Tuesday, March 14, 2017

3554) AHLI POLITIK JANGAN GUNA SENTIMEN AGAMA UNTUK POPULAR - ISMAWEB - 14/3/2017



KUALA LUMPUR, 15 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli politik diberi amaran untuk tidak memainkan sentimen agama, jika tujuannya untuk meraih undi.
Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia(MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, jika terdapat ahli politik yang sengaja mainkan isu agama untuk popular, abaikan mereka selepas ini.
Katanya, kes terbaru melibatkan ADUN PKR, Raveentharan Subramani yang mendakwa Islam bukan agama keamanan.
“Kenapa perlu buat tuduhan sebegitu? Wajarkah seorang peguam yang juga ahli politik bercakap sedemikian?
“Ayat seperti ini perlu dihapuskan. Kalau ada unsur politik, cukup-cukuplah, kita tak mahu sehingga berlaku pecah belah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Raveentharan menerusi status Facebook yang berbunyi “Firstly Islam was never a religion of peace”.
Kenyataan Raveentharan itu adalah respon kepada artikel The Malay Mail Online bertajuk: “Zakir Naik: I’m a messenger of peace, my critics are terrorists”.
Mengulas lanjut Noorazman berkata, pihaknya bukan anti-hindu.
“Kita cuma tidak mahu unsur yang menggugat keharmonian negara, apatah lagi menghina Islam.
“Sebab itu kita minta mana-mana ahli politik yang mahu dan berhasrat untuk guna sentimen agama, sila hentikan,” katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL