KUALA LUMPUR, 13 April — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terus memantau dan memastikan harga barangan keperluan terkawal menjelang Ramadan dan Perayaan Aidilfitri akan datang.
Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan memberitahu Wacana.my setakat dua minggu akhir ini pihaknya masih membuat tinjauan di kedai runcit dan kedai tumpuan pengguna bagi melihat sendiri harga barangan asas.
“Kami dapati harga barangan asas masih terkawal, namun kami pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas pelbagai alasan seperti COVID-19, musim perayaan dan sebagainya,” katanya.
Antara barangan di dalam pemantauan PPIM adalah bawang merah, halia, cili kering, bunga kantan, daun kunyit, serai, sayuran segar, ayam dan daging.
“Kami berharap KPDNHEP akan terus memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan musim perayaan kali ini memandangkan rakyat masih terkesan dengan ekonomi ketika Covid19,” katanya.
Artikel oleh: Wacana
PPIM MAHU KPDNHEP TERUS PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN
No comments:
Post a Comment