Showing posts with label RESTORAN ANIS PUTERI. Show all posts
Showing posts with label RESTORAN ANIS PUTERI. Show all posts

Friday, March 25, 2022

SYUKUR TANGGUH ROBOH, TERIMA KASIH DBKL - WACANAKINI - 24/03/2022

 

PANTAI DALAM – Pengusaha Restoran Anis Puteri, Rozita Mohamad, 53, meluahkan rasa syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam selama dua minggu.

Operasi roboh dijadualkan hari ini namun ditangguhkan selepas Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam menyerahkan surat aku janji membenarkan DBKL merobohkan tembok jjka gagal buat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Beliau berkata, benteng itu dibina atas tanah Pejabat Tanah Galian bersebelahan tanah pemaju Atrium berikutan banjir besar yang melanda Lembah Klang termasuk kawasan itu pada penghujung tahun lalu.

“Saya sudah menetap di kawasan ini sejak tahun 90 an dan pemilik asal tanah Carlton Holiday membenarkan saya untuk membuat parking bagaimanapun selepas 2012 diambil alih oleh Atrium, kebenaran itu ditarik balik.

“Silap saya kerana tidak memaklumkan atau menghantar surat kepada DBKL untuk membina benteng berkenaan.

“Ia dibuat kerana permintaan Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam yang bimbang melihat hakisan tanah yang keluar dari tanah pemaju itu dan menghalang lalu lintas kawasan berkenaan.

“Kos binaan itu lebih RM50,000 disumbangkan bagi membantu isu hakisan dan banjir kilat kawasan itu,” katanya kepada Wacanakini.com.

Pengusaha Restoran Anis Putri, Rozita (kiri sekali) bersama Toqqi dan wakil DBKL sedang teliti surat rayuan tangguh roboh.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Borang Selayang, Mohamad Pandu Insani Yahya, Ahli Jawatankuasa MPP Sub Son Lima Lembah Pantai Kamarulzaman dan Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam, Mohd Suhaimi Che Him.

Sementara itu, Mohd Suhaimi mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan DBKL yang mendengar luahan rakyat.

“Kami berharap benteng ini kekal kerana ia membantu penempatan rakyat tidak terjejas dek lumpur banjir setiap kali hujan.

“Benteng ini tidak menjejaskan tapak asal pemaju, jika pemaju ada rancangan pembangunan mungkin boleh dicantikkan dan kukuhkan terlebih dahulu kawasan ini bagi mengelakkan hakisan tanah,” katanya.

Artikel oleh: WacanaKini

SYUKUR TANGGUH ROBOH, TERIMA KASIH DBKL

https://www.wacanakini.com/2022/03/syukur-tangguh-roboh-terima-kasih-dbkl/

Saturday, August 28, 2021

5886) AKTIVITI | AGIHAN 250 PEK MAKANAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR - PPIM - 28/08/2021

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya satu Program Agihan Makanan oleh Restoran Anis Puteri Pantai Dalam & NGO (Iqra for Change) yang telah diselaraskan oleh wakil dari PPIM dan Persatuan Pasar Borong Selayang KL.

Sebanyak 250 bungkus Makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Monday, April 2, 2018

4434) ROZITA HAMPIR JADI PENCURI KERANA KEBULUR – MALAYSIA GAZETTE – 31/3/18



KUALA LUMPUR – Seorang penerima bantuan asnaf tidak menyangka kehidupannya berubah selepas merasai menjalani keperitan hidup dengan bekas suaminya.
Rozita Mohamad, 50, berkata, berkat kesabaran dan langkah berjimat mengatur perbelanjaan hasil daripada bantuan kewangan Baitulmal sebanyak RM2,000 serta hasil simpanan sendiri – dia kini menjadi tauke sebuah restoran di Pantai Dalam.
Beliau yang ditemui MalaysiaGazette dalam satu majlis anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam, Rozita berkata, kesenangan kehidupan yang dinikmati hari ini telah direncanakan Allah.
Menceritakan pengalamannya, Rozita yang berasal dari Kelantan merasai kehidupan susah ketika mengandung anaknya yang ketika itu baru lapan bulan.
Katanya, disebabkan kesempitan hidup, dia pernah terdetik mahu mencuri.
“Satu hari tu saya ada kesempatan untuk mencuri duit di cashier. Tapi saya dah tekad dalam hati saya, kalau dah ditulis saya mati kebulur, saya rela.
“Tapi namanya hendak mencuri tu tidak sekali. Saya hampir sikit lagi nak buat begitu tapi saya sabar,” katanya.
Menurut Rozita, dia ketika itu tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan punca rezekinya hanya menjual nasi lemak yang dibungkus dan dijual dengan harga 40 sen sebungkus.
“Makanan yang paling saya tak boleh lupa sampai sekarang semasa susah iaitu makan nasi dengan telur dadar dan budu. Air pula teh O. Itulah makanan paling sedap,” ujarnya.
Berkat doa yang tidak putus setiap hari, dia kemudiannya mendapat ilham memohon bantuan baitulmal di pejabat Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.
Dia kemudiannya menggunakan wang tersebut sebagai modal untuk berniaga makanan dan berkat cermat dalam menguruskan wang hasil daripada keuntungan jualan lauk pauk, dia kemudian mula membuka kedai sendiri.
Rozita yang juga seorang ibu tunggal kini sukses dengan membuka sebuah Restoran Anis Puteri di Pantai Dalam dengan jualan juadah sarapan pagi dan masakan makanan tengahari.
Restorannya sering mendapat tempahan untuk pelbagai majlis malah, turut dikunjungi ramai individu ternama.
Tambahnya, dia tidak pernah kesal dengan kehidupannya yang miskin sebelum ini malah mahu menjadikan semua pengalaman itu sebagai perangsang. – MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
ROZITA HAMPIR JADI PENCURI KERANA KEBULUR

Friday, March 30, 2018

4430) MAJLIS SILATURRAHIM PPIM & YPNM BERSAMA MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK – 30/3/18

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak media dan rakan strategik yang sentiasa memberi kerjasama dalam perjuangan dan pembangunan PPIM dan YPNM, kami telah menjemput wakil media dan rakan strategik bagi sama-sama menjayakan ‘Majlis Silaturrahim PPIM & YPNM Bersama Media dan Rakan Strategik’ yang sedang berlangsung di Restoran Anis Puteri, Pantai Dalam.
Anggaran 500 jemputan hadir dari pelbagai platform media cetak dan media digital bagi majlis yang julung-julung kali diadakan oleh PPIM & YPNM.












































PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL