Showing posts with label ACEH. Show all posts
Showing posts with label ACEH. Show all posts

Monday, December 22, 2025

NGO MALAYSIA BONGKAR KESUKARAN MEMBANTU ACEH - EHAILING.FM - 19/12/2025

Kuala Lumpur, 18.12.25, Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM bersama beberapa NGO merayu agar kerjasama segera diwujudkan bagi melancarkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh yang masih tersekat, melibatkan kira-kira 500 tan bantuan.

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata keutamaan kini adalah menyelamatkan nyawa kerana keadaan di Aceh semakin kritikal dengan peningkatan kematian, kebuluran dan kemusnahan besar akibat banjir lumpur.

Misi pertama yang turun ke lapangan pada 9 Disember mendapati keadaan jauh lebih teruk daripada jangkaan, dengan bekalan makanan dan elektrik terputus serta sekatan terhadap bantuan dan media.

Sehubungan itu, PPIM dan NGO rakan merancang misi bantuan kedua bermula 30 Disember bagi menyalurkan bantuan yang lebih besar dan berharap semua pihak mempermudah usaha kemanusiaan demi membantu mangsa di Aceh.

#aceh #banjirbandang #banjirlumpur


Sumber: Ehailing.fm

NGO MALAYSIA BONGKAR KESUKARAN MEMBANTU ACEH 

Saturday, December 20, 2025

PPIM MOHON BANTUAN PM ANWAR MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH - ASTRO AWANI - 18/12/2025

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

"Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan...sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang perlu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha untuk menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur.

"Kita tidak ada keupayaan untuk bergerak bersendirian. Kerjasama semua pihak amat penting supaya semua bantuan dapat disalurkan dengan baik. Dimaklumkan juga terdapat kira-kira 500 tan bantuan yang masih tersekat," katanya.

Nadzim berkata PPIM bimbang sekiranya bantuan dihantar tanpa prosedur yang jelas, ia berisiko tidak sampai kepada sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna serta boleh menimbulkan laporan tidak tepat serta memberi kesan negatif kepada usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan.

Aceh dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ribuan penduduk terjejas, kemusnahan kediaman serta gangguan bekalan asas, sekali gus mencetuskan keperluan mendesak terhadap bantuan makanan dan keperluan harian.

-- BERNAMA

Artikel oleh: Astro Awani

PPIM MOHON BANTUAN PM ANWAR MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-mohon-bantuan-pm-anwar-mudahkan-penyaluran-bantuan-kemanusiaan-ke-aceh-552248 

KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN - UTUSAN MELAYU PLUS - 18/12/2025 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan keadaan mangsa banjir di Aceh, Indonesia berada pada tahap kritikal apabila ramai masih belum menerima sebarang bantuan asas termasuk makanan, tempat perlindungan dan rawatan perubatan.
 
Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar Saujana Pendidikan Islam (SPdl)

Ketua Umum Lembaga Aceh Bersatu, Teungku Munawar berkata, banjir besar yang melanda kawasan itu telah memusnahkan hampir keseluruhan harta benda penduduk sehingga rumah kediaman menjadi lautan lumpur dan kayu-kayan.

“Selepas banjir melanda, rumah-rumah musnah dan tidak lagi boleh didiami. Mangsa tiada tempat untuk berlindung, malah makanan juga tiada.

“Ramai mangsa sehingga kini masih belum menerima bantuan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila mangsa terpaksa membantu sesama mangsa,” katanya dalam sidang akhbar anjuran PPIM di ibu negara hari ini.

Menurut beliau, usaha menyampaikan bantuan berdepan pelbagai halangan apabila laluan utama terputus akibat jalan yang rosak dan dipenuhi kayu-kayu besar yang sukar dialihkan tanpa penggunaan jentera berat.

“Walaupun ada jalan, kayu-kayu berat masih melintang dan sehingga kini belum dibersihkan. Ini menyukarkan pergerakan dan penghantaran bantuan ke kawasan pedalaman,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan kesihatan mangsa turut membimbangkan apabila ada yang hanya mampu makan ikan masin sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit gigi, namun tidak mendapat rawatan atau ubat-ubatan yang diperlukan.

Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan

Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan berkata, tahap keperitan mangsa jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup berjalan sejauh beberapa kilometer semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Ada mangsa yang berjalan sehingga lima kilometer hanya untuk mengambil beras. Ini menunjukkan keadaan sudah terlalu kritikal dan mereka berada dalam situasi kelaparan yang serius,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa keadaan sebenar di lapangan jauh lebih buruk daripada apa yang digambarkan dan memerlukan perhatian segera serta kerjasama pelbagai pihak.

Beliau menyeru agar bantuan kemanusiaan disegerakan dan sekatan-sekatan yang menghalang penghantaran bantuan ke kawasan terjejas dapat dilonggarkan demi menyelamatkan nyawa mangsa banjir di Aceh.

Artikel oleh: Utusan Melayu Plus

KEADAAN MANGSA BANJIR DI ACEH KRITIKAL, BANTUAN MASIH DIPERLUKAN

https://utusanmelayuplus.com/keadaan-mangsa-banjir-di-aceh-kritikal-bantuan-masih-diperlukan/


Friday, December 19, 2025

PPIM DESAK TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR BESAR DI ACEH - HARAPAN DAILY - 19/12/2025

 

FOTO BERITA: Sidang Media “Aceh Nazak & Kecemasan” oleh Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 18hb Disember 2025 (Khamis)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan segera dan menyeluruh diambil bagi menangani bencana banjir besar yang sedang melanda Aceh, Indonesia, yang disifatkan berada pada tahap amat kritikal dan membimbangkan, malah lebih dahsyat berbanding tragedi tsunami 2004. Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, dalam satu sidang media bertajuk “Aceh Nazak & Kecemasan”

Menurut Datuk Nadzim Johan, PPIM terpanggil untuk tampil dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan bagi menyuarakan penderitaan sebenar yang sedang dihadapi rakyat Aceh. Beliau menegaskan bahawa bencana tersebut bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda dalam skala besar, malah turut mengancam nyawa, maruah serta kelangsungan hidup ribuan penduduk yang terjejas. “Situasi di Aceh kini berada pada tahap kecemasan yang tidak boleh ditangguhkan. Ia memerlukan perhatian serius serta tindakan segera daripada semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat antarabangsa,” katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pelbagai halangan yang sedang dihadapi dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas. Antaranya melibatkan isu dokumentasi, cukai serta kelewatan pentadbiran yang secara langsung menjejaskan keupayaan bantuan sampai kepada mangsa yang amat memerlukan bantuan asas seperti makanan, air bersih, rawatan perubatan dan perlindungan sementara. Dalam sidang media itu, PPIM turut menekankan peranan penting pihak media sebagai suara rakyat bagi memastikan tragedi kemanusiaan ini tidak terus didiamkan. Liputan yang menyeluruh dan berterusan disifatkan amat penting untuk membuka mata pelbagai pihak serta menggerakkan sokongan di peringkat nasional dan antarabangsa.

PPIM memaklumkan bahawa dalam masa terdekat, wakil warga Aceh akan tampil bersama bagi menerangkan situasi sebenar dan perkembangan terkini di lapangan, sekali gus membantu mempercepatkan penyelarasan dan penyaluran bantuan yang lebih berkesan. Mengakhiri sidang media, PPIM menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan bersatu hati dalam membantu mangsa bencana di Aceh, selaras dengan mesej kemanusiaan yang ditekankan.

Artikel oleh: Harapan Daily

PPIM DESAK TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR BESAR DI ACEH

https://harapandaily.com/2025/12/19/ppim-desak-tindakan-segera-tangani-banjir-besar-di-aceh/

PPIM MOHON BANTUAN PM MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH - BERNAMA - 18/12/2025

 

KUALA LUMPUR,18 Dis (Bernama) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempermudahkan urusan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir, khususnya melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonedia.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

"Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan...sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang perlu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha untuk menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur.

"Kita tidak ada keupayaan untuk bergerak bersendirian. Kerjasama semua pihak amat penting supaya semua bantuan dapat disalurkan dengan baik. Dimaklumkan juga terdapat kira-kira 500 tan bantuan yang masih tersekat," katanya.

Nadzim berkata PPIM bimbang sekiranya bantuan dihantar tanpa prosedur yang jelas, ia berisiko tidak sampai kepada sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna serta boleh menimbulkan laporan tidak tepat serta memberi kesan negatif kepada usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan.

Aceh dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ribuan penduduk terjejas, kemusnahan kediaman serta gangguan bekalan asas, sekali gus mencetuskan keperluan mendesak terhadap bantuan makanan dan keperluan harian.

Artikel oleh: Bernama

PPIM MOHON BANTUAN PM MUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE ACEH

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2504169

PPIM MOHON PM GUNA SALURAN DIPLOMASI, MUDAHKAN BANTUAN KE ACEH - UTUSAN MALAYSIA - 18/12/2025

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan saluran diplomasi bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Aceh, Indonesia yang dilanda banjir.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengelakkan kekangan birokrasi serta salah faham dalam urusan merentasi sempadan yang melibatkan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.

“Bila melibatkan hubungan antarabangsa, semuanya menjadi sensitif dan kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan. Sebab itu kita berharap pejabat Perdana Menteri sendiri dapat membantu memudahkan segala urusan yang diperlukan.

“Beberapa wakil NGO telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk usaha menyelaras penyaluran bantuan secara lebih teratur.

“Kita tidak ada keupayaan untuk bergerak bersendirian. Kerjasama semua pihak amat penting supaya semua bantuan dapat disalurkan dengan baik. Dimaklumkan juga terdapat kira-kira 500 tan bantuan yang masih tersekat,” katanya semasa sidang media hari ini.

Nadzim berkata, pihaknya bimbang sekiranya bantuan disalurkan tanpa prosedur yang jelas dan berisiko tidak sampai kepada golongan sasaran atau gagal diagihkan dengan sempurna.

Katanya, selain boleh menimbulkan laporan tidak tepat, ia juga berpotensi menjejaskan kelancaran usaha bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan.

Sebelum ini, Aceh dilaporkan dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ribuan penduduk terjejas, kemusnahan kediaman serta gangguan bekalan asas sekali gus mencetuskan keperluan mendesak terhadap bantuan makanan dan keperluan harian. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM MOHON PM GUNA SALURAN DIPLOMASI, MUDAHKAN BANTUAN KE ACEH

https://www.utusan.com.my/nasional/2025/12/ppim-mohon-pm-guna-saluran-diplomasi-mudahkan-bantuan-ke-aceh/

Thursday, December 18, 2025

TIADA MAKANAN, TIADA AIR BERSIH, TIADA UBAT UNTUK MANGSA BANJIR ACEH - HARIAN METRO - 18/12/2025

 

Kuala Lumpur: "Keadaan penduduk sangat teruk, tiada makanan dan air bersih apatah lagi ubat-ubatan," kata Ketua Lembaga Aceh Bersatu (LEMBATU), Tengku Munawar Spdi mengenai mangsa banjir dan tanah runtuh dahsyat yang berlaku di Aceh, Sumatera, Indonesia.

Sejak bencana banjir 'luar biasa' melanda 26 November lalu, hidup mereka masih ditemani kelaparan, kegelapan dan ketidakpastian terhadap masa depan.

Menurut Tengku Munawar, bencana melanda keseluruhan kawasan berkenaan hampir sebulan lalu itu disifatkan terburuk selepas bencana tsunami pada 2004.

Katanya, sehingga kini penduduk dihimpit kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman, malah terpaksa berlindung di masjid serta madrasah apabila kediaman mereka masih ditenggelami lumpur tebal.

"Ada antara mereka terpaksa berjalan sejauh lima hingga 10 kilometer semata-mata untuk mendapatkan sedikit beras.

"Lebih menyedihkan, anak kecil tidak mendapat makanan sehingga ada yang menangis tanpa henti dan akhirnya diam. Begitu juga ibu mengandung dan orang tua yang tidak mendapat ubat-ubatan," katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Tengku Munawar berkata, lapan sukarelawannya meninggal dunia dalam misi bantuan selepas menempuh perjalanan yang sukar termasuk mendaki untuk menghantar bantuan kepada mangsa bencana.

Katanya, apa yang menyukarkan keadaan untuk bantuan dihantar kepada mangsa adalah keadaan jalan yang masih berlumpur dan banyak kenderaan tertimbus.

Menurutnya, laluan turut dihalang kayu balak yang melintang dan tidak dapat dialihkan selain dengan bantuan jentera berat.

Justeru, beliau amat mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia untuk sama-masa membantu mangsa banjir di Aceh.

Sementara itu, Pengurus Kanan Harmoni Prihatin Malaysia, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, pihaknya sudah menggerakkan misi bantuan dengan dua siri bantuan dihantar ke lokasi membabitkan jumlah keseluruhan RM100,000.

Beliau berkata, misi pertama digerakkan pada 9 Disember lalu untuk mengenal pasti situasi dan jenis bantuan diperlukan diikuti penghantaran bantuan makanan serta air bersih dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

"Saya melihat sendiri keadaan di sana memang sangat dahsyat seakan 'pekan zombi'. Seluruh kawasan dan rumah penduduk ditenggelami lumpur berserta kayu selain mereka juga sudah terputus bekalan elektrik kerana pencawang turut dihanyutkan banjir.

"Paling kami risaukan adalah isu kebuluran sekiranya bantuan makanan dan minuman bersih tidak dapat disalurkan kepada mangsa," katanya yang akan meneruskan misi ketiga pada 31 Disember ini.

Usaha itu turut disokong Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang memaklumkan akan menarik lebih ramai NGO menyertai misi bantuan itu termasuk daripada kerajaan.

Terdahulu, AFP melaporkan setakat Selasa lalu, angka korban banjir di Sumatera dicatatkan pada 1,030 orang.

Artikel oleh: Harian Metro

TIADA MAKANAN, TIADA AIR BERSIH, TIADA UBAT UNTUK MANGSA BANJIR ACEH

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1301462/tiada-makanan-tiada-air-bersih-tiada-ubat-untuk-mangsa-banjir-aceh

ACEH NAZAK: JANGAN HALANG BANTUAN KEMANUSIAAN - SIDANG MEDIA PPIM - 18/12/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Harmoni Prihatin Malaysia, Muslim Care Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini mendedahkan situasi krisis kemanusiaan yang amat serius di Aceh, Indonesia, susulan bencana banjir lumpur berskala besar yang disifatkan lebih dahsyat daripada tragedi tsunami 2004.

Perkara ini didedahkan dalam satu sidang media yang turut dihadiri Ketua Lembaga Aceh Bersatu (LEMBATU) serta peserta misi kemanusiaan yang baru pulang dari lapangan. Bencana tersebut bukan sekadar banjir air, tetapi banjir lumpur yang membawa kayu-kayu balak, sehingga memusnahkan kawasan pertanian, menghanyutkan rumah penduduk, dan menghapuskan keseluruhan perkampungan.

Kesan bencana ini telah mengakibatkan krisis kemanusiaan kritikal, dengan peningkatan angka kematian, kewujudan kubur tanpa tanda, serta ancaman kebuluran yang semakin meruncing. Penduduk Aceh kini berdepan kekurangan serius bekalan asas termasuk makanan, air bersih, ubat-ubatan, elektrik (akibat pencawang elektrik yang musnah), dan tempat perlindungan sementara.

Turut disuarakan, kebimbangan besar terhadap sekatan dan halangan dalam penyaluran bantuan kemanusiaan.

Sehubungan itu, PPIM bersama rakan NGO sedang merancang Misi Kemanusiaan Kedua selama enam hari dan menggesa agar bantuan disalurkan melalui laluan yang lebih berkesan bagi memastikan ia sampai terus kepada mangsa. Antara keperluan yang akan disalurkan adalah makanan sedia untuk dimakan (Ready-To-Eat/RTE), kurma, kelambu dan ubat-ubatan.

PPIM turut memohon Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempermudah penyaluran bantuan ke Aceh melalui saluran diplomasi Malaysia-Indonesia. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan rentas sempadan serta mengurangkan halangan birokrasi, sekaligus mencegah sebarang salah faham antara pelbagai pihak, termasuk NGO tempatan dan antarabangsa.

Wednesday, December 17, 2025

AKTIVITI | MESYUARAT PENYELARASAN HADR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA KE ACHEH - PPIM - 17/12/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan HADR bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ke Acheh bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kehadiran ini merupakan sebahagian daripada komitmen PPIM dalam memperkukuh usaha kebajikan serta bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL