KUALA LUMPUR, 16 April 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan keras dan melakukan siasatan menyeluruh terhadap perilaku tidak berperikemanusiaan individu yang memukul dua orang pengawal peribadi baru-baru ini.
“Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merasa amat terkilan dan marah dengan tindakan yang telah dilakukan oleh individu terbabit. Tindakan memukul, merotan dan mengacu pistol kepada dua orang pekerja yang sedang menjalani ibadah puasa adalah sangat tidak munasabah dan biadap.”
PPIM juga meluahkan kebimbangan berlakunya perbalahan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei sekiranya kes ini tidak ditangani dengan segera.
“PPIM menentang keras terhadap tindakan ini yang secara tidak langsung telah mewujudkan kemarahan orang Islam dan kami juga bimbang akan berlaku kemudaratan sekiranya tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa. Kami bimbang jika perbalahan antara kaum ini terjadi jika perkara ini tidak ditangani dengan segera. Apakah perlu anak-anak bangsa kita melihat sejarah 13 Mei berulang?” kata NGO itu dalam kenyataan akhbar mereka.
Oleh itu, PPIM berharap agar individu terbabit diambil tindakan dan diberikan hukuman setimpal supaya tiada lagi pihak yang berani mencetuskan isu keagamaan dan perkauman seperti ini di masa hadapan.
“Dengan ini, PPIM berharap agar agar individu terbabit diambil tindakan dan diberikan hukuman setimpal supaya tiada lagi pihak yang berani mencetuskan isu keagamaan dan perkauman seperti ini di masa hadapan. Sampai bila kita harus memperjudikan keamanan negara kita dengan sentimen keagamaan dari individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini.”
Menyifatkan perbuatan keji memukul pekerja yang menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim itu sebagai pencerobohan serius terhadap sistem kepercayaan peribadi seseorang, PPIM berikrar, NGO itu akan berterusan membela hak dan maruah mereka yang ditindas.
“Perbuatan keji ini adalah satu pencerobohan serius terhadap sistem kepercayaan peribadi seseorang apatah lagi di negara kita yang dikatakan sebagai sebuah negara demokrasi.”
“PPIM akan berterusan membela hak dan maruah mereka yang ditindas. Masyarakat harus diberi peringatan dan menjadi pengajaran agar perkara ini tidak akan berulang lagi.”
Artikel oleh: Samudera.my
BELASAH PENGAWAL PERIBADI: PPIM MAHU PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN KERAS
https://www.samudera.my/belasah-pengawal-peribadi-ppim-mahu-pihak-berkuasa-ambil-tindakan-keras/
No comments:
Post a Comment