Saturday, September 19, 2026
Monday, September 14, 2026
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 12/09/2026
Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah menganjurkan Sambutan Hari Malaysia 2026 pada Sabtu, 12 September 2026 dengan tema “Saya Anak Malaysia”.
Pelbagai aktiviti menarik dan permainan sukaneka telah diadakan antaranya cangkok helmet, tarik upeh, tarik tali dan kuiz patriotik. Hadiah turut disediakan untuk kanak-kanak.
Program turut diserikan dengan nyanyian Sejahtera Malaysia secara beramai-ramai, deklamasi sajak patriotik serta demonstrasi kesedaran memadam kebakaran oleh Abam Bomba KL.
Selain itu, Chef Liza turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan hasil kebun seperti nangka dan daun moringa.
Sambutan turut dihadiri komuniti kondo, ahli PPIM serta rakan-rakan KBVP dan dimeriahkan dengan hidangan makanan serta minuman untuk para tetamu.
Team KBVP mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2026.
Saturday, September 5, 2026
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 29/08/2026
Sempena Sambutan Hari Merdeka Ke-69, Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP), Kuala Lumpur telah menganjurkan sambutan kemerdekaan pada Sabtu, 29 Ogos 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik dan permainan tradisional telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya tarik tali, tarik upeh, kuiz patriotik, tiup belon, lari gigit guli, gigit keropok dan lari guni. Acara turut diserikan dengan hadiah menarik khususnya untuk kanak-kanak.
Sambutan turut dimeriahkan dengan jamuan BBQ yang menyediakan kambing, ayam organik, ikan serta pelbagai juadah dan kuih-muih untuk dinikmati bersama.
Program ini turut melibatkan komuniti kondo, ahli PPIM serta rakan-rakan KBVP dalam suasana penuh kemeriahan, semangat kekitaan dan patriotisme.
Team KBVP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta menyumbang makanan dan hadiah bagi menjayakan sambutan ini.
PERJUANGAN KAMI



.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)



.jpeg)








.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)







