Showing posts with label HARGA BARANG. Show all posts
Showing posts with label HARGA BARANG. Show all posts

Wednesday, April 14, 2021

5542) PPIM MAHU KPDNHEP TERUS PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN - WACANA.MY - 13/04/2021

 


KUALA LUMPUR, 13 April — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan melalui  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terus memantau dan memastikan harga barangan keperluan terkawal menjelang Ramadan dan Perayaan Aidilfitri akan datang.

Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan memberitahu Wacana.my setakat dua minggu akhir ini pihaknya masih membuat tinjauan di kedai runcit dan kedai tumpuan pengguna bagi melihat sendiri harga barangan asas.

“Kami dapati harga barangan asas masih terkawal, namun kami pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas pelbagai alasan seperti COVID-19, musim perayaan dan sebagainya,” katanya.

Antara barangan di dalam pemantauan PPIM adalah bawang merah, halia, cili kering, bunga kantan, daun kunyit, serai, sayuran segar, ayam dan daging.

“Kami berharap KPDNHEP akan terus memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan musim perayaan kali ini memandangkan rakyat masih terkesan dengan ekonomi ketika Covid19,” katanya.


Artikel oleh: Wacana

PPIM MAHU KPDNHEP TERUS PANTAU HARGA BARANG KEPERLUAN


Tuesday, March 16, 2021

5477) #LIVE BIZ MALAYSIA EDISI 15 MAC 2021 (ISNIN) - BIZ MALAYSIA - 15/03/2021

 


Biz Malaysia dalam Segmen Bual Biz hari ini membawa tajuk "HARGA BARANG: TERBELAKAH HAK PENGGUNA?" Bersama : DATUK NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguan Islam Malaysia PPIM Saksikan Biz Malaysia setiap hari Isnin hingga Jumaat di Saluran Berita RTM bersiaran pada pukul 3:30 petang hingga 4:00 petang. 'Yang sahih di Berita RTM'


Artikel oleh: Biz Malaysia

#LIVE BIZ MALAYSIA EDISI 15 MAC 2021 (ISNIN)


Tuesday, August 4, 2020

5167) SYOR OPERASI BERKALA PANTAU HARGA KEDAI ACEH - UTUSAN MALAYSIA - 04/08/2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melaksanakan pemeriksaan berkala di kedai-kedai runcit milik warga asing bagi menangani isu kenaikan harga barang secara melampau.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kementerian juga perlu mencari mekanisme lain bagi menangani isu harga barang yang menjadi dilema antara pengguna, peruncit serta pemborong yang mana isu itu tidak pernah berkesudahan.

"Operasi perlu dilakukan secara bersama dengan agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.

"Dalam masa sama perlu ikut kapasiti agensi supaya mereka juga tidak terbeban," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan adanya operasi seperti itu, peniaga ingkar sudah pasti lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Jacob George berkata, isu kenaikan perlu diselesaikan di peringkat bekalan dan bukan hanya pada peruncit serta peniaga semata-mata.


Artikel oleh: Utusan Malaysia 

SYOR OPERASI BERKALA PANTAU HARGA KEDAI ACEH

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL