Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengagihkan 500 kotak barangan asas kepada anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sumbangan dilakukan adalah bagi menghargai jasa anggota APM yang sentiasa sedia berkhidmat kepada masyarakat.
"Didalam kotak Infaq Rezeki ini terdapat 13 barang keperluan asas antaranya minyak masak, gula, garam dan beberapa barangan lain.
"Sebanyak 25,000 kotak akan diagihkan sepanjang Ramadan ini di beberapa lokasi di seluruh negara," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kotak Infaq Rezeki di APM Wilaya Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak.
"Di Kuala Lumpur pegawai tetap hanyalah kira-kira 50, selebihnya adalah anggota sukarela sama ada bersekutu dan kehormat.
"Jadi tidak banyak yang kami boleh bantu. APM Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang membantu anggota-anggota sukarela ini," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
APM TERIMA 500 KOTAK INFAQ REZEKI
No comments:
Post a Comment