Showing posts with label ASTRO AWANI. Show all posts
Showing posts with label ASTRO AWANI. Show all posts

Saturday, December 20, 2025

PPIM MOHON BANTUAN PM ANWAR MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH - ASTRO AWANI - 18/12/2025

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

"Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan...sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang perlu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha untuk menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur.

"Kita tidak ada keupayaan untuk bergerak bersendirian. Kerjasama semua pihak amat penting supaya semua bantuan dapat disalurkan dengan baik. Dimaklumkan juga terdapat kira-kira 500 tan bantuan yang masih tersekat," katanya.

Nadzim berkata PPIM bimbang sekiranya bantuan dihantar tanpa prosedur yang jelas, ia berisiko tidak sampai kepada sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna serta boleh menimbulkan laporan tidak tepat serta memberi kesan negatif kepada usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan.

Aceh dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ribuan penduduk terjejas, kemusnahan kediaman serta gangguan bekalan asas, sekali gus mencetuskan keperluan mendesak terhadap bantuan makanan dan keperluan harian.

-- BERNAMA

Artikel oleh: Astro Awani

PPIM MOHON BANTUAN PM ANWAR MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-mohon-bantuan-pm-anwar-mudahkan-penyaluran-bantuan-kemanusiaan-ke-aceh-552248 

Tuesday, August 5, 2025

'JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA' - ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA - ASTRO AWANI - 01/08/2025

PENGUMUMAN hasil siasatan rasmi berkenaan insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini amat mengecewakan bagi ramai pihak. Lebih menjengkelkan ialah bagaimana pengumuman tersebut meletakkan punca kejadian kepada pergerakan tanah, seolah-olah masalah ini berlaku secara semula jadi tanpa sebarang kaitan dengan pembangunan manusia. Tiada penerangan lanjut tentang apa yang menyebabkan tanah itu bergerak. Tiada analisis yang dikongsikan secara mendalam tentang faktor-faktor sekeliling. Dan tiada kebertanggungjawaban konkrit daripada pihak-pihak yang terlibat.

Bagi penduduk yang terkesan, yang telah melalui saat-saat ngeri dan kehilangan tempat tinggal, adalah wajar mereka menuntut penjelasan – bukan sahaja mengenai apa yang berlaku, tetapi juga siapa yang akan bertanggungjawab untuk memulihkan semula kehidupan mereka. Namun, di sebalik pelbagai reaksi terhadap cara siasatan itu diumumkan dan soalan-soalan yang tidak dijawab berkenaan kerja-kerja di sekitar kawasan paip gas, beberapa isu penting nampaknya terus disisihkan dari perbincangan umum.

Antara yang paling membimbangkan ialah bagaimana pembangunan boleh diluluskan dengan begitu hampir kepada kawasan infrastruktur kritikal seperti paip gas, pencawang atau menara elektrik, lebuhraya bertingkat atau landasan LRT . Apakah pertimbangan keselamatan telah diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan? Apakah pemaju telah membuat analisis impak jangka panjang? Atau adakah semua proses ini hanya bersandarkan kelulusan teknikal tanpa melihat kepada risiko sebenar terhadap komuniti sekeliling?

Lebih mengecewakan, ramai pembeli rumah mendakwa mereka tidak dimaklumkan langsung tentang kewujudan paip gas ini semasa proses jual beli. Ini bukan perkara remeh. Ini adalah soal hak. Pembeli berhak tahu jika hartanah yang mereka beli terletak bersebelahan dengan infrastruktur berisiko tinggi. Jika perkara asas seperti ini pun tidak didedahkan, bagaimana mereka boleh membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna?

Selain itu, timbul pula isu pelaksanaan kerja-kerja pemulihan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan rancangan untuk membina semula rumah-rumah yang musnah dengan dana kerajaan dan sumbangan daripada pemilik infrastruktur berkenaan. Namun, sudah berbulan-bulan berlalu dan kerja-kerja masih belum berjalan lancar, khususnya di Taman Putra Harmoni. Beberapa kenalan saya yang tinggal di kawasan tersebut meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan yang masih tidak menentu. Mereka masih tidak tahu apakah langkah seterusnya, dan komunikasi efektif dengan pihak bertanggungjawab hampir tidak wujud.

Apa yang lebih menghairankan, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pemulihan ini merupakan kontraktor yang dilantik oleh pemaju asal – iaitu pihak yang sama yang didakwa gagal memaklumkan tentang kehadiran paip gas sejak awal lagi. Dan kini, pihak pemaju berkenaan telah diberi mandat oleh KPKT, untuk membina semula rumah-rumah mangsa dengan dana yang disebutkan tadi. Malah, ada penduduk yang mengalami kerosakan sepenuhnya kepada rumah mereka, juga mendakwa ada di antara mereka yang dimaklumkan bahawa cuma kerja-kerja pembaikan akan dijalankan ke atas rumah mereka berbanding ‘pembinaan semula’ seperti yang diyatakan sebelum ini – walaupun struktur rumah mereka sudah jelas musnah.

Ada juga mangsa yang dimaklumkan oleh kontraktor bahawa pendawaian elektrik dalam rumah mereka tidak termasuk dalam skop kerja, dan ada yang dimaklumkan bahawa paip air di dalam rumah akan dipasang secara luaran, di atas lantai – bukan di bawah seperti biasa.

Jubin lantai tidak akan dipasang, dan lantai hanya akan disimen dan dicat. Bumbung rumah yang rosak hampir separuh pula hanya akan dibaiki secara separa. Semua ini bukan sahaja menjengkelkan, malah menjatuhkan maruah dan hak mangsa. Lebih menyedihkan, mereka diminta menandatangani ‘surat setuju terima’ yang menggugurkan hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang – walhal butiran kerja pun masih belum jelas.

Dan di tengah-tengah semua kekeliruan ini, ‘tanah’ terus dipersalahkan. Tapi tiada siapa menjawab soalan sebenar – mengapa tanah itu bergerak atau mendap sehinggakan paip gas boleh pecah? Bukankah kawasan itu dulunya mempunyai aliran sungai? Ke mana air itu dialihkan semasa pembangunan projek perumahan? Bagaimana pula dengan sistem saliran dan pembetungan pembangunan perumahan? Semua ini memerlukan siasatan terperinci – bukan diketepikan dengan mempersalahkan gerakan tanah.

Di seberang kawasan perumahan pula, kerja-kerja pembangunan oleh pemaju lot kedai juga seharusnya menimbulkan tanda tanya. Ada laporan tentang ketidaktelusan dalam proses kelulusan dan kebenaran merancang. Namun sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan.

Yang pasti, apabila semuanya gagal dijawab, ‘tanah’ dipersalahkan. Begitu mudahnya melarikan diri daripada tanggungjawab sebenar.

Kita tidak boleh terus membiarkan perkara ini berlaku. Di sebalik semua laporan teknikal dan permainan salah-menyalah ini, penduduk di kawasan berkenaan telah kehilangan segalanya – rumah, keselamatan, dan keyakinan terhadap sistem. Apakah kita mahu berdiam diri dan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa harapan?

Saya menyeru semua pihak yang terlibat – baik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemaju, mahupun syarikat pemilik infrastruktur – hentikan permainan persepsi dan mula bertindak. Ini bukan semata-mata soal membaiki rumah, tetapi membina semula kepercayaan rakyat.

Tanggungjawab ini bukan boleh dipindah atau dipersalahkan antara satu sama lain. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti ditunaikan, sekarang – bukan esok.


* Artikel ini adalah tulisan Nadzim Johan (Toqqi), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). ** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

Artikel oleh: Astro Awani

'JANGAN SALAHKAN TANAH SEMATA-MATA' - ISU SEBENAR ADALAH PERANCANGAN, TRANSPARENSI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-salahkan-tanah-sematamata-isu-sebenar-adalah-perancangan-transparensi-tanggungjawab-bersama-532219

Thursday, October 31, 2024

PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS ISU KIBAR BENDERA - ASTRO AWANI - 31/10/2024

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas menangani isu pengibaran bendera asing di tempat awam yang semakin tular.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menuntut tindakan pantas dari pihak berkuasa agar isu ini tidak melarat dan sukar dikawal.

Sumber: Astro Awani

PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS ISU KIBAR BENDERA

https://www.youtube.com/watch?v=zKcwqyRPSFg

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS - ASTRO AWANI - 31/10/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal.

“Belum reda isu bendera China dikibarkan di Perak, timbul pula kes baharu lagi bendera asing dikibarkan kali ini di Johor pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” ujar beliau.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, memaklumkan penganjur melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Azizi berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana pameran bendera asing di tempat awam.

Pada Selasa, media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia di Johor juga disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura, dan Indonesia.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tular pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Sentosa, Johor Bahru.

PPIM berkata, penganjur dan peserta wajar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana tindakan itu didakwa menghina negara serta menghasut orang lain untuk berbuat serupa.

Artikel oleh: Astro Awani

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-siasatan-telus-tindakan-tegas-494233

Thursday, July 11, 2024

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024

 

KUALA LUMPUR: Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.

Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.

Itu adalah antara perkara yang dibincangkan dalam perbincangan rasmi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet, dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabat Finas, semalam.

Mengulas mengenainya, Azmir menyatakan bahawa tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.

Katanya, perbincangan itu membawa kepada keputusan untuk melaksanakan kempen kesedaran mengenai penjualan peranti televisyen atau android box.

"Langkah ini diambil untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahaya kandungan tidak ditapis yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak tanpa pengawasan.

"Finas akan bekerjasama dengan Altimet yang akan bertindak sebagai jurucakap untuk menyebarkan maklumat ini di semua platform media sosial, stesen televisyen, dan panggung wayang mengenai penggunaan peranti penstriman haram ini.

"Sementara itu, PPIM akan membantu Finas dalam menghasilkan kandungan dan mesej mengenai isu cetak rompak ini secara lebih meluas kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, Finas juga akan berbincang dengan wakil platform e-dagang, Shopee dalam masa terdekat mengenai isu cetak rompak yang dijual secara meluas di platform tersebut.

"Saya berharap pertemuan ini akan menghasilkan penyelesaian baharu untuk menangani isu cetak rompak melalui data yang mereka miliki," katanya.

Artikel oleh: Astro Awani

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX'

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cetak-rompak-digital-finas-altimet-ppim-kerjasama-laksana-kempen-kesedaran-android-box-478464

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX' - ASTRO AWANI - 10/07/2024

 

Aktiviti cetak rompak digital yang menggunakan aplikasi atau perisian tidak sah semakin membimbangkan dengan pelbagai kandungan negatif yang boleh merosakkan termasuk judi dalam talian dan lucah, disebarkan dengan meluas.

Selain itu, aktiviti itu turut tidak menghormati undang-undang hak cipta kerana sindiket yang terbabit menyiarkan karya kreatif dan sebagainya tanpa izin pemilik.

Artikel oleh: Astro Awani

CETAK ROMPAK DIGITAL: FINAS, ALTIMET, PPIM KERJASAMA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN 'ANDROID BOX'

Monday, April 1, 2024

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI DENGAN ASTRO - ASTRO AWANI - 31/03/2024

 

#AWANInews

Courts (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sumber: Astro Awani

PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI DENGAN ASTRO

https://www.youtube.com/watch?v=OOjx4NAwYOE

COURTS TERUSKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI EKSKLUSIF DENGAN ASTRO - ASTRO AWANI - 01/04/2024

 

KUALA LUMPUR: COURTS (Malaysia) menyemarakkan lagi semangat Ramadan dengan acara gotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk orang ramai, dengan kerjasama Astro dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, COURTS turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Astro yang menawarkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.

Mengangkat prinsip “Contribute to Society,” kerjasama itu turut meneruskan amalan menyantuni warga Akademi Tahfiz Al-Hidayah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Selain bubur lambuk dan beberapa sumbangan lain istimewa buat anak-anak Akademi Tahfiz Al-Hidayah, COURTS turut menyumbangkan produk bernilai lebih RM3,000 untuk menggantikan peralatan yang rosak di akademi tersebut.

Kata Pengarah Operasi COURTS (Malaysia), Anurag Srivastava, aktiviti seperti ini dapat membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan untuk COURTS lebih memahami keperluan dan kehendak mereka.

“Saya fikir dengan PPIM dan ASTRO, kami berkongsi banyak sinergi terutamanya komitmen untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Itu menjadi tanggungjawab kami di samping menjalankan perniagaan.

“Jadi, kami hadir bersama untuk menuju matlamat itu dengan sentimen yang sama dan saya berharap kerjasama dan komitmen ini dapat dilanjutkan untuk impak yang lebih besar.”

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong pula berbesar hati dengan penerimaan COURTS untuk memudahcarakan capaian produk ASTRO kepada khalayak dengan tawaran pakej istimewa yang diumumkan.

“Sudah pasti kami amat berbangga dengan kerjasama pihak COURTS untuk menyediakan servis kami di 47 cawangannya di seluruh negara, sesuai dengan perayaan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, di mana orang ramai dapat menikmati pelbagai saluran dan kandungan yang ada di Astro.

“Ini juga melambangkan aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan kepada pelanggan bukan sahaja servis kami di Astro tetapi juga servis bersama-sama dengan COURTS.”

Aktiviti agihan bubur lambuk dan sumbangan kepada sekolah tahfiz ini merupakan kerjasama COURTS dengan PPIM yang bermula sejak beberapa tahun lepas.

Melihat kepada usaha yang boleh dikembangkan untuk tahun-tahun mendatang, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan mahu sesuatu yang lebih berimpak dapat diusahakan untuk tidak hanya membantu dalam bentuk material, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan kualiti sosial masyarakat.

“Kita harap usaha ini dapat diteruskan tetapi ke tahap yang lebih mendalam. Contohnya, mungkin mewujudkan seperti latihan dalam pekerjaan, memberi pendedahan kepada anak-anak tahfiz misalnya, tentang dunia pekerjaan.

“Jadi, dengan COURTS, kita harap kita dapat bina jiwa.”

Enam belas cawangan COURTS di seluruh negara terlibat dalam usaha ini melibatkan 1,500 pek bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan di balai polis, balai bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM).

Dapatkan langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.

Artikel oleh: Astro Awani

COURTS TERUSKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK BERSAMA PPIM, UMUM KOLABORASI EKSKLUSIF DENGAN ASTRO

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/courts-teruskan-program-bubur-lambuk-bersama-ppim-umum-kolaborasi-eksklusif-dengan-astro-464613?fbclid=IwAR0CsjoCm84hl7FmWdpA8mbhSvLkPoyMJ8JuFSFrsoxFVRAVARwsMpYcn2A_aem_AZ6oe91JaACeExkC8TX9i_TWrr2ZHoc0Ar4iIeKL2YOrRUvP9ky5XWboM2m6lJwDpaE87yt9Rf8VnvQ_NOvWahpd

Monday, March 4, 2024

Thursday, November 16, 2023

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, AS, EROPAH - TUN M - ASTRO AWANI - 14/11/2023

 

PUTRAJAYA: Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut adalah antara salah satu tekanan yang boleh diambil oleh negara Islam terhadap Zionis yang sedang melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

"Allah SWT telah mengurniakan begitu banyak minyak kepada negara-negara Islam tetapi kita boleh nafikan bekalan agar mereka merasa kesannya," katanya pada sidang akhbar Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan retorik semata-mata, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil.

"Sesiapa sahaja boleh mengecam (jenayah Zionis) tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas mereka dengan seluruh dunia bersatu meneruskan inisiatif boikot produk negara-negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, negara-negara yang mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel perlu bersatu agar tindakan dan nada sama boleh dicapai.

"Berjaya atau tidak itu soal lain, ini salah satu tindakan yang boleh diambil.

"Mungkin kurang berkesan tetapi apabila ramai mengambil tindakan boikot, syarikat berkenaan akan bankrap," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa Mesir supaya membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin keluar menerusi satu-satunya pintu iaitu Lintasan Sempadan Rafah bagi mendapatkan perlindungan sementara lelaki terus mempertahankan tanah air mereka.

"Saya rasa terkilan dan tidak berperikemanusiaan.

"Perlindungan itu sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pelarian berkenaan.

"Justeru, saya harap negara-negara Islam di sekitar Palestin termasuk Mesir menerima sekurang-kurangnya pelarian wanita dan kanak-kanak untuk berlindung," katanya.

Mahathir juga turut mengecam tindakan AS yang menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman.

"Pasukan pengaman bertujuan untuk mengurangkan pembunuhan tetapi di Gaza, AS tidak hantar sebab menggunakan kuasa veto di dalam PBB," katanya.

Sementara itu, Zulkifli mahu lintasan sempadan Rafah dibuka sepenuhnya bagi membenarkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, minuman dan pasukan perubatan dihantar ke Gaza.

“Kita bukan hantar pasukan ketenteraan tetapi mahu menghantar pasukan pengaman," katanya. - Sinar Harian

Artikel oleh: Astro Awani

HENTI JUAL MINYAK DAN GAS KEPADA ISRAEL, AS, EROPAH - TUN M

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/henti-jual-minyak-dan-gas-kepada-israel-eropah-tun-m-445963

Wednesday, August 30, 2023

BUKAN ISLAM CAMPURI ISU PENGAJIAN 40 HADIS MELAMPAU - PPIM - ASTRO AWANI - 29/08/2023

 

SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sehubungan itu pihaknya juga akan membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

"Agama Islam adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pendidikan Islam untuk pelajar Islam juga hak umat Islam.

"Tindakan pihak bukan Islam masuk campur urusan Islam dalam negara ini sudah melampau. Adakah pihak yang menentang pelaksanaan modul Hadis 40 ini sudah meneliti dan mendapati ia boleh mengancam kesejahteraan orang bukan Islam,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Pelaksanaan modul tersebut disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama.

Dalam pada itu, Nadzim mengingatkan semua pihak agar tidak menyebar kandungan berbaur kebencian melibatkan 3R (bangsa, agama dan raja) yang tidak hanya termaktub bidang politik, malah keseluruhannya.

“Jangan ingat kami akan berdiam diri. Siapa mereka mahu meletakkan syarat dan mengugut sekiranya pengajian 40 hadis diteruskan,” tegasnya.

*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Artikel oleh: Astro Awani

BUKAN ISLAM CAMPURI ISU PENGAJIAN 40 HADIS MELAMPAU - PPIM

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bukan-islam-campuri-isu-pengajian-40-hadis-melampau-ppim-434989

Wednesday, March 1, 2023

LIBATKAN NGO TANGANI ISU KEBANKRAPAN - PPIM - ASTRO AWANI - 28/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan usaha menyelesaikan isu kebankrapan dalam kalangan rakyat secara menyeluruh, khususnya melibatkan individu yang mahu mencari penyelasaian beban hutang secara menyeluruh.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata ini kerana masih banyak isu berkaitan insolvensi dan kebankrapan yang perlu diperjelaskan termasuk langkah yang perlu diambil oleh pengguna sekiranya berdepan masalah kewangan.

"PPIM menggesa kerajaan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu rakyat Malaysia berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat.

"Tidak bergantung seratus peratus kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak semua rakyat berurusan dengan jabatan itu," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini

Tambahnya, PPIM bagaimanapun berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman beliau sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 untuk berusaha peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

Kebankrapan | PPIM gesa penyelesaian isu kebankrapan menyeluruh

Tambahnya, PPIM bagaimanapun berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman beliau sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 untuk berusaha peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

[INFOGRAFIK] Belanjawan 2023

"Usaha berterusan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman juga harus dipuji kerana kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360)," katanya lagi.
Terdahulu, Azalina dalam satu kenyataan memberitahu, Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) untuk menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan.

Antara cadangan sedang dipertimbang kerajaan termasuk penetapan had masa pemfailan borang bukti hutang oleh pemiutang. Ia untuk mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan individu bankrap.
Bankrap | Kerajaan pertimbang cadangan menambahbaik sistem pentadbiran


Artikel oleh: Astro Awani

LIBATKAN NGO TANGANI ISU KEBANKRAPAN - PPIM

Tuesday, January 3, 2023

MAT SABU BERI KOMITMEN BAWA ISU CPTPP KEPADA KABINET - NURFITRI - ASTRO AWANI - 29/12/2022

PUTRAJAYA : Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi jaminan akan membawa isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang memberi kesan kepada sektor pertanian negara untuk perhatian Kabinet.

Menurut Ketua Koordinator Forum Kedaultan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad, jaminan itu dinyatakan Mohamad dalam pertemuan bagi menyerahkan memorandum FKMM pada Khamis.

"Komitmen menteri dia akan berhubung dgn lebih lanjut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tapi keputusan ini adalah Perdana Menteri dan Kabinet bukan MITI.

"Jadi Perdana Menteri perlu respons terhadap isu ini… beliau (Mohamad) akan bawa ke Kabinet," katanya ketika ditemui di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di sini, hari ini.

Nurfitri bersama wakil daripada 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan Mohamad sekitar pukul 10.30 pagi ini.

Pertemuan hampir satu jam itu antara lain bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berhubung kesan CPTPP terhadap petani, penternak dan nelayan di negara ini.

Sebelum itu, Nurfitri bersama wakil NGO menyerahkan memorandum terkandung enam tuntutan agar kerajaan meneliti semula ratifikasi CPTPP yang dikhuatiri membawa kesan kepada sektor pertanian.


Artikel oleh: Astro Awani

MAT SABU BERI KOMITMEN BAWA ISU CPTPP KEPADA KABINET - NURFITRI 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mat-sabu-beri-komitmen-bawa-isu-cptpp-kepada-kabinet-nurfitri-399301

FKMM SERAH MEMORANDUM, MOHON KPKM TELITI KESAN CPTPP TERHADAP PETANI - ASTRO AWANI - 29/12/2022

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta meneliti semula kesan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terhadap sektor pertanian di negara ini.
Menurut Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) Nurfitri Amir Muhammad, perjanjian itu dikhuatiri mengakibatkan beberapa kesan yang bakal membebankan golongan petani, penternak dan nelayan.
"Perkara paling utama yang saya rasa tidak boleh dicabar ialah berkenaan hak petani untuk menyimpan, berkongsi dan menjual benih. 
 "Walau apa sekali pun hujahnya, mereka yang bercakap berhubung import eksport tidak berhak menafikan hak tradisi petani untuk berkongsi dan menjual benih secara bebas. "Ini kerana, CPTPP mewajibkan kita menyertai Konvensyen UPOV 1991, iaitu konvensyen yang memberi hak monopoli kepada pembiak baka.
"Ini bermaksud, petani tidak boleh menyimpan, berkongsi benih," katanya kepada media sebelum menyerahkan memorandum kepada Menteri KPKM Mohamad Sabu di sini, hari ini. Menurutnya, memorandum terbabit mewakili suara 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu KPKM meneliti semula kesan CPTPP terhadap sektor pertanian tempatan.
Nurfitri berkata, CPTPP dikhuatiri menyebabkan lambakan import susulan pemansuhan tarif dan cukai import yang terkandung dalam perjanjian itu, sekali gus mengecilkan sektor pertanian tempatan.
"Pemansuhan tarif dan cukai import kepada kosong peratus ini akan menggalakkan lambakan import," tambahnya,
Katanya, selain petani dan penternak, nelayan juga antara golongan yang bakal menerima kesan berikutan perjanjian itu
"Di dalam CPTPP, secara ringkasnya, nelayan dilarang menangkap spesies ikan yang berkurangan terlalu banyak.
"Sedangkan, punca kepupusan ikan ini adalah disebabkan bot tunda dan pencemaran alam," tegas beliau lagi.
Artikel oleh: Astro Awani
FKMM SERAH MEMORANDUM, MOHON KPKM TELITI KESAN CPTPP TERHADAP PETANI 
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fkmm-serah-memorandum-mohon-kpkm-teliti-kesan-cptpp-terhadap-petani-399298

CPTPP | MOHAMAD SABU BERI KOMITMEN, BAWA ISU KE MESYUARAT KABINET - ASTRO AWANI - 29/12/2022

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi jaminan akan membawa isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang memberi kesan kepada sektor pertanian negara untuk perhatian Kabinet.

Menurut Ketua Koordinator Forum Kedaultan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad, jaminan itu dinyatakan Mohamad dalam pertemuan bagi menyerahkan memorandum FKMM pada Khamis.


Sumber: Astro Awani

CPTPP | MOHAMAD SABU BERI KOMITMEN, BAWA ISU KE MESYUARAT KABINET 

https://www.youtube.com/watch?v=-aGoRMa-itE

Tuesday, November 29, 2022

PEMBELIAN VAKSIN | PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN - ASTRO AWANI - 26/11/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan baharu dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna pembelian vaksin COVID-19.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan menangani pandemik yang agak tinggi.


Sumber: Astro Awani

PEMBELIAN VAKSIN | PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN

https://www.youtube.com/watch?v=-9YdxoWmvII

PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN - ASTRO AWANI - 26/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pembelian vaksin COVID-19.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani pandemik itu yang secara keseluruhan mencecah RM600 bilion dan disifatkan sebagai sangat besar.

“Kita lihat ini adalah satu angka yang cukup besar dan kita harap menarik perhatian kerajaan. Saya minta Datuk Seri Anwar Ibrahim tolong tengok kes ini kerana ia melibatkan duit yang terlalu banyak dan ada salah laku yang kita nampak.

“Jadi kita harap RCI dapat ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan-kesalahan atau kelemahan-kelemahan ini supaya ia tidak berlaku lagi kerana RM600 bilion, ia adalah angka yang sangat besar.

“Kita serahkan kepada kerajaan baharu ini (untuk tubuhkan RCI) supaya beri keyakinan semula kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2021 dilapor berkata, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat COVID-19.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Nadzim berulang kali mengingatkan kerajaan agar tidak ‘tutup mata’, sebaliknya perlu memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

“Kerajaan Pusat yang baharu haruslah serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin.

“Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya,” ujarnya.


Artikel oleh: Astro Awani

PPIM GESA KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT PEMBELIAN VAKSIN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-gesa-kerajaan-tubuh-rci-siasat-pembelian-vaksin-393815

Thursday, November 17, 2022

KHAIRY, DR NOOR HISHAM DISAMAN ISU VAKSIN COVID-19 - ASTRO AWANI - 16/11/2022

 

SHAH ALAM: Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin COVID-19.

Kumpulan seramai 44 orang mangsa itu yang diwakili firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co turut memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin COVID-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga.

Peguam firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co, Muhammad Shahrin Satheer berkata, kumpulan tersebut mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin COVID-19.

"Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

"Anak guam kami menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defendan kepada plaintif akibat daripada kesan sampingan teruk suntikan COVID-19 yang telah menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa yang ditanggung plaintif-plaintif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketiadaan bukti vaksin yang pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan terhadap pengguna juga menjadi antara asas tuntutan saman tersebut.

"Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 mengekang transmisi penyebaran wabak COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

"Plaintif juga menuntut sebuah injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan," ujarnya. -- Sinar Harian

Artikel oleh: Astro Awani

KHAIRY, DR NOOR HISHAM DISAMAN ISU VAKSIN COVID-19

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-dr-noor-hisham-disaman-isu-vaksin-covid19-391892

Saturday, November 5, 2022

PRU15 | PPIM TUBUH PLATFORM, KONGSI ADUAN DAN MAKLUMAT CALON - ASTRO AWANI - 04/11/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan platform untuk berkongsi maklumat mengenai calon PRU15 dan ruangan untuk rakyat menyuarakan aduan serta cadangan tentang isu-isu yang ingin diselesaikan. Jelas Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, inisiatif ini menjadi keperluan ketika pihaknya sering menerima keluhan rakyat yang menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Malah, rata-rata mereka juga buntu dalam membuat pilihan calon pemimpin kerana tidak cukup mengenali individu secara peribadi dan tidak tahu menilai prestasi dan janji calon berkenaan.

Artikel oleh: Astro Awani

PRU15 | PPIM TUBUH PLATFORM, KONGSI ADUAN DAN MAKLUMAT CALON

https://www.astroawani.com/video-malaysia/pru15-ppim-tubuh-platform-kongsi-aduan-dan-maklumat-calon-1995033

Wednesday, October 19, 2022

SUARA RAKYAT | UTAMAKAN KESTABILAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT, NEGARA - ASTRO AWANI - 19/10/2022

Selain mahukan kerajaan yang stabil serta kemelut politik tidak lagi menjadi drama bersiri, rakyat juga berharap parti mana sekalipun yang dipilih pengundi dalam PRU15 nanti perlu memastikan kestabilan dan kemakmuran rakyat di negara ini.

Itu harapan kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu supaya pengundi lebih bijak memilih calon yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik.


Artikel oleh: Astro Awani

SUARA RAKYAT | UTAMAKAN KESTABILAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT, NEGARA

https://www.youtube.com/watch?v=bKUpOOvR5JA

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL