Showing posts with label PEMA. Show all posts
Showing posts with label PEMA. Show all posts

Wednesday, April 10, 2019

4882) PEMA FOKUS BANTU PENUNTUT IKAT PERUT – HARIAN METRO – 8/4/19



PERTUBUHAN Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) memberi fokus membantu penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpaksa mengikat perut kerana kekurangan wang.
Presidennya, Zamri Zaimon berkata, PEMA merancang menjadi orang tengah mengumpulkan dana daripada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.
“Kami akan menubuhkan Unit Khas Biasiswa untuk membantu penuntut terbabit dan berurusan bersama pengusaha restoran dan pasar raya untuk menyalurkan pemberian makanan percuma.
“PEMA bekerjasama dengan syarikat korporat untuk menaja pengajian ijazah sebelum penuntut diambil bekerja. Ia boleh meningkatkan kualiti kerja dan keberuntungan syarikat.

“Pada masa sama syarikat boleh diberi pelepasan cukai oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik di Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) di Nilai, hari ini.
Majlis disempurnakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Dalam pada itu, Zamri berkata, PEMA melantik Pengarah Urusan UIC, Mohd Asna Amin sebagai Penasihat Kehormat pertubuhan itu bagi memantapkan ekonomi ummah.
Beliau berkata, pemilihan itu dibuat berikutan Mohd Asna adalah usahawan berjaya yang memiliki kolej sendiri.
“Mohd Asna yang juga Pengerusi Masjid Taman Lavender Heights, Senawang akan membantu dalam pendidikan dan keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Islam berdaya saing.
“Pelantikan ini menjurus kepentingan ekonomi umat Islam secara berjemaah dan kami mahu setiap ummah berjaya bersama,” katanya.
Sementara itu, Mohd Asna berkata, pelantikan itu adalah amanah besar untuk menggerakkan ekonomi usahawan Islam dengan pihaknya akan menganjurkan kursus dan latihan keusahawanan secara percuma.

Artikel oleh : Harian Metro
PEMA FOKUS BANTU PENUNTUT IKAT PERUT

Monday, February 4, 2019

4806) KUNJUNGAN WEHUMAN PPIM CERIAKAN KANAK-KANAK DI WAD KANSER HKL – HARIAN METRO – 4/2/19

Kuala Lumpur: Kesakitan yang dilalui kanak-kanak menghidap pelbagai jenis kanser di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) terubat dengan kunjungan Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.
Mereka datang dengan membawa pelbagai sumbangan bagi menghiburkan hati pesakit cilik yang berwajah murung, merengek dan mahu sentiasa berada dalam dakapan ibu.
Ada yang baru lepas menerima rawatan kemoterapi sehingga meragut seketika keceriaan mereka kerana kesan yang terpaksa lalui seperti loya dan pening kepala.

Kehadiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Kuala Lumpur turut disertai badut yang membuat belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu.
Hadir sama, Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad, Pengerusi WeHuman Srizan Sahar dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Nadzim yang ditemui media selepas lawatan itu berharap, NGO bukan saja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.
“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja serta meninggalkan adik-beradik lain ditinggalkan di rumah tanpa jagaan.
“Seorang ahli keluarga ditimpa sakit, yang lain akan turut merasakan kesannya dan mereka terpaksa berkorban,” katanya.
Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.
“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.
Antara pesakit yang dikunjungi termasuk seorang kanak-kanak Orang Asli dari Raub, Pahang iaitu Bajar Karat yang baru berusia enam tahun.
Artikel oleh : Harian Metro
KUNJUNGAN WEHUMAN PPIM CERIAKAN KANAK-KANAK DI WAD KANSER HKL

4805) KUJUNGAN PELAWAT, PENAWAR GEMBIRAKAN HATI PESAKIT – RTM TV1 – 3/2/19



4804) LAWATAN PPIM BERSAMA WEHUMAN DAN PEMA KE HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR – 3/2/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berbesar hati menerima jemputan oleh Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) untuk bersama-sama membuat kunjungan ke wad kanak-kanak kanser Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)
Turut serta adalah wakil Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA).










4803) PPIM DAN WEHUMAN BERGABUNG LAWAT KANAK-KANAK KANSER – MALAYSIA GAZETTE – 3/2/19



Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama Penaung WeHuman, Datuk Fauzi Mohamad (tengah) dan Pengerusi WeHuman, Srizan Safar ketika melawat program kanak-kanak kanser di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tuesday, October 17, 2017

4178) DOKTOR GIGI PALSU MOHON MAAF ATAS KESILAPAN LALU – HARIAN METRO – 17/10/17




Dengan rendah hati dan kekesalan, Nara memohon maaf kepada semua pihak terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pengamal perubatan khususnya doktor gigi. “Selama ini Nara berdiam bukan melarikan diri daripada masalah, sebaliknya merenung kembali kesalahan yang Nara lakukan. Wujud juga salah faham berkenaan video yang dimuat naik baru-baru ini.”
Permohonan maaf itu dibuat Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, secara eksklusif menerusi Harian Metro, semalam, selepas dua minggu. Doktor gigi palsu berkenaan dikecam netizen terutama warga perubatan kerana seolah-olah tidak menginsafi kesalahannya.
Nur Farahanis atau lebih mesra dengan panggilan Nara sebelum ini mengaku bersalah kerana menyediakan khidmat pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta, 586). Susulan kesalahan itu, graduan Kolej Vokasional berkenaan dijatuhkan hukuman denda RM70,000 atau enam bulan penjara.
Nur Farahanis berkata, dia sudah merasai keperitan enam hari berada di penjara dan keadaan itu cukup memberi penyesalan untuknya.
“Berhubung video yang menjadi spekulasi selepas Nara memuat naik di laman sosial, ingin Nara jelaskan itu adalah video yang diambil Februari lalu dan bukannya Nara buat selepas keluar dari penjara. “Nara sejujurnya sangat kesal dengan apa yang terjadi dan memohon maaf kepada semua pihak. Nara tahu tindakan berkenaan mengguris banyak pihak terutama KKM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
“Ingin Nara tegaskan bahawa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) hanya memberi nasihat perundangan saja,” katanya.
Nur Farahanis berkata, dia menyangkal dakwaan bahawa PPIM dan PEMA mengeluarkan wang RM70,000 untuk membayar denda yang di kenakan terhadapnya.
Menurutnya, wang denda itu adalah hasil derma daripada ahli keluarga, sahabat, saudara-mara dan individu perseorangan tanpa membabitkan PPIM atau PEMA.
“Apa yang terjadi sememangnya menjadi iktibar yang besar. Nara akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan cara yang lebih baik dan sah dari sudut perundangan. “ katanya.


Friday, May 19, 2017

3723) Tubuh Biro Undang – Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) Demi Membantu Pengguna - PPIM - 19/5/2017

19 Mei 2017– PPIM - Sidang Media Tubuh Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Demi Membantu Pengguna. Saban hari, kes-kes penipuan yang sering terjadi adalah urusan jual beli rumah kemudiannya terbengkalai menyebabkan kerugian puluhan ribu kepada pembeli. Kes-kes penipuan yang lain seperti penjualan telefon bimbit palsu dan juga kes penipuan pakej pelancongan murah difahamkan mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit. Perkara seperti ini sudah menjadi seakan-akan rutin di negara kita di mana pihak berkuasa sendiri menerima ratusan aduan dari masyarakat. Salah siapakah? Adakah salah pengguna itu sendiri yang tidak membuat semakan sebelum membeli atau pun salah pihak berkuasa ketika pelaksanaan penguatkuasaan yang longgar dan lemah? “Zaman sekarang ini, orang yang menipu ini tidak macam orang yang menipu zaman dahulu“ ujar Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (toqqi). Tambahan Toqqi, mereka yang menipu ini sanggup menggunakan khidmat peguam bagi menakutkan mangsa supaya tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Hal ini menyebabkan mangsa mereka takut untuk ke hadapan bagi menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tindakan undang-undang yang bakal mereka menerima. “Penggunaan agreement untuk menarik para pelabur pada masa ini terlalu meluas sehingga menyebabkan mangsa yang telah ditipu mempercayai bulat-bulat untuk menandatangani perjanjian tanpa memikirkan masalah yang bakal dihadapi ” keluhan Toqqi “Jika mereka ini menggunakan agreement dan khidmat peguam untuk melindungi mereka, bagaimanakah nasib para mangsa ini untuk mempertahankan diri mereka? Oleh sebab itulah kami melancarkan Biro Undang-Undang PPIM dan kad kaunseling dan guaman ini bagi membantu mereka ini “ ujar Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. Rata-rata yang datang kepada kami untuk mengadu masalah penipuan ini semuanya mengatakan mereka melabur sebab ada perjanjian, tetapi sejauh manakah benar perjanjian tersebut? “ keluhan beliau. Hisham turut menerangkan bahawa konsep yang akan mereka amalkan adalah “biar tiada masalah sebelum ke mahkamah“ yang bermaksud mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini secara cepat sebelum menjadi besar dan ke mahkamah. Turut hadir bersama iaitu, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. “Kami menasihatkan kepada para pelabur diluar yang hendak membuat pelaburan supaya fikir dahulu dan bawa perjanjian tersebut kepada kami untuk kami menyemak kesahihannya” Toqqi mengatakan dengan adanya penubuhan Biro Undang-Undang PPIM ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ditindas ini dan akan menambah baik Biro ini dari masa ke semasa.

IMG_4441 IMG_4465 IMG_4505

3719) PERASMIAN PELANCARAN PROJEK NASI MUAFAKAT NASI RAKYAT - PPIM - 18/5/2017


18 Mei 2017- Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merasmikan pelancaran Projek Nasi Muafakat Nasi Rakyat di Ruang Legar, Space U8 Eco Mall.
Nasi Muafakat adalah satu inisiatif yang dibuat oleh FoodPro Malaysia dalam membantu masyarakat dengan menyediakan makanan semurah RM 10 bagi 3 bungkus termasuk minuman percuma. Ini mampu membantu masyarakat terutamanya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Selain daripada membantu masyarakat dalam memberi makanan dengan harga yang murah, projek ini juga mampu membuka ruang perniagaan kepada rakat Malaysia terutamanya golongan asnaf bagi meraih pendapatan. 
Projek ini juga mampu sedikit sebanyak menangani isu pembaziran makanan yang berlaku sehingga membawa kepada kerugian sebanyak 15,000 tan metrik sisa makanan setiap hari di Malaysia yang dilaporkan oleh SWCorp dan MARDI Malaysia. 
Projek Nasi Muafakat ini berasaskan dari produk Serbuk Pra Campuran Foodpro. Serbuk Pra Campuran Foodpro dikatakan mampu menghasilkan hampir 130 menu masakan Malaysia dan ia didalam bentuk serbuk. Antara menu yang dipasarkan adalah masak kicap, masak lemak cili api, masak kurma, rendang, masak kari, masak merah, kapitan, kuah lontong dan pelbagai lagi.
Dengan adanya produk ini, PPIM merasakan ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat.
WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.13 PMWhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.12 PM WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.14 PM WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.15 PM WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.21 PM WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.23 PM WhatsApp Image 2017-05-19 at 3.24.27 PM

Wednesday, March 15, 2017

3555) JANGAN HINA ISLAM! - HARIAN METRO - 15/3/2017

                   harian metro 15.3.2017
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat kenyataan berbaur hasutan dan menghina agama Islam. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dikeluarkan secara berleluasa dan terbuka itu akan merosakkan keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.
 Katanya, beliau berharap polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melakukan perkara seumpama itu supaya tidak menjadi ikutan penganut agama lain termasuk Islam sendiri.
“Kami sangat terkesan dengan kenyataan menghina Islam oleh rakyat negara ini sendiri kerana Islam agama Persekutuan dan perbuatan itu umpama menghina Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama di negara ini. “Kami berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap individu yang menghasut dan menghina agama supaya isu seperti ini lenyap serta tidak mencetuskan perbalahan atau konflik kaum di negara ini,” katanya pada sidang media program Hasutan Ancam Keharmonian di Kondominium Villa Puteri, di sini, semalam. Majlis itu diadakan susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam mengeluarkan kenyataan ‘Firstly, Islam was never a religion of PEACE’ (Islam bukan agama keamanan) di laman sosial Facebook miliknya, kelmarin. Kenyataan tidak berasas itu mengundang kecaman orang ramai kerana melakukan provokasi agama dan bersifat memecah- belahkan keharmonian penduduk berbilang kaum di negara ini. Menurut Nadzim, tindakan itu dilabelkan sebagai keterlaluan dan jika perbuatan fanatik berkenaan ditanamkan dalam jiwa masyarakat negara berbilang kaum, perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Katanya, susulan itu, pihaknya bersama beberapa NGO membuat tujuh laporan polis supaya perkara itu disiasat dengan teliti serta dikenakan tindakan tegas terhadap pelaku. Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, tindakan mereka menggesa polis mengambil tindakan terhadap Raveentharan bukan bersifat anti-Hindu sebaliknya mahu mengelakkan konflik kaum. Sementara itu, kenyataan Raveentharan kelmarin turut dipersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid melalui Twitter meminta Raveentharan tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataan berbaur provokasi agama. Raveentharan kemudian segera memadam status berkenaan dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka melalui Facebook miliknya.

Tuesday, March 14, 2017

3554) AHLI POLITIK JANGAN GUNA SENTIMEN AGAMA UNTUK POPULAR - ISMAWEB - 14/3/2017



KUALA LUMPUR, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli politik diberi amaran untuk tidak memainkan sentimen agama, jika tujuannya untuk meraih undi.
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia(MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, jika terdapat ahli politik yang sengaja mainkan isu agama untuk popular, abaikan mereka selepas ini.
Katanya, kes terbaru melibatkan ADUN PKR, Raveentharan Subramani yang mendakwa Islam bukan agama keamanan.
“Kenapa perlu buat tuduhan sebegitu? Wajarkah seorang peguam yang juga ahli politik bercakap sedemikian?
“Ayat seperti ini perlu dihapuskan. Kalau ada unsur politik, cukup-cukuplah, kita tak mahu sehingga berlaku pecah belah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Raveentharan menerusi status Facebook yang berbunyi “Firstly Islam was never a religion of peace”.
Kenyataan Raveentharan itu adalah respon kepada artikel The Malay Mail Online bertajuk: “Zakir Naik: I’m a messenger of peace, my critics are terrorists”.
Mengulas lanjut Noorazman berkata, pihaknya bukan anti-hindu.
“Kita cuma tidak mahu unsur yang menggugat keharmonian negara, apatah lagi menghina Islam.
“Sebab itu kita minta mana-mana ahli politik yang mahu dan berhasrat untuk guna sentimen agama, sila hentikan,” katanya.

3553) Hasutan Ancam Keharmonian Negara - Malaysia Aktif - 14/3/2017

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Malaysiaaktif) – “Beliau merupakan seorang ahli politik dan juga peguam, seharusnya Raveenthran Subramaniam tahu apa yang ingin beliau sampaikan melalui perucapan atau mana-mana rangkaian media sosial, beliau tahu apa kesan yang bakal berlaku jika ia berbaur negatif. Sekalipun beliau telah memohon maaf atas ketelanjuran beliau, tindakan tegas perlu diambil.” Demikian tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika ditemui semasa Sidang Media Khas berkenaan isu ini di Restoran Sembang-Sembang, di sini hari ini. PPIM dan wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat gusar dan terkesan dengan kenyataan tersebut kerana ianya suatu kenyataan yang tidak terpanggil dan tidak berakal serta tidak sesuai untuk dipakai. Datuk Nadzim Johan (tengah) memberikan penerangan dan menjawab soalan media berkenaan isu Hasutan Ancam Keharmonian. Turut hadir, wakil Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), wakil Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, wakil Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) serta wakil Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) “Kami amat tersinggung dan beliau sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpendidikan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa Islam bukan satu agama yang aman. “Ia merupakan suatu penghinaan termasuk menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan dan tiada satu sebab mengapa beliau seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti ini tanpa sebarang bukti yang boleh menjejaskan keharmonian negara,” jelas Nadzim. Kurang 24 jam yang lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Raveentharan dalam laman sosial peribadi beliau dengan menggunakan nama yang sama telah memuat naik status dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Islam tidak pernah jadi agama keamanan’ (firstly, Islam was never a religion of peace). Walaubagaimanapun, status yang dimuat naik tersebut telah dipadamkan dan disusuli dengan status permohonan maaf. Ketika ditemui, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, Dr. Noorazman Mohd Samsudin turut menyatakan isu kenyataan ini perlu diambil serius kerana ia adalah kenyataan seorang ahli politik dan para agamawan yang fanatik mungkin mensalahtafsirkan isu ini. Menurut Noorazman ia boleh membawa kepada perselisihan agama seperti yang berlaku di India pada tahun 1992 iaitu peristiwa Perobohan Masjid Babri akibat daripada perhimpunan parti politik dan  hasutan yang seterusnya menjadi isu keganasan agama. “Tujuh laporan polis telah dibuat dalam tempoh 24 jam dari kenyataan Raveenthran Subramaniam dan walaupun beliau telah memohon maaf namun kesannya amat besar.   “Perkataan ‘never’ (tidak pernah) dalam kenyataan beliau amat jelas dan menekankan terhadap pandangan beliau yang negatif kepada Islam secara keseluruhannya. Kami mendesak beliau disiasat dan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan yang dilihat mencabar dan menghina Perlembagaan Persekutuan,” tegas Noorazman. Noorazman juga menggesa agar perkara ini dipandang serius oleh pihak berkuasa dan mengenalpasti tujuan kenyataan tersebut dikeluarkan. Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) Malaysia, Masridzi Sat pula berkata isu penghinaan terhadap kesucian agama Islam semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tindakan pihak yang menyalahgunakan kebebasan bermaklumat di Malaysia merupakan racun kepada kemakmuran negara. “Bagaimanapun, kita berharap apa yang diungkap melalui permohonan maaf itu bukan sekadar untuk meredakan kemarahan umat Islam semata-mata, sebaliknya harus diteruskan di peringkat pendakwaan dan hukuman”, katanya. Jelas Masridzi, permohonan maaf individu terbabit yang disiarkan melalui facebook tidak harus dijadikan alasan oleh pihak berkuasa untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Pihak berkuasa harus bertindak tegas bagi memastikan ia tidak berterusan. “Tindakan pihak berkenaan sekiranya tidak dibendung boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan. Saya bimbang keadaan akan semakin parah sehingga mencetuskan perpecahan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negara ini,” tambahnya lagi. Turut hadir semasa Sidang Media Khas tersebut ialah Pengarah Latihan PPIM, Izham Nayan, Timbalan Pengerusi serta Setiausaha Agong Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin dan Mansor Ibrahim dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon. -MSM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL