GUNA WANG RM10,000 KWSP, DAPATKAN NASIHAT KEWANGAN - KOSMO - 21/03/2022

 

Saudara Pengarang,

KIRA-KIRA dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini pastinya sedang mencongak untuk mengeluarkan wang maksimum RM10,000 selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.

Bagi yang terkesan, wang itu mungkin kurangkan beban.

Bagaimanapun, dalam keghairahan, pengguna diingatkan agar sentiasa berhemah dalam penggunaan wang tersebut selain hanya mengeluarkan amaun yang diperlukan serta tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan.

Setiap daripada kita memahami tekanan yang dihadapi rakyat, namun pada masa sama semua turut bimbang dengan sikap segelintir pengguna tidak berdisiplin dalam menguruskan kewangan sendiri.

Oleh itu, pencarum dinasihatkan agar mengeluarkan wang mengikut keperluan supaya jika berlaku kecemasan yang lain, mereka boleh membuat pengeluaran yang lain.

Kunjungilah mana-mana cawangan KWSP bagi mendapatkan khidmat nasihat pengeluaran sebelum tempoh permohonan dibuka supaya lebih faham situasi kewangan masing-masing.

Pencarum juga dinasihatkan agar tidak beremosi, bersikap terbuka dalam menerima nasihat pakar-pakar ekonomi dan membuat pilihan yang bijak demi kelangsungan hidup.

Elakkan berbelanja berlebihan untuk musim perayaan akan datang dan berbelanja secara sederhana untuk persiapan persekolahan adalah amalan yang baik, jika tiada keperluan mendesak, lebih elok wang itu disimpan untuk masa hadapan.

DATUK NADZIM JOHAN
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia


Artikel oleh: Kosmo

JANGAN SALAH GUNA WANG RM10,000 KWSP, DAPATKAN NASIHAT KEWANGAN

https://www.kosmo.com.my/2022/03/21/jangan-salah-guna-wang-rm10000-kwsp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jangan-salah-guna-wang-rm10000-kwsp

GRADUAN DITIPU IKLAN KERJA - KOSMO - 19/03/2022

 


Artikel oleh: Kosmo

GRADUAN DITIPU IKLAN KERJA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...