Sumber: Berita RTM
BERITA TENGAH MALAM | YAKEB SEDIA BANTU HABIBULLAH
Sumber: Berita RTM
BERITA TENGAH MALAM | YAKEB SEDIA BANTU HABIBULLAH
Bekas atlet kebangsaan yang menerima bantuan menerusi Program Bingkisan Aidilfitri anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa syukur kerana kebajikan mereka masih dijaga meskipun telah bersara dalam arena sukan.
Artikel oleh: Astro Awani
BANTUAN | BEKAS ATLET TERHARU, BERTERIMA KASIH
KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) -- The 'Bingkisan Aidilfitri' Programme aims to help 650 former national athletes in need, in appreciation of their services for bringing glory to the country.
Organised by the Malaysian Islamic Economic Development Foundation (YaPEIM) together with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), a total of RM65,000 is allocated for the programme which will be translated into cash assistance and Raya biscuits.
YaPEIM Board of Trustees chairman Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid said the aid would be distributed through two sessions with the first session involving 150 recipients in Kuala Lumpur, while the second session was for recipients outside Kuala Lumpur.
He said this at a press conference after the Bingkisan Aidilfitri Ceremony for Former National Athletes here today.
The initiative also has the cooperation of the National Athletes Welfare Foundation (YAKEB) which acts as the organiser to gather former national athletes in need.
Meanwhile, former national lawn bowls athlete, Halimah Hassan, 60, was grateful that she was still remembered and appreciated despite having retired in 2014.
Former national archer Siti Aisah Sudin, 56, called on former athletes who have not joined YAKEB to do so, so that their welfare will be taken care of, apart from not missing out on various activities planned by the foundation.
Article by: BERNAMA
'BINGKISAN AIDILFITRI' AIMS TO HELP 650 FORMER NATIONAL ATHLETES
Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bersedia memberi bantuan serta merta kepada pelumba supermoto dan motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali Gabit, yang kini berdepan ujian besar apabila disahkan menghidap kanser hidung tahap empat.
Biarpun Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) tidak bernaung di bawah Yakeb, ia bukan masalah untuk pihak berkenaan tampil membantu atlet yang menjadi wira negara.
Bagaimanapun, Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, beliau memerlukan maklumat terperinci berhubung situasi Gabit ketika ini bagi memudahkan urusan menyalurkan bantuan.
"Kami akan cuba bantu atlet berkenaan. Walaupun mereka belum berdaftar dengan kami, kami akan tetap bantu sebab mereka adalah wira negara.
"Asal kita tahu dia bekas atlet negara, kita akan bantu serta merta," katanya.
Gabit yang juga juara dua kali SuperMoto Asia FIM itu disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Disember tahun lalu dan kini sudah menjalani 33 kali rawatan radioterapi dan tujuh kali rawatan kemoterapi.
Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan rawatan radioterapi ke-33, kelmarin dan perlu berehat selama enam bulan bagi memantau tahap kesihatannya.
Terdahulu, Noorul memaklumkan satu perbincangan diadakan bersama MAM, bulan lalu dalam usaha untuk mendaftarkan atlet di bawah persatuan itu di bawah Yakeb.
Memandangkan sukan permotoran bukan sukan teras, Yakeb memerlukan bantuan MAM untuk mentakrifkan senarai kejohanan boleh diklasifikasikan seperti sukan teras yang bermula dari Sukan Sea sehingga ke temasya Olimpik.
"Ketika ini, saya mendapat makluman beberapa atlet permotoran mengalami masalah kesihatan dan lumpuh.
"Kami mahu mereka dapat kemudahan yang diperolehi ahli sekarang," katanya.
Hasrat untuk membolehkan atlet sukan permotoran menyertai Yakeb bukan satu perkara baharu.
Ia mula dibangkitkan sejak 2020 yang menyaksikan yayasan itu menjadi perantara bagi pertemuan antara bekas juara rali dunia, Karamjit Singh dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Terdahulu, Yakeb dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif membantu kumpulan bekas atlet kebangsaan menerusi bantuan tunai dan bingkisan Aidilfitri.
