Menipu! Stevia Palsu Dipasaran!
Kegilaan masyarakat kini untuk menjaga kesihatan semakin meningkat. Mereka menjaga pemakanan harian mereka sambil mengambil “suplemen” untuk memastikan kesihatan mereka didalam keadaan yang baik.
Lebih mengejutkan apabila terdapat segelintir peniaga atau pengusaha mengambil kesempatan ini untuk menjual Stevia palsu. kajian mendapati bahawa kebanyakan produk Stevia dipasaran tidak mempunyai logo halal dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Unit Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi ditemuramah oleh wartawan RTM berkenaan isu Stevia Palsu di Pejabat PPIM pada 29 Mac 2017. Beliau mengatakan bahawa KKM hendaklah mewujudkan garis panduan dan carta aliran dalam menangani isu Stevia Palsu ini.
Selain itu, KKM juga harus mengeluarkan nombor siri atau label yang sesuai pada setiap produk yang akan dipasarkan terutamanya pengusaha Stevia. Langkah Ini adalah untuk mengelak daripada penggunaan logo KKM oleh pengusaha yang tidak berdaftar.
KKM haruslah memainkan peranan penting dalam isu ini kerana masyarakat kini beralih kepada pemakanan sihat. Seperti mana kita tahu, Stevia adalah satu alternatif untuk gula. Bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis, mereka telah pun elak daripada pengambilan gula dan bertukar kepada Stevia. Jika Stevia yang digunakan dibuat dari bahan kimia, ni boleh memudaratkan lagi pesakit tersebut.
Dalam masa yang sama, Encik Yusuf memberi cadangan agar Stevia boleh dijual di hospital dan farmasi. Ini memudahkan untuk pesakit atau masyarakat mendapat stevia yang tulin dan sekaligus memberatkan lagi hukuman kepada salah laku penjual atau pengusaha. Bukan hanya mendenda RM100 ribu sahaja. Malah ditambahkan lagi dengan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan kerana perkara ini membabitkan kesihatan masyarakat.
No comments:
Post a Comment