Showing posts with label MANGSA KEBAKARAN. Show all posts
Showing posts with label MANGSA KEBAKARAN. Show all posts

Wednesday, March 24, 2021

5508) NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN - BERITA RTM - 23/03/2021

 


KUALA LUMPUR, 23 Mac - Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 17 Mac lepas mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan 50 kotak 'Infaq Rezeki' berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Artikel oleh: Berita RTM

NASIB PENIAGA TERJEJAS KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT DAPAT PERHATIAN

5507) PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT - ONE NEWS - 23/03/2021



Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur, pada 17 Mac lepas, mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menyerahkan 50 kotak ‘Infaq Rezeki’ berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar, dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Artikel oleh: One News

PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT

5506) BERITA PERDANA-PPIM HULUR BANTUAN-BANTU PENIAGA TERJEJAS - BERITA RTM - 23/03/2021


 

Tuesday, March 23, 2021

5503) AKTIVITI | PPIM TURUN PADANG ZIARAH MANGSA KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT - PPIM - 23/03/2021

Program yang berlangsung bagi meninjau lokasi kejadian kebakaran yang telah memusnahkan hampir 46 premis perniagaan pada 17 Mac lalu telah disempurnakan toqqi @ Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Bahagian Operasi Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) yang turut melawat pasar berkenaan juga menjelaskan bahawa antara usaha bagi membantu mangsa kebakaran yang terjejas adalah dengan melancarkan kempen dana kewangan yang turut sama dijayakan oleh sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd).

“Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam usaha menyumbang semula pembinaan premis yang terjejas sebelum ketibaan bulan ramadhan bagi menggiatkan semula usaha mata pencarian yang sememangnya menjadi rutin harian bagi setiap para peniaga dan penjaja di Pasar Dato Keramat itu.” - toqqi @ Nadzim Johan
Pada 17 Mac 2021, lebih 40 deretan kedai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar beberapa hari yang lalu namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Untuk menyumbang bagi membantu mangsa kebakaran yang terjejas, sila layari ke laman web sumbangan.com

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL