Showing posts with label Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

4152) “TIADA KATA SEPAKAT, PENGERUSI KELUAR MESYUARAT” - MPAJ - 9/10/17


Ampang, 9 Oktober 2017 - Satu mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit yang melibatkan pengurusan dan penyenggaraan bagi Galaxy Ampang telah diadakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 11.26 pagi.




Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Abd. Hamid Hussain turut disertai oleh Badan Pengurusan Bersama Galaxy Ampang, Persatuan Peniaga Galaxy Ampang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan beberapa wakil pemunya petak Galaxy Ampang.





Perbincangan yang disangka pada awalnya mampu mencapai kata sepakat, tetapi tidak berhasil ekoran daripada beredarnya Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Galaxy Ampang, Mr. Lee, yang dilihat tidak menghormati mesyuarat yang sudah dipersetujui oleh semua pihak.




Oleh Shariena Mohamad Azli dan Khairul Hafizi Kamarudin

Friday, May 19, 2017

3723) Tubuh Biro Undang – Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Demi Membantu Pengguna - PPIM - 19/5/2017

19 Mei 2017– PPIM - Sidang Media Tubuh Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Demi Membantu Pengguna. Saban hari, kes-kes penipuan yang sering terjadi adalah urusan jual beli rumah kemudiannya terbengkalai menyebabkan kerugian puluhan ribu kepada pembeli. Kes-kes penipuan yang lain seperti penjualan telefon bimbit palsu dan juga kes penipuan pakej pelancongan murah difahamkan mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit. Perkara seperti ini sudah menjadi seakan-akan rutin di negara kita di mana pihak berkuasa sendiri menerima ratusan aduan dari masyarakat. Salah siapakah? Adakah salah pengguna itu sendiri yang tidak membuat semakan sebelum membeli atau pun salah pihak berkuasa ketika pelaksanaan penguatkuasaan yang longgar dan lemah? “Zaman sekarang ini, orang yang menipu ini tidak macam orang yang menipu zaman dahulu“ ujar Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (toqqi). Tambahan Toqqi, mereka yang menipu ini sanggup menggunakan khidmat peguam bagi menakutkan mangsa supaya tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan mangsa mereka takut untuk ke hadapan bagi menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tindakan undang-undang yang bakal mereka menerima. “Penggunaan agreement untuk menarik para pelabur pada masa ini terlalu meluas sehingga menyebabkan mangsa yang telah ditipu mempercayai bulat-bulat untuk menandatangani perjanjian tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi ” keluhan Toqqi “Jika mereka ini menggunakan agreement dan khidmat peguam untuk melindungi mereka, bagaimanakah nasib para mangsa ini untuk mempertahankan diri mereka? Oleh sebab itulah kami melancarkan Biro Undang-Undang PPIM dan kad kaunseling dan guaman ini bagi membantu mereka ini “ ujar Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Rata-rata yang datang kepada kami untuk mengadu masalah penipuan ini semuanya mengatakan mereka melabur sebab ada perjanjian, tetapi sejauh manakah benar perjanjian tersebut? “ keluhan beliau. Hisham turut menerangkan bahawa konsep yang akan mereka amalkan adalah “biar tiada masalah sebelum ke mahkamah“ yang bermaksud mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini secara cepat sebelum menjadi besar dan ke mahkamah. Turut hadir bersama iaitu, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. “Kami menasihatkan kepada para pelabur diluar yang hendak membuat pelaburan supaya fikir dahulu dan bawa perjanjian tersebut kepada kami untuk kami menyemak kesahihannya” Toqqi mengatakan dengan adanya penubuhan Biro Undang-Undang PPIM ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ditindas ini dan akan menambah baik Biro ini dari masa ke semasa.

IMG_4441 IMG_4465 IMG_4505

3722) PPIM Tubuh Biro Undang-Undang Demi Bantu Pengguna - Malaysia Aktif - 19/5/2017


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 25 peguam akan membantu orang ramai dalam mengatasi masalah membabitkan kes-kes perbicaraan, saman, kontrak, hartanah, cukai, visa dan perbankan melalui Biro Undang-undang & Kad Kaunseling dan Guaman PPIM (KAGUM).
Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hishamuddin Hashim, dia akan mengetuai 25 peguam bertanggungjawab untuk membantu pengguna dalam mengatasi masalah yang seakan sudah menjadi rutin di negara ini.
“Undang-undang telah menjadi perkakas untuk si penipu di negara kita dengan teknik penipuan yang licik, berjaya memperdaya mangsa terutamanya yang melibatkan soal pelaburan dan perjanjian,” katanya.
Hisyamuddin berkata demikian pada sidang media pelancaran KAGUM, anjuran PPIM dan Malaysia Humanitarian Organization (MHO), di sini hari ini.
Dari kiri Hishamuddin Hashim, Datuk Nadzim Johan dan dua wakil MHO pada sidang media pelancaran KAGUM.
Dari kiri Hishamuddin Hashim, Datuk Nadzim Johan dan dua wakil MHO pada sidang media pelancaran KAGUM.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu bahawa hanya sedikit bayaran akan dikenakan ke atas pengguna yang berjumpa mereka bagi menampung kos-kos tertentu.
“Antara aduan yang terbanyak kami terima adalah melalui perjanjian sambung bayar kereta dan yang melibatkan komunikasi tanpa wayar berjumlah 8,000 aduan yang rata-rata terikat dengan kontrak dan tidak boleh menamatkan perkhidmatan walaupun perkhidmatan mereka tidak boleh digunakan,” jelasnya.
Tambahnya, dengan adanya pusat seperti ini, hak pengguna akan lebih terjamin dan terbela, selain mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang.
Visi utama KAGUM adalah bagi menyediakan pusat rujukan atau platform kepada pengguna di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Permasalahan yang akan dibawa rujuk dan runding terbahagi kepada dua iaitu mewakili sesuatu perniagaan atau secara individu.
Servis kaunseling KAGUM dibuka kepada umum pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL