Wednesday, April 14, 2021

5541) BANK ISLAM SERAH ZAKAT RM180,000 KEPADA MAIPs - UTUSAN MALAYSIA - 12/04/2021

 


PADANG BESAR : Bank Islam Malaysia Bhd. menyerahkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM180,000 bagi tahun kewangan 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Hakim Padang Malau, Beseri di sini hari ini.

Penyerahan sumbangan zakat itu disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd Muazzam Mohamed kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor sambil disaksikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang berkenan berangkat pada majlis tersebut.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Program tersebut turut disekalikan dengan aktiviti hijrah minda MAIPs bilangan ke-13 bagi tahun 2021.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sumbangan pandemik Covid-19 Yayasan Pelindung Kesedaran dan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada pihak MAIPs.

Serentak dengan itu, MAIPs turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 30 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

BANK ISLAM SERAH ZAKAT RM180,000 KEPADA MAIPs

https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/bank-islam-serah-zakat-rm180000-kepada-maips/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...