Sumbangan berupa biskut raya bernilai RM100 dan wang tunai RM100 akan disalurkan kepada 150 bekas atlet di seluruh negara.
Seramai 25 atlet menerima sumbangan yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan serta Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed.
Artikel oleh: Harian Metro
YAKEB SEDIA BANTU GABIT
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2022/04/832752/yakeb-sedia-bantu-gabit
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Program Bingkisan Aidilfitri sasar bantu seramai 650 bekas atlet kebangsaan yang memerlukan, sebagai antara langkah menghargai jasa mereka yang banyak mengharumkan nama negara sebelum ini.
Dianjur Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sebanyak RM65,000 diperuntukkan untuk program berkenaan yang akan diterjemah dalam bentuk bantuan wang tunai dan biskut raya.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata bantuan itu, akan diagih melalui dua sesi dengan sesi pertama melibatkan 150 penerima di Kuala Lumpur, manakala sesi kedua bagi penerima yang berada di luar Kuala Lumpur.
Bercakap pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri Kepada Bekas Atlet Kebangsaan di sini, hari ini beliau berkata inisiatif berkenaan turut mendapat kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang bertindak sebagai pengelola, bagi mengumpulkan bekas atlet kebangsaan yang memerlukan.
Dalam pada itu, antara penerima bantuan bekas pemain boling padang negara, Halimah Hassan, 60, bersyukur apabila dirinya masih diingati dan dihargai walaupun telah bersara.
"Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat. Walaupun sudah bersara jadi atlet, masih lagi dihargai dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menyumbang," katanya yang telah bersara pada tahun 2014 kepada pemberita.
Sementara itu, bekas atlet memanah negara Siti Aisah Sudin, 56, pula menyeru bekas atlet yang belum menyertai YAKEB untuk berbuat demikian, supaya soal kebajikan mereka terjaga selain tidak terlepas daripada pelbagai aktiviti direncana yayasan berkenaan.
Artikel oleh: BERNAMA
PROGRAM BINGKISAN AIDILFITRI SASAR BANTU 650 BEKAS ATLET MEMERLUKAN
KUALA LUMPUR : Seramai 650 bekas atlet kebangsaan menerima bantuan menerusi Program Bingkisan Aidilfitri anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, inisiatif program ini diadakan khusus bagi membantu bekas-bekas atlet kebangsaan di seluruh negara yang sedang berdepan kesukaran
Menurut beliau, program yang dilaksanakan itu juga merupakan sebahagian daripada Program Inspirasi Qaseh Ramadan Raya YaPEIM yang memanfaatkan golongan asnaf dan B40 serta mereka yang memerlukan bantuan sepanjang Ramadan.
"Secara keseluruhannya bantuan itu memperuntukan sebanyak RM65,000 dengan bantuan wang tunai dan Bingkisan Aidilfitri berupa biskut raya akan diberikan.
“Usaha dan bantuan ini bagi mengenang serta menghargai jasa bekas atlet-atlet kebangsaan yang banyak mengharumkan nama negara yang mana kini mereka hidup dalam serba kekurangan dan kurang bernasib baik.
"Semoga sumbangan yang diagihkan ini diharap dapat meringankan beban bekas atlet dan memberi sedikit keceriaan buat mereka pada Ramadan kali ini, katanya kepada wartawan selepas menyerahkan sumbangan Bingkisan Aidilfitri di Wisma Perkeso di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed serta Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Menurut Mohd Redza, bantuan itu akan diagihkan melalui dua sesi iaitu sesi pertama membabitkan seramai 150 orang daripada jumlah keseluruhan penerima dengan bantuan Bingkisan Aidilfitri berupa biskut raya dan wang tunai RM100.
Sementara bagi sesi kedua pula akan diberikan kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur dengan bantuan yang sama.
Sumbangan ini, jelasnya, turut mendapat kerjasama Yakeb yang bertindak sebagai pengelola bagi mengumpulkan bekas atlet kebangsaan untuk hadir menerima sumbangan.
Sementara itu, beberapa bekas atlet yang menerima bantuan menzahirkan rasa syukur kerana kebajikan mereka masih dijaga meskipun telah bersara dalam arena sukan.
Azizah Taib, 54, yang juga bekas atlet lontar peluru paralimpik berasa sangat terharu dengan bantuan yang diterima yang sedikit sebanyak dapat membantunya dalam kehidupan seharian.
"Alhamdulillah memang Yakeb tidak pernah lepas tangan terhadap kebajikan bekas-bekas atlet. Saya bersyukur kerana setiap tahun akan dipanggil. Terima kasih banyak kepada Yakeb yang tak pernah lupa kepada para atlet meskipun kita macam terpinggir," luahnya.
Bagi bekas atlet memanah, Siti Aisah Sudin, 56, pula dia menyeru agar lebih ramai bekas atlet menyertai Yakeb kerana yayasan itu amat prihatin dengan kebajikan ahli-ahlinya.
Selepas bersara dari dunia sukan, Siti Aisah tidak menunggu lama untuk menyertai Yakeb dan dia amat gembira dengan keprihatinan yayasan itu.
"Alhamdulillah bersyukur. Saya selepas bersara dari dunia sukan, saya sertai Yakeb dan setakat hari ini Yakeb tidak pernah melupakan ahli-ahlinya.
"Saya seru kepada bekas-bekas atlet kerana masih ramai lagi tak menyertai Yakeb kerana Yakeb akan menjaga kebajikan para atletnya," katanya.
Manakala, Halimah Hassan, 60, bekas atlet bola boling padang paralimpik turut berasa terharu dengan sumbangan yang diberikan dan berasa sangat dihargai kerana jasanya dikenang. "Tak tahu nak cakap macam mana, sebab walaupun sudah berhenti jadi atlet tapi masih lagi dihargai. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menyumbang," kata Halimah.
Artikel oleh: Astro Awani
650 BEKAS ATLET TERIMA BANTUAN DARIPADA YAPEIM, PPIM
Sumber: Buletin TV3
YAKEB: ATLET TERJEJAS PENDAPATAN TERIMA BANTUAN | BULETIN UTAMA
KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sedia menghulurkan bantuan serta-merta kepada pelumba supermoto dan motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh yang disahkan menghidap kanser hidung tahap empat.
Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata biarpun Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bukan ahli yayasan itu, ia bukan masalah buat pihaknya untuk memberikan bantuan kepada pelumba yang menjadi wira negara.
Katanya, beliau memerlukan maklumat terperinci berhubung dengan situasi Habibullah atau lebih dikenali Gabit ketika ini bagi memudahkan urusan bantuan disalurkan.
"Kami akan cuba bantu atlet berkenaan. Walaupun mereka belum berdaftar dengan kami, kami akan tetap bantu sebab mereka juga wira negara. Asal kita tahu dia bekas atlet negara, kita akan bantu serta merta," katanya.
Mengulas lanjut, Noorul memberitahu satu perbincangan sudah diadakan bersama MAM bulan lalu bagi mendaftarkan atlet di bawah persatuan itu menjadi ahli YAKEB.
Katanya, YAKEB memerlukan bantuan MAM untuk mentakrifkan senarai kejohanan yang boleh diklasifikasikan seperti sukan teras yang bermula dari Sukan SEA sehingga ke temasya Olimpik.
Terdahulu, YAKEB dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif membantu kumpulan bekas atlet kebangsaan menerusi bantuan tunai dan bingkisan Aidilfitri.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Berita Harian
YAKEB SEDIA BANTU GABIT
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/04/946594/yakeb-sedia-bantu-gabit
KUALA LUMPUR - Program Bingkisan Aidilfitri sasar bantu seramai 650 bekas atlet kebangsaan yang memerlukan, sebagai antara langkah menghargai jasa mereka yang banyak mengharumkan nama negara sebelum ini.
Dianjur Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sebanyak RM65,000 diperuntukkan untuk program berkenaan yang akan diterjemah dalam bentuk bantuan wang tunai dan biskut raya.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, bantuan itu akan diagih melalui dua sesi dengan sesi pertama melibatkan 150 penerima di Kuala Lumpur manakala sesi kedua bagi penerima yang berada di luar Kuala Lumpur.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri Kepada Bekas Atlet Kebangsaan di sini, pada Sabtu beliau berkata, inisiatif berkenaan turut mendapat kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang bertindak sebagai pengelola, bagi mengumpulkan bekas atlet kebangsaan yang memerlukan.
Dalam pada itu, antara penerima bantuan bekas pemain boling padang negara, Halimah Hassan, 60, bersyukur apabila dirinya masih diingati dan dihargai walaupun telah bersara.
"Alhamdulillah saya rasa bersyukur sangat. Walaupun sudah bersara jadi atlet, masih lagi dihargai dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menyumbang,” katanya yang telah bersara pada tahun 2014 kepada pemberita.
Sementara itu, bekas atlet memanah negara Siti Aisah Sudin, 56, pula menyeru bekas atlet yang belum menyertai YAKEB untuk berbuat demikian, supaya soal kebajikan mereka terjaga selain tidak terlepas daripada pelbagai aktiviti direncana yayasan berkenaan. - Bernama
Artikel oleh: Sinar Harian
PROGRAM BINGKISAN AIDILFITRI SASAR BANTU 650 BEKAS ATLET KEBANGSAAN
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyasarkan seramai 650 bekas atlet kebangsaan dalam menerima bantuan Aidilfitri bernilai RM65,000.
Kesemua penerima terdiri daripada kategori B40, golongan asnaf serta mereka yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, program sumbangan ini dianjurkan sebagai mengenang dan menghargai jasa bekas atlet-atlet kebangsaan yang banyak mengharumkan nama negara.
“Kita adakan program sebegini untuk bantu bekas atlet negara yang hidup dalam keadaan serba kekurangan selain mengenang jasa mereka yang telah mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
“Seramai 650 bekas atlet menjadi sasaran YaPIEM untuk dibantu melibatkan 500 penerima akan menerima bantuan Bingkisan Aidilfitri berupa biskut raya bernilai RM100, manakala 150 bekas atlet lain akan menerima bantuan tunai RM100.
“Sumbangan ini turut mendapat kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang bertindak sebagai pengelola bagi mengumpul bekas atlet kebangsaan yang hadir untuk menerima sumbangan hari ini,” katanya ketika berucap di Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri bersama bekas atlet kebangsaan di sini hari ini.
“Setakat hari ini, kita telah kenal pasti seramai 150 bekas atlet untuk diberikan sumbangan dan di program hari ini, hanya 25 atlet yang hadir, berbaki 125 atlet lagi kita akan salurkan bantuan kemudian,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memaklumkan menjadi satu keperluan utama untuk memastikan kebajikan para atlet mahupun bekas atlet terus terbela selari dengan jasa dan pengorbanan mereka dalam mengharumkan nama negara.
“Sepatutnya perlu ada satu peruntukan khas untuk sentiasa bantu bekas atlet kebangsaan ini terutamanya dari segi kebajikan agar tidak timbul isu mengenai mereka hidup susah selepas bersara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
YAPEIM, PPIM SALUR BANTUAN AIDILFIRI KEPADA 650 BEKAS ATLET KEBANGSAAN
Alhamdulillah!
Telah berlangsungnya Majlis Sumbangan Bingkisan Aidilfitri Kepada Bekas Atlet Kebangsaan anjuran PPIM & YaPEIM kira-kira jam 11 pagi tadi.Turut hadir Toqqi, Ketua Aktivis PPIM, YBhg. Dato Mohd Redza Shah, Pengerusi YaPEIM, dan YBhg. Dato Hj Noorul Ariffin bagi memberikan sumbangan kepada seramai 25 orang bekas atlet kebangsaan yang hadir di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para bekas atlet kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringkan beban & membawa keceriaan kepada mereka.






