Monday, April 26, 2021

5608) PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK - ONE NEWS - 25/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, melancarkan portal khas ‘Mybeli.com.my’, dengan objektif menyatukan seluruh usahawan muslim dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Mybeli patuh syariah, dan mengutamakan barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

Mybeli hasil kerjasama PPIM dengan rakan strategiknya iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap usahawan bagi menyertai platform Mybeli.

Justeru, PPIM berharap ramai usahawan muslim mendaftar, ke arah mengukuhkan perniagaan dan ekonomi menerusi platform e-dagang.


Artikel oleh: One News

PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...