Showing posts with label Galaxy Ampang. Show all posts
Showing posts with label Galaxy Ampang. Show all posts

Wednesday, February 12, 2025

TAPAK NIAGA BERHAWA DINGIN RM13 SEHARI DI EXPO RAYA GALAXY MALL AMPANG ANJURAN PPIM - EHAILING FM - 11/02/2025

 

Sumber: eHailingFM

TAPAK NIAGA BERHAWA DINGIN RM13 SEHARI DI EXPO RAYA GALAXY MALL AMPANG ANJURAN PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=jja8xH4PttM

METRONEWSKL | GALAXY AMPANG MALL BERWAJAH BARU & CANGGIH - METRONEWSKL - 11/02/2025

 

Sumber: MetronewsKL

METRONEWSKL | GALAXY AMPANG MALL BERWAJAH BARU & CANGGIH

https://www.youtube.com/watch?v=gdayxa6VyL0

“MEMBELIBELAH RAYA JADI MUDAH DI GALAXY MALL BAZAR RAMADHAN & EXPO RAYA MENANTI ANDA!!! - KACA TV - 12/02/2025

 

#KACATV

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat prihatin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

#BERITA

Justeru itu, diatas semangat ini PPIM bekerjasama dengan Galaxy Mall Ampang untuk memenuhi keperluan masyarakat di kawasan Ampang bagi memudahkan mereka untuk berbelanja. PPIM juga mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai yang masih elok dan sesuai untuk dijual semula sebagai pakaian Hari Raya kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan. Tempat ini juga mempunyai Gelblaster, Go Kart, Master Art Centre dan lain-lain.

Sumber: Kaca TV

“MEMBELIBELAH RAYA JADI MUDAH DI GALAXY MALL BAZAR RAMADHAN & EXPO RAYA MENANTI ANDA!!!

https://www.youtube.com/watch?v=AFvFLr1e3SM

EXPO RAYA GALAXY SERENDAH RM13 SEHARI DI GALAXY AMPANG MALL - AIZAT ASHRAF - 11/02/2025

 

Expo Raya Galaxy serendah RM13 sehari di Galaxy Ampang Mall

Rebut Peluang Berniaga Murah & Selesa

Kuala Lumpur – Satu peluang keemasan buat para peniaga kecil dan usahawan muda! Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengumumkan pelancaran sebuah kompleks perniagaan baru yang telah diubah suai khas untuk peniaga kecil dengan kadar sewa serendah RM13 sehari. Kompleks ini terletak di Galaxy Ampang Mall, menjadikannya lokasi strategik dan selesa untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Dato' Nadzim Johan, aktivis PPIM, kompleks ini bukan sekadar ruang perniagaan biasa tetapi turut menyediakan pelbagai kemudahan lengkap seperti tempat solat, ruang rehat, dan kawasan parkir percuma. “Peniaga tidak perlu risau tentang hujan atau panas. Ada tempat sembahyang, tempat tidur, dan yang paling penting, parkir yang mencukupi dan percuma,” katanya.

Sementara itu, Fiza, koordinator acara, menjelaskan bahawa terdapat pilihan booth indoor dan outdoor dengan harga serendah RM600 sebulan, iaitu kira-kira RM13 sehari. Lebih menarik, ruang niaga ini juga berkonsepkan fully air-conditioned, memberi keselesaan kepada peniaga dan pelanggan sepanjang bulan Ramadan.

Bagi memudahkan pengalaman berniaga, pihak pengurusan turut menyediakan surau, tandas, serta kemudahan mesra OKU. Selain itu, buggy disediakan untuk kemudahan warga emas, manakala vendor pula tidak perlu risau tentang penyimpanan barang kerana kompleks ini sepenuhnya bertutup dengan kawalan keselamatan 24 jam.

Expo ini terbuka kepada pelbagai jenis perniagaan, termasuk pakaian, makanan, kuih-muih dan produk berkaitan perayaan. Lokasi yang strategik serta kemudahan yang lengkap dijangka menjadi tarikan utama, menjadikan ia peluang keemasan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan sempena Ramadan dan Hari Raya.

“Sekarang ni siapa cepat dia dapat. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk lock booth anda sekarang,” ujar Fiza.

Bagi yang berminat untuk menyertai expo ini, pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi 018-234-0000 atau 018-318-1111 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang untuk berniaga dalam persekitaran yang selesa, strategik dan lengkap dengan kemudahan terbaik!

Sumber: Aizat Ashraf (YouTube)

EXPO RAYA GALAXY SERENDAH RM13 SEHARI DI GALAXY AMPANG MALL

https://www.youtube.com/watch?v=vCFncYqXLaQ

Tuesday, February 11, 2025

EXPO RAYA GALAXY SEWAAN SERENDAH RM30 SEHARI PARKING PERCUMA - HARAPAN DAILY - 11/02/2025

FOTO BERITA: Sidang Media “Shopping Raya Jadi Mudah Di Galaxy Mall Bazar Ramadhan & Expo Raya” bersama Datuk Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Mr Yc Lee CEO CVGM di Our Private Place, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 11hb Februari 2025 (Selasa)
Galaxy Mall Ampang mrnyediakan Bazar Ramadhan & Expo Raya dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memperkenalkan bagi inisiatif khas sempena musim perayaan yang bakal tiba.
Program ini bertujuan memperkenalkan kemudahan serta promosi menarik yang ditawarkan di Galaxy Mall bagi membantu pengguna membuat persiapan Hari Raya dengan lebih mudah dan berbaloi.
Menurut Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Bazar Ramadhan & Expo Raya ini akan menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan seperti pakaian raya, tudung kasut & beg, carpet, langsir, makanan, kuih raya serta produk tempatan pada harga berpatutan.
Yang lebih menarik, ruang solat taraweh, tempat letak kerata yang luas dan diberi secara percuma Inisiatif ini juga bertujuan menyokong peniaga kecil dan usahawan tempatan dalam meningkatkan jualan mereka menjelang Aidilfitri.
Selain itu, program ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi perkongsian tip membeli-belah secara bijak, cabutan bertuah, serta promosi eksklusif untuk pengunjung.

PPIM mengajak orang ramai untuk memanfaatkan peluang ini bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga terbaik serta menyokong ekonomi peniaga tempatan. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai acara ini, orang ramai boleh mengikuti siaran langsung di laman Facebook rasmi PPIM. Untuk sewaan bole hubungi 018 234 0000/018 318 1111.

Artikel oleh: Harapan Daily

EXPO RAYA GALAXY SEWAAN SERENDAH RM30 SEHARI PARKING PERCUMA

https://harapandaily.com/2025/02/11/expo-raya-galaxy-sewaan-serendah-rm30-sehari-parking-percuma/

SHOPPING RAYA JADI MUDAH DI GALAXY MALL, BAZAR RAMADHAN & EXPO RAYA MENANTI ANDA!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 11/02/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat prihatin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mengembangkan perniagaan mereka bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Justeru itu, diatas semangat ini PPIM bekerjasama dengan Galaxy Mall Ampang untuk memenuhi keperluan masyarakat di kawasan Ampang bagi memudahkan mereka untuk berbelanja.

PPIM juga mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai yang masih elok dan sesuai untuk dijual semula sebagai pakaian Hari Raya kepada pengunjung dengan harga yang berpatutan.

Tempat ini juga mempunyai Gelblaster, Go Kart, Master Art Centre dan lain-lain.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi hebahan program.


Tuesday, October 10, 2017

4152) “TIADA KATA SEPAKAT, PENGERUSI KELUAR MESYUARAT” - MPAJ - 9/10/17


Ampang, 9 Oktober 2017 - Satu mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit yang melibatkan pengurusan dan penyenggaraan bagi Galaxy Ampang telah diadakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.26 pagi.




Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Abd. Hamid Hussain turut disertai oleh Badan Pengurusan Bersama Galaxy Ampang, Persatuan Peniaga Galaxy Ampang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan beberapa wakil pemunya petak Galaxy Ampang.





Perbincangan yang disangka pada awalnya mampu mencapai kata sepakat, tetapi tidak berhasil ekoran daripada beredarnya Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Galaxy Ampang, Mr. Lee, yang dilihat tidak menghormati mesyuarat yang sudah dipersetujui oleh semua pihak.




Oleh Shariena Mohamad Azli dan Khairul Hafizi Kamarudin

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL