Showing posts with label HARAPAN DAILY. Show all posts
Showing posts with label HARAPAN DAILY. Show all posts

Wednesday, February 4, 2026

PPIM & CASSA GESA SIASATAN MENYELURUH KELAB BERDAFTAR DENGAN ROS, DAKWA WUJUD KARTEL MESIN SLOT DAN MANIPULASI AKAUN - HARAPAN DAILY - 04/02/2026

 


FOTO BERITA: Sidang Media bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan PPIM dan Prof Datuk Dr. Jacob George CEO CASSA berkaitan dakwaan pengubahan wang haram serta salah laku tabdir urus kelab swasta berdaftar dengan ROS di Our Private Place, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 3hb Februari 2026 (Selasa)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan bersama Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) mengadakan sidang media bersama berhubung dakwaan pengubahan wang haram serta salah laku tadbir urus melibatkan beberapa kelab swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) disampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan CEO CASSA, Prof. Datuk Dr. Jacob George.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua organisasi itu mendakwa hasil penyelidikan strategik mereka menunjukkan terdapat lebih 300 premis mesin slot berlesen di seluruh negara, dengan setiap premis dianggarkan mempunyai antara 20 hingga 30 mesin. Menurut mereka, premis-premis ini didakwa beroperasi dalam pelbagai kategori kelab termasuk kelab sosial, kelab rekreasi, kelab golf serta kelab bertaraf “Di-Raja”, yang turut menempatkan bar minuman keras dan bilik mesin slot dalam premis masing-masing.
CASSA dan PPIM mendakwa wujud modus operandi yang disifatkan sebagai “DNA kartel”, di mana kakitangan bilik mesin slot didakwa digajikan atas nama kelab, namun kawalan operasi sebenar berada di tangan pihak luar yang mengendalikan bilik tersebut. Mereka turut merujuk laporan media antarabangsa pada 29 September 2023 serta laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan pembekuan USD6.4 juta berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan pembiayaan politik tidak sah. Mereka mempersoalkan status terkini kes tersebut dan menggesa SPRM memberikan kemas kini kepada umum.
Menurut kenyataan itu, satu dossier terperinci telah dihantar kepada ROS Kuala Lumpur pada 15 Disember 2025, ditandatangani lebih 19 ahli sebuah kelab. Ia mengandungi dakwaan transaksi kewangan tidak sah, amalan perakaunan dua lapis, kebocoran kewangan, salah guna kuasa oleh pengurusan kelab serta penajaan keahlian bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya dalaman kelab. Mereka turut mendakwa ahli yang membangkitkan isu kewangan semasa mesyuarat agung disasarkan melalui laporan insiden yang didakwa direka, sebelum dikenakan tindakan disiplin tanpa mematuhi prinsip keadilan asasi.
Turut dibangkitkan ialah dakwaan penggunaan sistem CCTV dalaman untuk memantau pergerakan ahli tertentu, termasuk dakwaan sambungan rakaman ke peranti peribadi pengurusan kelab, yang dipersoalkan dari sudut undang-undang privasi. Menurut mereka, sekurang-kurangnya tujuh laporan polis telah dibuat oleh pihak yang terjejas.
Kedua-dua organisasi itu turut mendakwa berlaku manipulasi dalam laporan kewangan tahunan, termasuk kes kecurian lebih RM14,000 oleh seorang kakitangan yang tidak dilaporkan dalam AGM, serta situasi di mana kelab sebagai tuan tanah didakwa berhutang RM1 juta kepada bilik mesin slot sebagai penyewa. Mereka turut mempersoalkan peletakan jawatan mengejut juruaudit yang dilantik pada AGM 2024–2025 serta kelulusan akaun kontroversi pada AGM Ogos 2025 walaupun dibantah oleh ahli.
Kenyataan itu turut membangkitkan persoalan mengenai kemasukan orang Melayu Islam ke bilik mesin slot serta bar arak dalam kelab, yang menurut mereka bercanggah dengan larangan agama. Mereka mendakwa terdapat bukti ahli menandatangani kemasukan orang luar dan bukan ahli ke bar kelab.
Sehubungan itu, CASSA dan PPIM mengemukakan beberapa tuntutan termasuk audit nasional dan siasatan menyeluruh ke atas semua kelab di bawah ROS serta operasi bilik mesin slot dan ROS menyerahkan dapatan segera kepada Perdana Menteri. Pembekuan semua kelulusan baharu mesin slot sementara siasatan kedijalankan dan rekod keluar masuk bebas untuk pemantauan pihak berkuasa serta penarikan balik lesen premis mesin slot bagi kelab yang didapati terlibat salah laku
Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada ROS, SPRM atau mana-mana kelab yang dinamakan berhubung dakwaan yang dibangkitkan dalam sidang media tersebut.

Artikel oleh: Harapan Daily

PPIM & CASSA GESA SIASATAN MENYELURUH KELAB BERDAFTAR DENGAN ROS, DAKWA WUJUD KARTEL MESIN SLOT DAN MANIPULASI AKAUN

https://harapandaily.com/2026/02/04/ppim-cassa-gesa-siasatan-menyeluruh-kelab-berdaftar-dengan-ros-dakwa-wujud-kartel-mesin-slot-dan-manipulasi-akaun/

Friday, December 19, 2025

PPIM DESAK TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR BESAR DI ACEH - HARAPAN DAILY - 19/12/2025

 

FOTO BERITA: Sidang Media “Aceh Nazak & Kecemasan” oleh Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 18hb Disember 2025 (Khamis)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan segera dan menyeluruh diambil bagi menangani bencana banjir besar yang sedang melanda Aceh, Indonesia, yang disifatkan berada pada tahap amat kritikal dan membimbangkan, malah lebih dahsyat berbanding tragedi tsunami 2004. Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, dalam satu sidang media bertajuk “Aceh Nazak & Kecemasan”

Menurut Datuk Nadzim Johan, PPIM terpanggil untuk tampil dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan bagi menyuarakan penderitaan sebenar yang sedang dihadapi rakyat Aceh. Beliau menegaskan bahawa bencana tersebut bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda dalam skala besar, malah turut mengancam nyawa, maruah serta kelangsungan hidup ribuan penduduk yang terjejas. “Situasi di Aceh kini berada pada tahap kecemasan yang tidak boleh ditangguhkan. Ia memerlukan perhatian serius serta tindakan segera daripada semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat antarabangsa,” katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap pelbagai halangan yang sedang dihadapi dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas. Antaranya melibatkan isu dokumentasi, cukai serta kelewatan pentadbiran yang secara langsung menjejaskan keupayaan bantuan sampai kepada mangsa yang amat memerlukan bantuan asas seperti makanan, air bersih, rawatan perubatan dan perlindungan sementara. Dalam sidang media itu, PPIM turut menekankan peranan penting pihak media sebagai suara rakyat bagi memastikan tragedi kemanusiaan ini tidak terus didiamkan. Liputan yang menyeluruh dan berterusan disifatkan amat penting untuk membuka mata pelbagai pihak serta menggerakkan sokongan di peringkat nasional dan antarabangsa.

PPIM memaklumkan bahawa dalam masa terdekat, wakil warga Aceh akan tampil bersama bagi menerangkan situasi sebenar dan perkembangan terkini di lapangan, sekali gus membantu mempercepatkan penyelarasan dan penyaluran bantuan yang lebih berkesan. Mengakhiri sidang media, PPIM menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan bersatu hati dalam membantu mangsa bencana di Aceh, selaras dengan mesej kemanusiaan yang ditekankan.

Artikel oleh: Harapan Daily

PPIM DESAK TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR BESAR DI ACEH

https://harapandaily.com/2025/12/19/ppim-desak-tindakan-segera-tangani-banjir-besar-di-aceh/

Friday, August 15, 2025

ANTI BULLY CENTRE (ABC) DILANCAR, PPIM & NGO BERSATU PERANGI BUDAYA BULI - HARAPAN DAILY - 15/08/2025

 

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan NGO-NGO mengenai isu gejala buli di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 14hb Ogos 2025 (Khamis)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2025 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden buli yang kerap melibatkan pelajar-pelajar sekolah mutakhir ini. Satu sidang media yang menghimpunkan beberapa tokoh masyarakat dan aktivis telah diadakan di ibu negara bagi membincangkan penubuhan Anti-Bully Centre (ABC), sebuah pusat aduan khusus untuk memerangi budaya buli di Malaysia.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau Toqqi, mantan Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan, Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Mahalela Malaysia, En. Faisalkamal, serta Dato’ Jeff Amin daripada Pertubuhan Kebajikan Bekas-Bekas Pekerja Hospitaliti Kuala Lumpur.
Menurut En. Faisal Kamal, budaya buli di sekolah dan institusi pendidikan telah wujud sejak puluhan tahun dan berulang tanpa tindakan tegas. Berkongsi pengalaman peribadi sebagai mangsa buli, beliau menegaskan bahawa fenomena ini perlu dihentikan segera. “Tak ada sebab nak buli. Budaya ini tak masuk akal dan mesti dihentikan,” tegasnya.
ABC akan menjadi pusat aduan terbuka bagi mangsa atau saksi kejadian buli. Menerusi talian khas ( 013-611-6666) aduan akan dijamin kerahsiaan dan diambil tindakan segera oleh pasukan ABC.
Toqqi menjelaskan, ABC akan bertindak pantas di seluruh negara untuk melindungi pelajar serta memberi amaran keras kepada pembuli. “Kami akan terus ke lapangan, berjumpa pihak terlibat, dan memastikan pembuli tahu mereka tidak akan terlepas,” katanya.
Datuk Seri Mohd Redzuan pula menekankan keperluan melatih fasilitator orientasi di sekolah dan universiti supaya program pengenalan tidak disalahguna menjadi medan buli. “Orientasi sepatutnya membina ketahanan fizikal dan mental, bukan mengundang penderaan atau kematian,” ujarnya.
Sementara itu, Dato’ Jeff Amin menyokong penuh inisiatif ini dan menyeru semua NGO, pihak sekolah, serta ibu bapa untuk berganding bahu membanteras budaya buli. Menurutnya, kesedaran mesti bermula dari rumah.

Ramai pembuli adalah bekas mangsa yang mahu membalas dendam ketika berstatus senior. ABC, tegas mereka, adalah platform untuk memutuskan kitaran dendam ini. Antara langkah yang akan diambil ABC sebaik menerima aduan termasuk membuat laporan polis, mengadakan pertemuan dengan pembuli, ibu bapa mereka, pihak sekolah, serta memaparkan wajah pembuli di media sosial. Kementerian Pendidikan digesa agar memberi sokongan penuh kepada ABC sebagai usaha bersama rakyat dan NGO dalam melindungi maruah dan keselamatan pelajar di seluruh negara.

Artikel oleh: Harapan Daily

ANTI BULLY CENTRE (ABC) DILANCAR, PPIM & NGO BERSATU PERANGI BUDAYA BULI

https://harapandaily.com/2025/08/15/anti-bully-centre-abc-dilancar-ppim-ngo-bersatu-perangi-budaya-buli/



Tuesday, February 11, 2025

EXPO RAYA GALAXY SEWAAN SERENDAH RM30 SEHARI PARKING PERCUMA - HARAPAN DAILY - 11/02/2025

FOTO BERITA: Sidang Media “Shopping Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan & Expo Raya” bersama Datuk Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Mr Yc Lee CEO CVGM di Our Private Place, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 11hb Februari 2025 (Selasa)
Galaxy Mall Ampang mrnyediakan Bazar Ramadhan & Expo Raya dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memperkenalkan bagi inisiatif khas sempena musim perayaan yang bakal tiba.
Program ini bertujuan memperkenalkan kemudahan serta promosi menarik yang ditawarkan di Galaxy Mall bagi membantu pengguna membuat persiapan Hari Raya dengan lebih mudah dan berbaloi.
Menurut Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Bazar Ramadhan & Expo Raya ini akan menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan seperti pakaian raya, tudung kasut & beg, carpet, langsir, makanan, kuih raya serta produk tempatan pada harga berpatutan.
Yang lebih menarik, ruang solat taraweh, tempat letak kerata yang luas dan diberi secara percuma Inisiatif ini juga bertujuan menyokong peniaga kecil dan usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan mereka menjelang Aidilfitri.
Selain itu, program ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi perkongsian tip membeli-belah secara bijak, cabutan bertuah, serta promosi eksklusif untuk pengunjung.

PPIM mengajak orang ramai untuk memanfaatkan peluang ini bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga terbaik serta menyokong ekonomi peniaga tempatan. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai acara ini, orang ramai boleh mengikuti siaran langsung di laman Facebook rasmi PPIM. Untuk sewaan bole hubungi 018 234 0000/018 318 1111.

Artikel oleh: Harapan Daily

EXPO RAYA GALAXY SEWAAN SERENDAH RM30 SEHARI PARKING PERCUMA

https://harapandaily.com/2025/02/11/expo-raya-galaxy-sewaan-serendah-rm30-sehari-parking-percuma/

Tuesday, May 7, 2024

PEMBUKAAN RICHIAMO MART MERUPAKAN SALAH SATU USAHA MERANCAKKAN LAGI SEKTOR PERDAGANGAN PERUNCITAN YANG AKHIRNYA AKAN MENYUMBANG HASIL KEPADA EKONOMI NEGARA – YBM DATUK ARMIZAN - HARAPAN DAILY - 06/05/2024

Gambar: Majlis Perasmian Rangkaian Richiamo Mart oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)& Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 di Plaza Bangi Perdana Jalan Gerbang Wawasan 1, Banda Baru Bangi, Selangor. 5hb Mei 2024 (Ahad)

Artikel oleh: Harapan Daily

PEMBUKAAN RICHIAMO MART MERUPAKAN SALAH SATU USAHA MERANCAKKAN LAGI SEKTOR PERDAGANGAN PERUNCITAN YANG AKHIRNYA AKAN MENYUMBANG HASIL KEPADA EKONOMI NEGARA – YBM DATUK ARMIZAN

https://harapandaily.com/2024/05/06/pembukaan-richiamo-mart-merupakan-salah-satu-usaha-merancakkan-lagi-sektor-perdagangan-peruncitan-yang-akhirnya-akan-menyumbang-hasil-kepada-ekonomi-negara-ybm-datuk-armizan/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL