Saturday, July 18, 2026

AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 18/07/2026

Terima kasih kepada Ustaz Tajuddin yang sudi hadir dan memanjatkan doa buat Team KBVP. Semoga doa yang dipanjatkan membawa keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh warga kebun, serta segala usaha yang dilaksanakan di KBVP sentiasa dipermudahkan dan memberi manfaat kepada semua.

Selain itu, minggu ini juga merupakan pengalaman pertama Team KBVP menggunakan Dapur Roket di kebun. Walaupun api yang terhasil kurang stabil kerana menggunakan kayu yang masih basah, ia memberikan pengalaman dan pembelajaran yang berguna. Bagi mendapatkan nyalaan api yang lebih baik serta memudahkan proses memasak, penggunaan kayu atau ranting yang benar-benar kering adalah lebih sesuai.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL