Monday, April 26, 2021

5607) PPIM LANCAR PORTAL E-DAGANG - HARIAN METRO - 24/04/2021

 


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan portal MyBeli.com.my bagi membantu peniaga memasarkan produk masing-masing.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, portal ini satu pendekatan inklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan diri dalam perniagaan dalam talian bagi memperkukuhkan ekonomi masing-masing,

"Kita juga ingin menjadikan portal ini sebagai platform pertama yang mendaftarkan peniaga Islam yang mesra Muslim serta portal yang mematuhi syariah.

"Selain mematuhi syariah, portal yang kita wujudkan ini juga dapat membantu peniaga kecil dengan adanya kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya, ketika berucap di Majlis Pelancaran E-dagang MyBeli, di Wisma Perkeso, Kampung Baru, di sini, hari ini.

Menurutnya, biasanya peniaga kecil ini sering berdepan masalah, jadi menerusi kerjasama bersama Perkeso, perniagaan mereka akan lebih terjamin.

Katanya, mereka mensasarkan lebih lapan juta pengguna akan mengakses portal ini berbanding kerjasama yang pernah dijalankan bersama Perkeso sebelum ini.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM LANCAR PORTAL E-DAGANG

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/698621/ppim-lancar-portal-e-dagang

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL