Showing posts with label LAWATAN. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts

Friday, June 19, 2026

AKTIVITI | LAWATAN TAPAK MAIWP KE KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 19/06/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima kunjungan lawatan tapak daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Kebun Bandar Villa Puteri.

Agenda utama lawatan tersebut adalah untuk:

  • Meninjau perkembangan aktiviti pertanian komuniti.
  • Meneroka potensi pembangunan projek.
  • Memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama komuniti setempat.

Tuesday, June 9, 2026

AKTIVITI | LAWATAN TAPAK JABATAN PERTANIAN KE KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 09/06/2026

Kebun Bandar Villa Puteri telah menerima lawatan tapak daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pertanian Bandar, Tn Mohd Iskandar Jalawan.

Lawatan telah disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi. Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bahagian Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21 KL).

Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan dan pelaksanaan aktiviti pertanian bandar di Kebun Bandar Villa Puteri serta melihat potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan sektor pertanian bandar. Sesi perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan keterjaminan makanan, kelestarian alam sekitar serta penglibatan komuniti melalui program pertanian bandar yang mampan.

Tuesday, June 2, 2026

AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE THE GREEN FACTORY - PPIM - 02/06/2026

Lawatan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ke The Green Factory, Kampung Baru Ampang.

The Green Factory merupakan pusat pengeluaran produk kayu mampan buatan Malaysia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah.

Thursday, February 12, 2026

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE HIJAU ENERGY BERHAD (HEB) - PPIM - 11/02/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan lawatan ke Hijau Energy Berhad (HEB) bagi meninjau teknologi tenaga yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Dalam sesi taklimat, HEB memperkenalkan Hijau Energy Generator (HEG), iaitu sebuah penjana yang dikatakan mampu menghasilkan tenaga elektrik menerusi teknologi tersendiri.

Menurut pihak syarikat, HEG berupaya menjana elektrik tanpa menggunakan sumber tenaga konvensional seperti solar, minyak fosil, gas, hidrogen atau reaktor nuklear.

Friday, January 30, 2026

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MAQIS - PPIM - 30/01/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, dan lawatan disambut baik oleh Timbalan Pengarah MAQIS, Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar.

Monday, November 3, 2025

AKTIVITI | LAWATAN KE PUSAT RAUDHOH TAHFIZ AL-QURAN - PPIM - 02/11/2025

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, telah mengadakan lawatan ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al-Quran yang terletak di Hulu Langat.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL