Saturday, April 17, 2021

5568) PPIM DESAK TINDAKAN LEBIH TEGAS TANGANI ISU GUGAT PERPADUAN RAKYAT - WACANA - 16/04/2021

 


KUALA LUMPUR, 16 Apr — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa untuk bertindak tegas dalam menangani isu yang semakin mencabar kedaulatan negara.

Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan berkata isu terkini yang berlaku semakin mendesak tindakan dari umat Islam di negara ini.

“Masalah pemilikan pistol, nama Ketua Polis Negara, penghinaan terhadap perlembagaan negara, penghinaan terhadap agama dan bangsa semuanya semakin runcing,” katanya.

Tambah Nadzim, PPIM bersama rakan NGO lain seperti Perkid, Percamas, Yayasan Patriot dan lain-lain NGO Islam lain tidak berniat menyerang dan merusuh kerana perkara ini.

“Kita disini mahu mencari penyelesaian terbaik, bukan memburukkan keadaan, jika ada yang mahu lebih memahami Islam, datang berjumpa kami,” katanya.

Selain itu, Nadzim turut menggesa Jawatankuasa yang diwakili Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis, tentera, NGO-NGO berkaitan, termasuk agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) untuk sama-sama memerangani masalah ini.

“Kita bukan nak puji negara Amerika tetapi dahulu, mereka menggunakan Jabatan Cukai mereka IRS untuk menghidu kegiatan mafia dan menghapuskannya, kita boleh contohi mereka,” katanya.

Sementara itu Presiden Perkid, Masridzi Sat berkata umat Islam di negara ini sudah lama bersabar dengan situasi melanda negara.

“Kes terbaru yang berlaku hanya kerana saudara kita berpuasa, bukannya mereka melakukan jenayah besar diperlakukan begitu, mereka berpuasa,” tegasnya.

Tambah Masridzi sudah bertimpa-timpa masalah dinegara ini dari kes arwah Adib anggota Bomba yang meninggal ketika rusuhan di Kuil di Puchong tiga tahun lalu.

“Kes Adib, kes LTTE, kes liberal mencabar umat Islam semuanya masih belum selesai kini ditambah dengan kes penghinaan sebegini rupa,” katanya.

Apa tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam ialah bagaimana suspek menghina Allah dan mencabar dengan mengugut mangsa sambil memperkecilkan Allah.

“Inilah punca mengapa umat Islan berkata kita telah hilang kuasa di negara ini,  kemarahan umat Islam kini melangkaui masalah jenayah ugut dan mencederakan, pelaku ini menghina Islam,” tegasnya.


Artikel oleh: Wacana.my

PPIM DESAK TINDAKAN LEBIH TEGAS TANGANI ISU GUGAT PERPADUAN RAKYAT 

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL